Johor Search

Custom Search

Followers

02 April 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Kartika jalani khidmat masyarakat

Posted: 01 Apr 2010 09:48 AM PDT

IPOH: Hukuman enam sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor diganti kepada khidmat masyarakat selama tiga minggu atas titah Sultan Pahang.

Bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib berkata keputusan mengenai hukuman gantian itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang diterima semalam.

“Menerusi surat itu Kartika telah dititahkan Sultan Pahang untuk menerima hukuman gantian iaitu melakukan kerja khidmat masyarakat di sebuah rumah kebajikan di Kuantan…tempoh khidmat masyarakat itu adalah selama tiga minggu dan saya sendiri akan menghantar beliau ke Kuantan pada esok (Jumaat),” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Shukarnor berkata surat itu bagaimanapun tidak menyatakan tempat Kartika akan menetap dan “kerja” yang perlu dijalankan.

Shukarnor dan Kartika yang menetap di Sungai Siput dekat sini berkata beliau sekeluarga lega dengan perkembangan terbaru itu dan berharap pelaksanaan hukuman gantian itu akan memberi sinar baru kepada anaknya.

“Sudah lama dia ternanti-nanti dan kini sudah tiba masanya dia menerima apa yang dititahkan baginda Sultan Pahang…seperti yang dinyatakan sebelum ini, apa jua keputusan baginda Sultan, kami akan menerimanya dengan hati terbuka,” katanya

Katanya, beliau sendiri akan menghantar anak keempatnya itu ke Pejabat Unit Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang pagi esok untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai hukuman khidmat masyarakat itu.

Kartika sementara itu berkata beliau bersedia melakukan hukuman gantian itu walaupun agak terkejut dengan perkembangan berkenaan. – Bernama

Sumber : Harian Metro

Ditangkap basah di rumah kongsi

Posted: 01 Apr 2010 09:42 AM PDT

GUA MUSANG: Seorang wanita berusia 24 tahun yang menipu ibu bapanya kononnya ingin mencari pekerjaan, akhirnya memakan diri apabila dia dicekup berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah bilik kongsi di bandar ini, malam kelmarin.

Dia yang berasal dari Pasir Mas dipercayai bersembunyi dalam sebuah bilik kongsi tempat teman lelakinya berusia 26 tahun bekerja itu sejak dua hari lalu, sebelum diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bersama Skuad Amru kira-kira jam 11.30 malam.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, wanita terbabit sanggup datang dari rumahnya di Pasir Mas semata-mata untuk bertemu teman lelakinya di dalam bilik rumah kongsi pekerja binaan bangunan sekolah.
Katanya, selain pasangan itu, terdapat satu lagi pasangan yang dicekup dalam operasi membanteras gejala maksiat di kawasan bilik kongsi pekerja binaan dan hotel murah sekitar bandar ini.
Serbuan kedua dilakukan di sebuah bilik hotel murah di Jalan Besar Bandar ini membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun dari Selangor bersama teman wanita berusia 21 dari Kuala Krai.
Mereka dicekup jam 1.30 pagi dan ketika serbuan pasangan ini mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu dan mengaku tidak mempunyai hubungan suami isteri sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk diambil keterangan, katanya.

Sumber : Harian Metro

Nasib Ako Mustapha ditentukan 11 Mei depan

Posted: 01 Apr 2010 09:38 AM PDT

SHAH ALAM: Nasib pelakon Ako Mustapha sama ada hukuman penjara tiga bulan yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, dua tahun lalu, dikekalkan atau sebaliknya, akan diketahui 11 Mei depan.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Ako Mustapha atau Muhaizat Ahmad Mustapha, 38, memohon tarikh keputusan. Terdahulu, Akbardin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah memfailkan jawapan penghujahan bertulis semalam.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi. Pada 21 April tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap Ako yang mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam. Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

Sumber : Harian Metro

Video terlampau kanak-kanak 4 tahun

Posted: 01 Apr 2010 09:35 AM PDT

JAKARTA: Satu video yang diposkan ke dalam laman web YouTube mengenai seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan empat tahun menghisap rokok sambil bertekad menjadi penjenayah dan beraksi lucah memeranjatkan seluruh rakyat Indonesia.

Akhbar harian The Jakarta Globe melaporkan video pendek itu ditemui di laman YouTube pada akhir minggu lalu, bagaimanapun sudah dikeluarkan pada Rabu lalu kerana didapati melanggar etika.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun menghisap rokok kretek, menghembus asap rokok dan bersumpah dalam dialek Jawa timur dengan suara galakan dari beberapa orang dewasa yang tertawa dapat didengar berada berhampiran dengannya.

Menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang dewasa di situ, kanak-kanak yang dipanggil sebagai Sandy berkata beliau ingin menjadi pencuri apabila dewasa kelak dan membelanjakan hasil wang curi itu untuk melanggan pelacur.

Sandy juga berkata bahawa kegemaran utamanya di dunia ini ialah bahagian sulit wanita sambil menggelekkan pinggulnya ke depan dan ke belakang apabila disuruh menunjukkan aksi melakukan hubungan sek.

Pegawai perlindungan kanak-kanak memberitahu The Jakarta Globe bahawa video itu adalah satu bentuk penderaan. Kanak-kanak lelaki itu dipercayai berasal dari Malang, sebuah pekan di Jawa timur.

engerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi dipetik sebagai berkata, bahawa tindakan segera mesti diambil untuk merawat kanak-kanak terbabit dari segi mental dan perubatan kerana ia boleh mengganggu tumbesaran beliau.

Polis sudah diarah untuk bertindak segera bagi menyiasat pihak yang mengepos video terbabit. – AFP

Sumber : Harian Metro

Isteri Kemaruk Facebook

Posted: 31 Mar 2010 09:58 PM PDT

SAYA sudah berumah tangga 14 tahun dan isteri saya cukup pengetahuan ilmu dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan saya.

Selama perkahwinan kami, tiada perlakuannya yang menimbulkan kecurigaan saya.

Bagaimanapun, pepatah kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari menjadi igauan kepada diri saya sekarang. Ini kerana kebelakangan ini isteri saya asyik melayari laman web Facebook di Internet.

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?

Kini hati saya sentiasa curiga terhadap apa saja yang isteri saya lakukan, termasuk layanan baiknya terhadap saya. Bagi saya, tanggungjawab terhadap keluarga yang dia lakukan semuanya sandiwara. Dia melayan saya dengan baik mungkin hanya untuk menutup perlakuannya yang negatif.

Saya pula hanya berpura-pura membalas kebaikannya kerana tidak mahu rumah tangga kami bergolak. Semakin hari keceriaan di hati saya semakin hilang. Saya murung dan hanya hanya bercakap perkara perlu saja dengan isteri saya.

Mungkin ada yang menganggap saya terlalu cemburu. cuba fikirkan, andai suami berperangai seperti itu, apa pula perasaan isteri. Bila kerap berbual dengan lelaki lain, mulalah nampak kelemahan suami sendiri. Sebagai contoh, suami hanya bekerja buruh kasar, sedangkan rakan sembang itu berkerjaya lebih hebat. Apa pandangan Dang Setia?

SUAMI RESAH
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Facebook seolah-olah menjadi fenomena pada masa ini dan penyalahgunaan laman web sosial itu hingga membawa kepada pelbagai masalah, termasuk menjejaskan hubungan suami isteri, memang pernah berlaku sebagaimana dilaporkan media.

Berpegang kepada fakta itu, kebimbangan dan kecurigaan saudara jelas ada asasnya. Jadi, Dang Setia tidak menyalahkan saudara dalam hal ini, cuma kelemahan saudara ialah gagal menangani dan melakukan tindakan sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Perlu difahami, melayari Internet dan menggunakan Facebook pada asasnya tidak salah. Internet dan Facebook hanya peralatan untuk kemudahan manusia. Namun, seperti peralatan lain, contohnya pisau, ia boleh juga mendatangkan kemudaratan jika disalahgunakan.

Secara jujur, Dang Setia juga kabur atau tidak pasti adakah isteri saudara menyalahgunakan Facebook. Namun yang Dang Setia pasti, dia melakukan kesalahan apabila ingkar arahan suami.

Biarpun melayari Facebook tidak berdosa, apabila saudara sebagai suaminya menghalangnya berbuat demikian, terutama berhubungan dengan rakan lelaki, dia wajib patuh kepada arahan saudara. Jika dia tak patuh, maknanya dia berdosa.

Justeru, pastikan isteri saudara sedar dan faham hakikat ini. Bincang dan nasihatkan dia secara baik. Jika dia betul-betul ada ilmu agama, dia tentu tahu bahawa mematuhi arahan suami adalah satu kewajipan isteri.

Selain itu, jangan biarkan Internet mahupun Facebook mengawal atau merosakkan hidup kita. Sebagai manusia, kita perlu kawal semua teknologi itu. Satu cara kawalan yang boleh saudara lakukan ialah turut menjadi rakan Facebook isteri saudara.

Minta isteri saudara beri semua akses, termasuk kata laluan e-mel Facebooknya. Dengan cara ini saudara dapat memantau setiap aktivitinya di Facebook, siapa rakannya dan apa yang mereka bualkan.

Jika isteri saudara tidak melakukan kesalahan, tiada sebab untuk dia tidak memenuhi permintaan saudara. Namun jika dia enggan, mungkin benar dia ada melakukan perkara tidak betul.

Jika itu berlaku, tidak salah untuk saudara bertindak lebih tegas seperti menghalangnya menggunakan Facebook dengan cara membuat sekatan dan hanya saudara yang ada kata laluannya atau menamatkan terus perkhidmatan Internet di rumah saudara.

Saudara perlu tegas dalam hal ini. Apabila isteri saudara mula berhubungan melalui telefon dengan rakan lelakinya, Dang Setia setuju dengan saudara bahawa ada kemungkinan selepas ini mereka berjumpa pula.

Bagaimanapun, Dang Setia tidak bersetuju dengan tanggapan saudara yang isteri saudara hanya bersandiwara apabila menjalankan tanggungjawabnya, termasuk melayan saudara dengan baik, manakala saudara pula hanya berpura-pura melayan layanan baiknya kerana tidak mahu rumah tangga bergolak.

Bagi Dang Setia, perkara ini jangan saudara pendamkan. Jika dipendamkan dan hanya hidup berpura-pura, masalah akan terus parah ibarat api dalam sekam yang akhirnya membinasakan.

Sebagai ketua keluarga, bertindaklah dengan matang, tegas dan berhemah untuk menegur kelemahan isteri. Dang Setia percaya isteri saudara belum hanyut terlalu jauh. Dia hanya sedikit tersasar dan masih banyak ruang untuk keharmonian rumah tangga kalian dikembalikan.

Sumber – Hmetro

Seronok bercinta selepas kahwin

Posted: 31 Mar 2010 09:56 PM PDT

Noor Julieana terima lamaran Mohd Zaidi selepas percaya kesungguhannya

JANGKAAN untuk meneruskan kehidupan solonya selewat-lewatnya untuk dua tahun akan datang, meleset sama sekali apabila tanpa diduga jejaka yang selama ini dikenali pendiam dan pemalu serta gemar mencuri-curi pandang setiap kali berada dalam kelas Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam ketika mereka belajar di universiti tempatan akhirnya tampil menyuarakan hasrat hatinya.

Noor Julieana Mohamed, 26 yang juga kakitangan kerajaan berkata, beliau sama sekali tidak menyangka keegoannya yang pada dasarnya enggan melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh jejaka pemalu itu, akhirnya cair dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

Beliau berkata, selepas melihat sikap suaminya yang beriya-iya ketika melafazkan perasaan terpendam, terdetik hatinya untuk memberikan ruang bagi diisi lelaki itu walaupun kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza.

Kami belajar di kelas yang sama, tetapi kami jarang sekali berbicara. Mohd Zaidi Mokhtar (suaminya), 27, sangat pendiam dan kurang bergaul berbanding saya yang riuh. Oleh itu, tindakan awalnya menghantar SMS dianggap satu gurauan dan membuatkan saya tidak mengendahkannya.

Melihat SMS menanyakan khabar itu tidak berbalas, Mohd Zaidi mengambil keputusan untuk menghubungi saya dan ia sangat mengejutkan apabila dia ajak saya keluar. Dalam masa sama, dia juga menyatakan ada perkara penting yang perlu diluahkan kepada saya, katanya.

Katanya, pertemuan pertama mereka di restoran makanan segera yang terletak di Carrefour Wangsa Maju, sangat membuatkan beliau gugup dan gementar untuk mendengar apa yang bakal diluahkan lelaki berkulit cerah itu.

Setiap perkataan yang diluahkan tersusun serangkap demi serangkap dan akhirnya lelaki itu menyatakan hasratnya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan harapan akan ke jenjang pelamin. Noor Julieana akui beliau terpaku dengan luahan itu.

Saya sama sekali tidak menyangka lelaki yang pendiam sepertinya mempunyai keberanian yang tinggi sama seperti orangnya. Bagaimanapun, saya yang berada dalam keadaan serba tidak kena ketika itu hanya mendiamkan diri dan meminta masa daripadanya untuk mengenali hati masing-masing terlebih dulu.

Siapa sangka, dalam tempoh beberapa hari saja berada di kampung halamannya, membuatkan saya rasa cukup selesa dan mula menyayangi keluarganya yang melayan saya bagaikan puteri. Di situlah hati saya mula berkata-kata dan ingin meneruskan hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh tanpa menyukat masa yang ada, katanya.

Selepas pulang dari kampung halaman Mohd Zaidi di Gua Musang, Kelantan, lelaki tinggi lampai itu terus datang ke rumah Noor Julieana untuk menyatakan hasratnya meminang anak gadis itu kerana sudah terlalu suka kepadanya.

Ibu yang selama ini bimbang dengan pilihan hati saya, bagaimanapun buat pertama kalinya terus bersetuju dengan Zaidi dan merestui hubungan kami untuk ke ikatan yang sah dan kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 13 Jun tahun lalu.

Talian pertunangan kami diikat selama lima bulan dan sah menjadi pasangan suami isteri pada 28 November lalu dengan memilih tema ala taman untuk majlis yang penuh bermakna dengan mengenakan padanan hitam putih, katanya.

Sementara itu, bagi pihak lelaki pula, tema pakaian pengantin yang dipilih berwarna biru firus dan memberikan pihak perempuan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang hantaran berlatarkan warna sama.

Ditanya mengenai perasaannya mendirikan rumah tangga dalam masa pengenalan yang sangat singkat itu, Noor Julieana akui sehingga kini beliau masih tidak percaya statusnya sudah berubah, namun sangat gembira dan tidak menyesal dengan keputusan drastik diambilnya itu.

Kami masih berkelakuan seperti pasangan yang masih dilamun cinta dan berada di awangan. Dia sangat prihatin dan memanjakan saya. Kini saya percaya, tidak salah untuk memberi peluang dan membalas cinta orang yang benar-benar mengharapkannya daripada kita.

Seronok bercinta selepas kahwin. Banyak benda yang baru untuk dipelajari dan alam perkahwinan ini menjadi semakin hebat dan kadang-kala kelakar melihat keletah pasangan cuba untuk membuat saya kagum dengan sikapnya, katanya sebelum mengakhiri perbualan di talian.

‘Magnet Cinta’ bawa erti sebenar cinta remaja

Posted: 31 Mar 2010 09:00 PM PDT

Allah SWT menciptakan cinta ke dalam hati manusia agar kita menjadi hambaNya, dan khalifah di muka bumi ini untuk sama-sama memakmurkannya.

Selagi manusia menggunakan cinta untuk tujuan itu, selagi itulah cinta itu selamat dan memberi kebahagian kepada kita di dunia dan akhirat.

Itu antara intipati pengisian dalam Coffee Talk: Magnet Cinta yang disampaikan kolumnis terkenal beberapa majalah tanah air, Pahrol Mohd Joui di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) baru-baru ini.

Pahrol yang kini merupakan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. berkata, cinta yang sebenar adalah apabila kita mencintai Allah SWT lebih dari segala-galanya.

Pertama, cinta kepada Allah. Inilah kebaikan. Cinta itu indah kerana yang mencipta cinta ialah yang maha indah.Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sebab itu jika seseorang itu tidak merasa indah dengan cinta, bukan cinta itu tidak indah, tapi kerana hati dia ada masalah, katanya.

Ujarnya, seseorang yang tahu menggunakan cinta yang dianugerahkan Allah, akan menjadi seorang yang berjaya dan optimis dalam setiap perkara yang dilakukan.

Cinta itu kalau tepat pada masanya, tepat siapa yang kita cintai itu, ia adalah kuasa yang tidak dapat ditegah , tidak dapat dihalang dan tidak dapat dicegah.

Kalau kita mencintai sesuatu yang baik maka kita akan terarah kepada kebaikan. Kita akan menjadi pejuang kepada kebenaran, dan tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada melaksanakan jihad dan kebenaran dalam kehidupan kita, iaitu cinta kepada Allah SWT, katanya.

Beliau berkata, remaja sering menyalah ertikan definisi cinta sehingga membiarkan diri mereka hanyut dalam hasutan syaitan yang sentiasa mehu memesongkan akhlak dan sahsiah mereka.

Cinta itu bukan tujuan, tapi hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi alat. Remaja harus tahu meletakkan cinta di tempat yang betul. Jika asyik dilamun cinta sesame manusia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, itu bukan cinta namanya. Islam tidak mengajar begitu, katanya.

Coffee Talk: Magnet Cinta merupakan salah satu program dalam Kempen ‘One Love: Love Enlighten The Darkness’ yang dianjurkan sempena festival konvokesyen kolej berkenaan baru-baru ini.

Koordinator program, Nurul Syahirah Mohd Jamil berkata, kempen berkenaan memilih ‘cinta’ sebagai tema memandangkan ia satu subjek yang dekat dengan mahasiswa berusia 20-an dan dalam menerapkan soal cinta ke dalam diri mahasiswa, mereka harus meletakkan rasa cinta yang sebenar kepada pencipta, Allah SWT.

“Sebelum kita mengenali diri sendiri, kita mesti mengenal Allah SWT dahulu,” katanya.

Kempen anjuran Persatuan Khalifah Muda dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab dan Unit Kaunseling itu diadakan selama seminggu dengan diwarnai beberapa program menarik.

Selain Coffee Talk: Magnet Cinta, turut dipersembahkan kepada mahasiswa ialah tayangan video Laskar Pelangi, Musical Talk: Atas Nama Cinta dan Teh Tarik and Nasi Lemak Discussion: Dare to Love.

Tayangan video Laskar Pelangi berjaya menggamit minat hampir 80 orang penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar kolej dan orang awam. Tayangan yang berlangsung kira-kira selama 2 jam 45 minit dilihat cukup bermanfaat dengan pengisian tentang zaman persekolahan dan perjuangan dua orang guru untuk mengekalkan sekolah tersebut daripada terkubur begitu sahaja.

Perbincangan menerusi program Teh Tarik and Nasi Lemak Discussion dalam suasana santai ala kopitiam juga berjaya menarik kehadiran mahasiswa.

Panelis yang dijemput juga merupakan panelis yang berpengalaman dan penyampaian mereka itu begitu dekat dengan remaja. Panelis bukan sahaja berpengalaman dalam mengendalikan masalah-masalah yang dibincangkan namun berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan ini membuatkan para penonton begitu khuyuk dan yakin dalam menghadapi masalah mereka.

Sebagai rumusan kepada minggu kempen ini, remaja yang terlibat dan hadir ditekankan tentang erti cinta yang sebenar iaitu cinta yang paling agung adalah cinta pada Sang Pencipta, Allah SWT.

Sumber – HarakahDaily.net

Hina mahkamah: Bekas SU politik Dr M dipenjarakan

Posted: 31 Mar 2010 08:58 PM PDT

Hina mahkamah: Bekas SU politik Dr M dipenjarakan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyerahkan perintah penahanan kepada bekas setiausaha politik kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang selepas beliau gagal membayar denda RM20,000 kerana menghina mahkamah.

Matthias (kiri, berbaju cerah) kemudiannya dibawa ke penjara Kajang bagi menjalani hukuman itu selama sebulan.

Dia dibawa keluar dari mahkamah tinggi sivil oleh Timbalan Pegawai Penjaga Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, ASP Zulkifli Osman setelah waran penahanan diserahkan kepadanya oleh pegawai mahkamah.

Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu dan memberi tempoh seminggu untuk Chang membayar denda itu.

Dia didakwa menghina mahkamah selepas gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berbalah dengan hakim dan seorang peguam semasa soal balas dalam kes saman fitnahnya terhadap American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

Jumaat lalu, Noor Azian juga membatalkan samannya dengan menyatakan Chang gagal membuktikan kes selepas mendengar keterangan saksi dari kedua-dua belah pihak serta penghujahan.

Chang, seorang peguam, telah menyaman American Express kerana melanggar perjanjian dan memfitnah kerana kad kreditnya digantung.

Dalam pembelaannya, American Express berkata tidak ada keterangan atau bukti mengenai pelanggaran perjanjian atau fitnah seperti didakwa oleh Chang.

Sebelum ini, Chang berkata beliau bersedia untuk dipenjarakan walaupun ahli Gabungan Persatuan Kwang Siew Malaysia telah mengumpul RM20,000 untuk membayar denda itu.

“Ini soal prinsip. Saya sanggup masuk penjara bagi membuktikan bahawa hakim tidak harus terlepas daripada sikap yang tidak beretika dan kelakuan yang tidak dapat diterima,” katanya.

Chang mendakwa Noor Azian enggan menarik balik beberapa komen menghina terhadap peguamnya dalam saman sivil itu apabila mereka cuba menarik perhatian hakim kepada undang-undang relevan.

Sumber – MalaysiaKini

Admin – Pegang pada prinsip hidup 8)

Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M’sia

Posted: 31 Mar 2010 08:57 PM PDT

“Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

“Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi.

Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya…dan ini tak betul, katanya.

Sumber – MalaysiaKini

TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1M’sia

Posted: 31 Mar 2010 08:56 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta meletakkan jawatannya jika gagal mengakui bahawa dia adalah pertama rakyat Malaysia dan keduanya baru seorang Melayu.

NONEMenurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, perkara itu selaras dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Lim mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin di lobi parlimen pagi ini yang menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Semasa sidang Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin membidas Lim yang didakwanya tidak menyokong insiatif 1Malaysia.

Menurut Lim, dia bukannya mempersoalkan hak keistimewaan Melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum rakyat Malaysia.Muhyiddin, dalam ucapan penggulungan kementeriannya berkata Lim cuba mengeruhkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MP IpoNONEh Timur itu baru-baru mencabar Muhyiddin untuk berikrar jika beliau menyokong insiatif 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib yang memperjuangkan perpaduan nasional, toleransi etnik dan kecekapan kerajaan.

Menurut Lim, beliau sangsi dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Muhyiddin kerana beberapa kenyataan dan tindakannya dilihat bercanggah dengan slogan itu.

“Ipoh Timur telah mempersoalkan komitmen saya berhubung konsep 1Malaysia. Untuk mmakluman Ipoh Timur, 1Malaysia dibentuk oleh Perdana Menteri – idea yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan antara kaum untuk dijadikan asas kekuatan negara ini, kata Muhyiddin di Dewan Rakyat semalam.

Sumber- MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan