Johor Search

Custom Search

Followers

05 May 2013

Laporan Berita Terkini? Hishamuddin Hussein dan Nahas Helikopter? :PRU 13


[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor.


SPR TUNJUK BUKTI DAKWAT ADALAH KEKAL


Putrajaya, 2 Mei 2013 - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengadakan sesi pertemuan dengan media bagi membuktikan bahawa dakwat kekal yang diguna pakai dalam pilihan raya umum kali ini mengandungi bahan yang sesuai dan mampu kekal pada jari pengundi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebelum ini, masyarakat dikejutkan oleh berita ketirisan kaedah halangan pengundian berganda melalui penandaan jari dengan dakwat kekal yang dihebahkan ke seluruh negara melalui media-media sosial. Ia berikutan terdapatnya berita yang mengatakan bahawa dakwat yang sepatutnya kekal selama 7 hari pada jari pengundi awal, dapat dihilangkan dengan mudah, hatta melalui cucian air paip dan sabun.
pic1
pic1
pic1
pic1
Berita yang tersebar dengan cepat ini menjadi perbualan hangat dan seterusnya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat pengundi terhadap kegagalan kaedah yang baru diperkenalkan oleh SPR ini. Laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak terhadap perkara ini. Bagi meredakan keadaan dan menjelaskan keadaan sebenar, SPR telah menjemput pihak media untuk menyaksikan sendiri tatacara penggunaan dakwat kekal dan tahap keberkesanannya sebagai mekanisme untuk mengenal pasti pengundi yang telah dikeluarkan kertas undi.
pic1
pic1
pic1
pic1
Sidang media yang diadakan di Pusat Media SPR, Ibu Pejabat SPR Putrajaya telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang anggota media. Dalam sesi pertemuan ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha SPR telah menerangkan kepada anggota media yang hadir tentang tatacara penggunaan dakwat kekal dan menunjukkan hasil penggunaan dakwat tersebut. Bagi membuktikan keberkesanan kaedah ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin telah mempelawa para hadirin untuk mencuba sendiri calitan dakwat kekal pada jari mereka. Beberapa orang anggota media yang mendakwa telah mengundi secara pos telah tampil untuk merasa sendiri pengalaman dicalit dengan dakwat kekal. Ada antara mereka yang selepas dicalitkan dakwat, cuba menghilangkan dakwat tersebut dengan beberapa bahan cecair yang mereka bawa sendiri. Hasil ujian tersebut menunjukkan tanda dakwat masih kekal di kulit walaupun setelah dicuci beberapa kali dengan pelbagai bahan cecair.
Di akhir sesi, semua hadirin yang merasa sendiri pengalaman dicalit dakwat serta yang menyaksikan peristiwa tersebut tampak yakin dengan keberkesanan kaedah yang digunakan. Y.Bhg. Datuk Kamaruddin turut menegaskan bahawa botol dakwat perlu digoncangkan terlebih dahulu bagi membolehkan bahan kimia yang digunakan sebati dengan warna dakwat sebelum mendapatkan kesan warna yang lebih gelap dan kekal.


Johor Today

25 April 2013

PRU 13 SEMUA MESTI KERJA KERAS!

From : SIASAHKINI

PRU 13 BN Akan Tersungkur Di semua Negeri Kecuali Johor, Melaka Dan Pahang?


Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar"...

Pemimpin Berusaha, Rakyat yang memilih dan ALLAH jua yang Maha Adil..

Johor Today

08 April 2013

Rumah sewa 'Homestay' to UTM, Legoland, JPO


Rinihillsz_view

Description

Assalamualaikum!
Pihak kami ada menyediakan rumah 'HomeStay' di Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru. Jenis rumah teres 2 tingkat 4 bilik dan 4 bilik air. Saiz lot 24' x 70' (Double Car Park -Berbumbung). Kawalan keselamatan 24 Jam.
Semua Bilik Lengkap dengan Queen Bed, almari, meja solek dan tandas.
Lengkap dengan kemudahan:
- Air-Cond (Master Bedroom)
- TV
- Peti Sejuk
- Oven
- Washing Machine
- Rice Cooker
- Towel (pls. request)
- Toto (pls. request)
Preferred: MUSLIM
Lokasi:
- 15 minit km ke UTM
- 17 km ke Legoland Nusajaya (18 minit)
- 24 minit ke JPO (Johor Premium Outlets)
- 10 minit ke Jusco _ Universiti
- 6 minit ke Pusat Rekreasi Hutan Bandar MPJBT
- 4 minit ke Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini
- 8 minit ke Masjid Jamek Taman Universiti
- 12 minit ke U-Mall / Giant Pulai Utama
- 14 minit ke Pulai Spring Golf Resort
- 30 minit ke Universal Studio Singapore
Wassalam,
RISA HOMESTAY
http://www.ibilik.my/short_term_rentals/152248/rini-hills-4-bedrooms-homestay-to-legoland-utm-jpo

Johor Today

02 April 2013

PRK-DAP rebut DUN Johor Jaya | Pilihanraya Umum ke 13

PRK-DAP rebut DUN Johor Jaya | Pilihanraya Umum ke 13:

JOHOR BAHARU: Selepas bertikam lidah berebutkan Parlimen Gelang Patah, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertelagah lagi dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

Kedua-dua parti itu mengumumkan calon masing-masing bagi kerusi negeri Johor
Jaya yang majoriti pengundinya adalah daripada kaum Cina.

Bagi PKR Johor, calon mereka bagi kerusi negeri terbabit adalah Ketua Biro
Guamannya, Jimmy Puah, manakala bagi DAP pula, calon pilihan mereka adalah
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY, Liow Cai Tung, 27. 
"PKR Johor akan tetap mempertahankan haknya terhadap kerusi Johor Jaya
memandangkan pada pilihan raya umum 2009 kerusi terbabit telah ditandingi oleh
calon Parti Rakyat Malaysia," kata Puah, di sini.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Johor Jaya dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Tan Cher Puk yang mengalahkan calon PRM, Md Nasir Ab Wahab dengan kelebihan undi majoriti 10,488.


'via Blog this'

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

23 March 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13:


Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13 | Seperti yang kita ketahui, semalam (20 Mac 2013) tiba-tiba gempar mengatakan Parlimen telah dibubarkan olehPerdana Menteri Malaysia. Namun malangnya, khabar angin itu cuma berita palsu semata-mata. Berikut adalah petikan dari Sinar Harian.

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini (20 Mac 2013), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali

"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Namun demikian, sepatutnya hari ini Parlimen dan Dun Negeri Johor akan terbubar secara automatik kerana hari ini genap tempoh yang sepatutnya dibubarkan. Berikut merupakanTARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN secara automatik bagi setiap negeri dalam Malaysia.

pembubaran parlimen secara automatik PRU 13

Kepada yang masih belum membuat semakan semula, anda boleh menyemak semula tempat mengundi secara online dan sms di pautan yang kami sediakan ini.

http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx
SEMAKAN TEMPAT MENGUNDI

'via Blog this'

20 February 2013

BETULKAH UMNO JOHOR MULAI GELISAH?

Nusajaya Kini: Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor !

KERETAPI LAJU KUALA LUMPUR - SINGAPURA

KUALA LUMPUR 19 Feb - Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang

dalam lawatan rasminya ke Singapura telah

bersetuju dengan pemimpin negara republik

itu untuk membina keretapi laju.

Najib dan rakan sejawatnya, Lee Hsien

Loong menyifatkan pembinaan keretapi

yang menghubungkan negara itu dengan

Kuala Lumpur sebagai pembangunan

strategik.

Najib berkata, projek itu akan menjadi titik

perubahan dalam hubungan dua hala dan

cara dunia melihat Malaysia dan Singapura.

Pembinaan keretapi laju itu dijangka siap

menjelang tahun 2020 dan akan mengambil

masa kira- kira 90 minit perjalanan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini,

kedua-dua pemimpin turut membayangkan

kemungkinan satu lagi jalan alternatif ketiga

yang menghubungkan kedua-dua negara

dibina.

Mereka turut menjangkakan operasi

terminal feri baru di Tanjung Puteri akan

memulakan operasinya tahun ini.

Sementera itu, Menteri Luar Datuk Seri

Anifah Aman berkata kedua-dua pihak telah

bersetuju untuk meneruskan Hubungan

Sistem Aliran Pantas (RTS) yang

menghubungkan Johor Baru dan republik

itu.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura

mempunyai masa sehingga 12 bulan untuk

memutuskan pilihan keutamaan bagi RTS

dan di bawah fasa pertama adalah

mengenal pasti pilihan skim penjajaran.

Difahamkan antara pilihan yang

dipertimbangkan adalah jambatan atau

terowong bawah tanah.

14 February 2013

PR1MA JOHOR

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 25,500 unit rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Iskandar Malaysia di Kulaijaya.

Perdana Menteri berkata pembinaan rumah mampu milik itu yang bakal siap dalam tempoh tiga tahun itu membabitkan usahasama PR1MA Berhad engan lima pemaju perumahan.

Beliau juga mengumumkan bahawa pemohon yang layak membeli rumah PR1MA di negeri itu akan mendapat potongan harga daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.

Beliau berkata harga pasaran untuk setiap rumah tersebut adalah sebanyak RM250,000, namun menerusi kerjasama kerajaan dan swasta dalam bentuk sumbangan kemudahan dana oleh kerajaan, projek itu dapat dilaksanakan lebih cepat dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.

“Ini merupakan diskaun yang agak besar iaitu dengan pengurangan sebanyak RM51,000 atau potongan lebih 20 peratus melalui sumbangan dana kemudahan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah mampu milik Nusantara PR1MA di Dewan Raya, Bandar Putra di Kulaijaya semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman, Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Najib berkata sebanyak 15,500 unit rumah akan dibina dengan oleh syarikat pemaju swasta iaitu Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd di Danga Bay, Plentong dan Masai; Casa Grey City Sdn Bhd di Tebrau, Larkin dan Plentong serta Aturan Prisma Sdn Bhd Sdn Bhd di Larkin.

Manakala Cahaya Bumimas Sdn Bhd pula akan terlibat dengan pembinaan PR1MA di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dan Tentu Canggih Holdings Sdn serta PIJ Property Sdn Bhd pula di kawasan Plentong.

Projek tersebut akan dijalankan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd sebagai pemilik tanah.

Selain itu, PR1MA juga akan membangunkan sebanyak 10,000 unit kediaman mampu milik di atas tanah kerajaan di Tampoi yang melibatkan kawasan seluas 80 hektar.

Sementara itu, Najib berkata kaedah cabutan undi membabitkan 201 unit di Nusantara PR1MA itu dapat memastikan ketelusan sekali gus mengelakkan pilih kasih dalam pemberian rumah PR1MA.

“Kita tidak mahu pemberian rumah dilakukan berdasarkan siapa yang kita kenali yang mana kita buat satu secara paling telus (pengundian).

“Peti undi pun telus (lut sinar) sekali supaya kita boleh tengok dan kita juga lantik juru audit supaya dapat memantau proses pengundian supaya tidak berlaku pilih kasih,” katanya.

Projek Nusantara PR1MA itu adalah usahasama Denia Development Sdn Bhd dengan UEM Land Bhd., sebagai pemilik tanah manakala PR1MA bertindak memberi sokongan dana pemudah cara melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata kemudahan seperti kedai, klinik, tempat permainan dan rumah ibadat akan turut dibina di setiap kawasan projek tersebut.

Beliau berkata kesemua rumah PR1MA akan diselenggara oleh pihaknya berbanding projek perumahan lain yang menyelenggara kediaman mereka sendiri.

- Bernama

02 February 2013

DESTINASI PERCUTIAN ANDA DI JOHOR BAHRU - HAPPY CHINESE NEW YEAR 2013






  1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) – 24 Januari  2013 (Khamis) – Semua negeri
  2. Tahun Baru Cina – 10 Februari 2013 ( Ahad ) – Semua negeri
  3. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – 11 Februari 2013  (Isnin) – kecuali Kelatan & Terengganu
  4. Hari Pekerja – 1 Mei 2013 ( Rabu )  - Semua negeri
  5. Hari Wesak – 24 Me 2013 ( Jumaat ) - Semua negeri
  6. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 1 Jun 2013  (Sabtu) - Semua negeri
  7. Hari Raya Puasa – 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat ) - Semua negeri
  8. Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2013 (Sabtu) - Semua negeri
  9. Hari Malaysia – 16 September 2013 (Isnin) - Semua negeri
  10. Hari Raya Qurban – 15 Oktober 2013 (Selasa) - Semua negeri
  11. Hari Raya Qurban (Hari Kedua) – 16 Oktober 2012 (Rabu) - Kelantan & Terengganu sahaja
  12. Hari Deepavali – 2 November 2013 (Sabtu) – kecuali W.P Labuan & Sarawak
  13. Awal Muharam (Maal Hijrah) – 5 November 2013 (Selasa) - Semua negeri
  14. Hari Krismas – 25 Disember 2013 (Rabu) - Semua negeri


Blog Pilihan