Johor Search

Custom Search

Followers

03 April 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Kartika jalani khidmat komuniti

Posted: 02 Apr 2010 05:20 PM PDT


Kartika Sari Dewi Shukarnor (tengah) ditemani bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib (dua dari kiri), bapa saudara, Amley Ayatt (kiri) dan kakaknya, Ratna Seri Dewi (dua dari kanan) di Kuantan, Pahang, semalam. utusan/ MAHATHIR ALI

KUANTAN 2 April – Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, hari ini melaporkan diri di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini bagi menjalani kerja khidmat komuniti yang dikenakan ke atasnya sebagai ganti hukuman sebat.

Ibu kepada dua anak itu dikenakan kerja khidmat komuniti selama tiga minggu atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang meringankan hukumannya kerana kesalahan minum arak.

Sebelum ini, hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini ke atas bekas model sambilan itu mendapat perhatian selepas dipertikaikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk media asing.

Kartika ketika ditemui pemberita berkata, dia berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya walaupun pada mulanya berasa sedikit terkejut dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan dua anaknya.

”Alhamdulillah, saya bersedia dan berpuas hati dengan hukuman ini walaupun terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk tempoh yang lama.

”Walaupun perasaan saya bercampur aduk tetapi saya akan menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan menerimanya dengan hati terbuka,” katanya sebaik tiba di perkarangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini.

Kartika yang ditemani keluarganya hadir di Bahagian Penguatkuasa JAIP kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum dibawa ke rumah kebajikan tersebut dengan diiringi kenderaan rasmi JAIP.

Dia kemudiannya dilihat menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard berwarna hitam manakala bapa, kakak dan bapa saudaranya menaiki kereta jenis Kia Rio berwarna jingga menuju ke rumah kebajikan itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari pejabat JAIP di sini.

Tahun pertama menyeronokkan

Posted: 02 Apr 2010 05:17 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0F25ZGGsE0wkIfrKggZIowrfFH5aonWkT5I0SbxNpTs3R6BC07vDPemKE9RBzvT64ou0f9fR6inZ5GwslOMdBsJot6TChG341uV9wjX8U7i4BX55h3FNjxd99b0bLzIfdMXxy/s400/Datuk+Seri+Najib+Razak.jpg

KUALA LUMPUR 2 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahun pertama beliau memegang jawatan merupakan satu “perjalanan yang menyeronokkan” dan beliau menemui makna yang mendalam dalam kehangatan senyuman rakyat biasa dan bersalaman dengan mereka.

Semasa 12 bulan kebelakangan ini, beliau telah memaksa dan mencabar diri sendiri untuk mencapai tahap yang boleh diteladani untuk menyampaikannya kepada rakyat walaupun beliau telah mengamanahkan kepada Kabinetnya untuk melaksanakanya dengan lebih berkesan, katanya dalam entri blognya 1Malaysia hari ini.

“Tidak dapat dielakkan, terima kasih kepada kesibukan, hari-hari saya semakin panjang dan malam-malam saya semakin pendek. Ia mungkin disebabkan tuntutan-tuntutan seperti ini yang saya temui makna yang besar dalam perkara-perkara yang kecil seperti kehangatan tulen senyuman dan berjabat salam dengan rakyat biasa Malaysia, yang kadang-kadang memberikan saya begitu banyak keseronokan seperti berjabat tangan dengan para pemimpin dunia,” katanya.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam pada 3 April tahun lepas.

Tahun lepas telah menyaksikan Perdana Menteri menjelajah seluruh negara dan mengadakan kunjungan mesra untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah dan pendapat-pendapat mereka.

Dalam blognya, Najib juga menceritakan kehidupannya di luar pejabat, buku-buku yang dibacanya dan latihannya dengan alat injakan.

“Saya pasti ramai antara anda setuju dengan saya bahawa adalah sangat penting untuk melalui hari-hari yang seimbang di antara kerja dan kehidupan peribadi. Bukan sahaja ia membenarkan kita untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan, kehidupan yang seimbang dapat meningkatkan produktiviti, pemikiran dan membuat keputusan,” katanya.

Senaman fizikal membawa ketenangan dan tenaga bagi memenuhi jadual hariannya dan membenarkan beliau untuk memberi fokus dengan lebih baik berhubung perkara-perkara penting dan mencapai waktu-waktu yang lebih produktif, katanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga berlatih dengan alat injakan dua atau tiga kali seminggu untuk membantunya mengatasi jumlah perjalanan yang dibuat di dalam negara dan seberang laut.

“Dalam arena antarabangsa, kita mesti terus meletakkan Malaysia secara positif, Ini penting memandangkan kita merupakan sebuah ekonomi terbuka yang kecil yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa,” katanya.

Najib juga mendedahkan bahawa beliau membaca beberapa buah buku pada satu-satu masa dengan yang terbaru ialah When China Rules The World oleh Martin Jacques dan Blink oleh Malcolm Gladwell.

Walaupun amat jarang pada masa ini, beliau cuba bermain di sekeliling atau golf atau menonton televisyen, katanya.

“Dengan melihat ke depan saya memepertimbang sasaran-sasaran penting yang telah kita tetapkan pada 2010, saya menerima bahawa bukan semuanya dapat berjalan lancar pada sepanjang masa dalam beberapa bulan ke depan.

“Bagaimanapun, saya percaya bahawa dengan berkongsi bebanan itu dan sama-sama menuju ke arah tujuan yang sama, kita boleh mencapai matlamat kita,” katanya. – Bernama

Admin – Ini ada satu gambar hiasan time diorang muda2. Teka siapa? :D

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_6XfT4rWFbfWqHV6zsVhQGt7YXZiy6UyPIEz0l0WOjZMEe07UPBWqGv2mm8d-RQMOYsNYa364hG52fdeCL8-CnD2uTHsWX9orQCeUM1O8uMUoj-941_hl7fEWZsOjoKs6bxmf/s400/Anwar+Lawan+Najib+-+theindiestory.blogspot.com.jpg

Remaja maut ketika upacara menghalau hantu

Posted: 02 Apr 2010 05:16 PM PDT

GEORGETOWN, Guyana 3 April – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mati selepas jiran dan paderi tempatan cuba merawatnya yang mengalami kekejangan dengan menjalankan upacara menghalau hantu di sebuah gereja.

Polis Guyana semalam berkata, mereka sedang menyiasat kes berkenaan.

Sangeeta Persaud dikatakan mengalami kekejangan selepas minum teh ketika bersarapan di rumah neneknya di Canal Number Two, kata neneknya kepada Stabroek News dan Guyana Chronicle.

Wanita itu memberitahu, jiran mereka datang untuk membantu dan seorang paderi meyakinkan bahawa cucunya terkena rasukan syaitan.

Selepas mencuba menghalau syaitan itu di rumahnya, nenek Sangeeta dan beberapa saksi mengatakan, jiran membawanya ke gereja, di mana paderi dan pembantu di situ menggosok perut serta memberikan cucunya minuman jus limau nipis.

Remaja itu akhirnya dibawa ke hospital dan mati di situ, kata Komander Polis, Colin West, semalam.

Keputusan autopsi awal tidak memberi sebarang kesimpulan dan tiada sesiapa yang ditahan namun West berkata, polis sedang meneruskan penyiasatan.

Ia masih tidak jelas mengapa remaja itu tidak segera dibawa berjumpa doktor.

Paderi itu mengetuai pengebumiannya kelmarin dan ibu bapa serta saudara remaja berkenaan menjerit menuduh antara satu sama lain, lapor Stabroek News.

Pada masa sama, paderi berkenaan dilaporkan mempertikaikan kenyataan berita berhubung apa yang berlaku, tetapi tidak menyebut bahagian mana yang dimaksudkannya tidak tepat.

Akhbar melaporkan, remaja itu tinggal bersama neneknya di sebuah rumah satu bilik dan ibu bapanya bercerai. – AP

Admin – :-) :? :?

Pesalah seks dilarang guna komputer selama 30 tahun

Posted: 02 Apr 2010 05:15 PM PDT

WASHINGTON 3 April – Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks yang tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer selama 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam.

Panel tiga hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.

Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan merangsang seks apabila ingin menemui seorang gadis dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet.

Hakim itu mengatakan penggunaan komputer selalunya penting untuk memohon kerja.

Russell dihukum penjara beberapa tahun dan mencabar syarat pembebasannya.

Panel berkenaan mengarahkan mahkamah rendah untuk menggubal syarat itu.

Dalam syarat hukumannya, Russell diperintah supaya tidak memiliki dan menggunakan komputer untuk apa alasan pun.

Peraturan 15 muka surat mahkamah rayuan itu menyatakan, syarat berkenaan tidak adil terutamanya kepada seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja selama 10 tahun sebagai jurutera sistem gunaan.

Ramai kerja yang dilakukan golongan kolar biru juga memerlukan penggunaan komputer, jelas hakim. – AP

Liverpool intai pemain remaja Rangers

Posted: 02 Apr 2010 05:14 PM PDT

GLASGOW 3 April – Liverpool merupakan salah satu dari dua kelab Liga Perdana England yang berminat untuk mendapatkan pertahanan remaja Rangers, Danny Wilson, jelas juara Scotland tersebut semalam.

Pemain berusia 18 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak baru di Ibrox minggu ini tetapi pengurus pasukan, Walter Smith berkata, perbincangan masih diteruskan antara wakilnya dan Ketua Eksekutif, Martin Bain. – AFP

DareDevil Hosting Review

Posted: 02 Apr 2010 05:10 PM PDT

Hi,

This is a brief review on my first 2 weeks with Dare Devil Hosting. I am currently using its VPS plan for my SBox site. At that time I required a hosting solution to replace my old one so I searched high and low for a webhosting orner whom I can talk to personally. Arber from Dare Devil hosting was the only one who agreed to get online via Google chat with me.

He understood my need and instantly created my vps and even helping to transfer my site which is pretty big. I am not sure about the other webhosting plan but I can personally vouch for the VPS setup for me. It is fast and runs on a fast port. Since the time my site was with them I have never experienced any slow loading nor any downtime.

All in all I can say that its a great hosting experience. Maybe DareDevil Hosting is not that famous nor big like other hosting such as HostMonster or JustHost, however there reliability, support and service is one of the best.

Thanks DareDevil Host!! 8O 8O

Mufti: Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda

Posted: 02 Apr 2010 08:50 AM PDT

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali, katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang.

Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.

Sumber – www.malaysiakini.com

Admin – banyak lah :idea: :idea: Apa pendapat anda?

Jual adik untuk seks

Posted: 02 Apr 2010 06:29 AM PDT

NEW JERSEY: Seorang gadis berusia 15 tahun ditangkap selepas didakwa menjual adik tirinya berumur tujuh tahun kepada sekumpulan lelaki untuk dirogol di sebuah parti.

Polis New Jersey percaya remaja belasan tahun itu membawa adik tirinya ke sebuah apartmen berhampiran kediaman mereka di Trenton, tempat kanak-kanak itu dirogol oleh kira-kira tujuh lelaki.
Remaja berkenaan dipercayai hadir ketika kejadian dan menerima bayaran daripada mereka yang mengambil bahagian.
Ibu bapa mereka menyangka kedua-duanya melarikan diri apabila tidak menemui mereka di rumah selepas pulang kerja.
Kami bercakap mengenai seorang remaja yang menyuruh adiknya memasuki sebuah apartmen dan membiarkan sekumpulan lelaki merogolnya, kata jurucakap polis Trenton, Joseph Juniak.
Remaja terbabit akan didakwa atas tuduhan serangan seksual, menggalakkan pelancuran dan beberapa jenayah lain.

Polis enggan mendedahkan namanya kerana faktor usia.
Bagaimanapun, pendakwaraya di New Jersey berkata, pihaknya merancang meminta mahkamah membicarakan dia sebagai orang dewasa.
Gadis itu kini ditahan di sebuah pusat tahanan remaja.
Sementara itu, Datuk Bandar Trenton, Doug Palmer berkata, kanak-kanak malang itu mengiringi kakaknya ke parti itu kerana takut tinggal bersendirian di rumah.
Sebaik berada di apartmen itu, kakaknya memujuk dia supaya membenarkan lelaki berkenaan merabanya.

Sumber : Harian Metro

Lady Gaga tak dipeduli guru

Posted: 02 Apr 2010 05:46 AM PDT

NEW YORK: Penyanyi yang mencuri perhatian kerana kostumnya yang pelik, Lady Gaga, mendedahkan beliau menghadapi masa sukar di sekolah kerana tidak kurus seperti sekarang, yang didakwanya menyebabkannya dipinggirkan guru.

Beliau memberitahu majalah New Yorker: Saya lebih berat antara 6.80 kilogram hingga 9.07 kilogram berbanding sekarang.

Saya pakai baju potongan singkat dan guru akan memberitahu bahawa saya tidak boleh memakainya dan saya menunjuk ke arah seorang budak perempuan lain yang memakai pakaian sama.

Penampilan budak itu yang memakai pakaian sama amat berbeza sekali. Ini tidak adil. Ketika itu, payu dara saya lebih besar dan tegang dan menarik.

Bintang itu juga menggesa peminatnya melakukan yang terbaik untuk mengikut jejak langkahnya kerana beliau menegaskan tiada perkara yang mustahil mengenai pencapaiannya.

Beliau menambah: Saya percaya semua orang boleh melakukan apa yang saya lakukan. Semua orang tahu mengenai potensi diri mereka yang hebat.

Saya hanyalah gadis biasa dari New York yang mengambil keputusan untuk melakukannya. Takluk dunia! Apakah maknanya dunia ini jika anda tidak dapat menguasainya?
Sementara itu, Lady Gaga juga mendakwa mampu menggunakan mindanya untuk merangsang kemahuan seksualnya.

Penyanyi itu menegaskan beliau belajar bagaimana untuk merangsang dirinya secara mental ketika belajar di sebuah kolej drama beberapa tahun lalu.

Beliau menjelaskan: Saya teringat kali pertama saya minum daripada secawan kopi imaginasi saya. Ia adalah perkara pertama mereka mengajar anda di kolej drama. Saya dapat berasa hujan juga, apabila ia tidak hujan.

Saya tidak tahu jika ia melampau, namun saya sebenarnya dan menggunakan minda dapat membayangkan diri saya menikmati kemuncak seks. Anda tahu, kuasa daya ingatan amat kuat. Agensi

Sumber :Bharian.com.my

Makan tepi letusan gunung berapi

Posted: 02 Apr 2010 05:32 AM PDT

Tukang masak sedia juadah guna lahar panas RM470

REYKJAVIK: Sekumpulan tukang masak Iceland menawarkan pengalaman gastronomi unik kepada pelanggannya iaitu memasak menggunakan lahar panas dan makanan dihidangkan berhampiran letusan gunung berapi yang berterusan.

Falsafah saya ialah jika seseorang mengatakan sesuatu yang mustahil, saya teruja mencubanya, kata Fridgeir Eiriksson, antara tukang masak terbabit.

Apabila Eiriksson mendengar mengenai letusan gunung berapi Fimmvorduhals di tengah glasier Eyjafjallajokull di selatan Iceland pada 21 Mac lalu, beliau mula merancang untuk memasak makan malam lazat berhampiran gunung berapi terbabit.

Selasa lalu, Eiriksson dan tiga rakannya dari restoran Reykjavik, hotel mewah Holt mula membawa bekalan dan champagne ke kaki gunung terbabit dengan dua trak pacuan empat roda.

Mereka menghiasi sebuah kawasan makan malam mudah alih berhampiran lahar dengan permaidani merah, sebuah meja kecil dan dua kerusi bagi restoran yang mana pasangan memerlukan helikopter untuk ke sana.

Kami tidak tahu apa yang akan dijangka apabila mendekati gunung berapi, jadi kami membawa topeng pengimpal dan sarung tangan kerana kami mahu memasak makanan pada lahar itu sendiri, kata Eiriksson.
Kami tidak pernah menggunakan peralatan terbabit kerana tidak pernah hampir dengan lahar, tetapi ia amat panas di sekeliling padang lahar, malah kami terpaksa membuka baju sejuk apabila mula memasak atas lahar itu sendiri, katanya.

Dengan angin sejuk, suhu di gunung sejak beberapa hari lalu turun serendah bawah 30 darjah Celsius, walaupun lahar panas di sekeliling mereka, pengunjung masih lagi perlu memakai pakaian sejuk ketika makan. AFP

Sumber : Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan