Johor Search

Custom Search

Followers

01 April 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Henry enggan beraksi menentang Gunners

Posted: 31 Mar 2010 05:12 PM PDT

LONDON: Thierry Henry kembali ke Arsenal mengharungi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, tapi penyerang Barcelona itu terpaksa membenarkan perhatian peminat tertumpu kepada rakan sepasukannya, Lionel Messi.

Henry menyertai Barca pada 2007, pernah mendapat tempat di hati penyokong Arsenal dan kehadirannya pasti dinanti-nanti peminat setia Gunners.

Tapi bintang Perancis yang pernah membantu Arsenal menjulang dua gelaran Liga Perdana Inggeris, tiga Piala FA dan menjadi penjaring terbanyak dengan 226 gol sepanjang 369 penampilan, belum tentu diturunkan selepas menghabiskan banyak masa di bangku simpanan sejak kebelakangan ini.
Saya bukannya tidak mahu merebut tempat di dalam kesebelasan utama tapi saya tidak mahu bermain menentang Arsenal, kata Henry.
Sebelum undian, saya sudah menyatakan tidak mahu berdepan Arsenal. Memang saya tidak menduga kembali ke sini dan lebih buruk lagi, ia adalah suku akhir Liga Juara-Juara.
Saya sangat emosi. tapi juga perlu bertenang. Kali ini kehadiran saya berbeza kerana sudah menghabiskan masa selama tujuh tahun di Highbury serta satu tahun di Emirates dan perasaan bercampur baur apabila bertemu dengan peminat serta semua yang ada di kelab. Seperti David Beckham yang gagal menyerlah ketika AC Milan tewas di tangan Manchester United sebelum ini, Bagaimanapun,Henry mungkin ditenggelami bayang Messi andai pemain itu mengulangi aksi hebatnya yang dipamerkan sejak kebelakangan ini.

Satu ketika kira-kira lapan bulan lalu, penyerang Argentina itu Messi yang kelihatan tidak bertenaga dengan aksi hambar sebelum ini dan aksinya diakui cukup hambar.
Begitupun, dia sudah mencatat 34 jaringan setakat ini .termasuk gol hebat ketika menentang Real Zaragoza selain mengusahakan sendiri jaringan bagi membolehkan juara bertahan itu menewaskan Stuttgart sebelum layak ke kelompok 16 pasukan terakhir.
Jika itu tidak cukup untuk membuatkan tidur pengurus Arsenal, Arsene Wenger terganggu, Messi percaya corak permainan Arsenal yang terbuka akan memberikannya lebih banyak ruang untuk bertindak.
Pada peringkat ini, kami tidak hirau siapa lawan kami kerana untuk menjadi terbaik, anda perlu menewaskan pasukan terbaik, kata Messi. – AFP

Sumber : Harian Metro

Cinta Selepas Kahwin

Posted: 31 Mar 2010 04:38 PM PDT

http://gito2.files.wordpress.com/2008/03/gito.jpg

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : ” Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah”

“if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.Itulah cinta bersulam redha.

Insyaallah kita kongsi masa yg akan dtg.

petikan dari> http://halaqah.net

Artikel Kredit tu Nurul Izza Multiply

Saintis nuklear Iran paling tadah ke AS

Posted: 31 Mar 2010 04:05 PM PDT

WASHINGTON – Seorang saintis nuklear Iran yang dilaporkan hilang sejak musim panas tahun lalu sebenarnya telah berpaling tadah ke Amerika Syarikat (AS), lapor rangkaian televisyen ABC kelmarin.

Laporan itu menyatakan saintis berkenaan, Shahram Amiri kini tinggal di AS dan sedang membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjejaskan program nuklear Iran.

Shahram, yang bekerja di Universiti Malek Ashtar di Teheran, Iran hilang Jun tahun lalu semasa mengerjakan haji di Mekah.

Memetik sumber-sumber perisikan, stesen televisyen ABC menyatakan, kehilangan pakar nuklear itu sudah lama dirancang oleh CIA yang memujuknya supaya belot.

Agensi CIA dilaporkan mendekati Shahram di Iran melalui orang tengah yang menawarkan peluang penempatan semula kepadanya bagi pihak pemerintah AS.

Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama kelmarin berkata, beliau berharap sekatan antarabangsa ke atas Iran berhubung program nuklear negara itu dapat dilaksanakan pertengahan bulan ini. – AP

kredit : kosmo.com.my

Katak beri amaran gempa bumi

Posted: 31 Mar 2010 04:04 PM PDT


GAMBAR fail menunjukkan seekor katak berada di sebatang jalan raya dekat Buch, utara Berlin.


PARIS – Sejak berkurun dahulu, manusia berusaha mencari alat yang dapat memberi amaran awal sebelum gempa bumi berlaku.

Usaha itu mungkin berbaloi apabila satu kajian mendapati sejenis katak kecil berwarna coklat mampu meramalkan bila gempa bumi akan terjadi.

Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang ahli biologi Britain, Rachel Grant mendapati katak itu yang dikenali sebagai Bufo-bufo jantan memberi amaran awal lima hari mengenai gempa bumi yang telah memusnahkan bandar L’Aquila di tengah Itali pada 6 April, 2009 dengan menyebabkan 300 orang maut manakala 40,000 lagi hilang tempat tinggal.

Grant yang terlibat dalam projek pemantauan Bufo-bufo di Tasik San Ruffino, 74 kilometer ke utara L’Aquila, mendapati populasi haiwan itu berkurangan dengan mendadak lima hari sebelum gempa bumi melanda. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Guna Internet hubungi doktor pakar

Posted: 31 Mar 2010 04:02 PM PDT


BEBERAPA doktor menggunakan komputer di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal pada 26 Mac lalu.


KATHMANDU – Pesakit-pesakit di pedalaman Nepal tidak lagi terabai kerana tidak lama lagi mereka boleh menghubungi doktor pakar menerusi Internet.

Kemudahan tersebut adalah antara skim inovatif pemerintah bagi meningkatkan tahap penjagaan kesihatan di kawasan pedalaman negara di banjaran Himalaya itu.

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, 25 buah hospital daerah di banjaran Himalaya akan dihubungkan dengan doktor-doktor pakar di sini dan India melalui satelit.

Projek melibatkan kos AS$400,000 (RM1.3 juta) itu merupakan yang pertama seumpamanya di Nepal. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Lady Gaga diminta cipta lagu James Bond

Posted: 31 Mar 2010 04:01 PM PDT


LADY GAGA


LONDON – Bintang pop yang suka berpakaian pelik, Lady Gaga diminta untuk menghasilkan lagu untuk filem terbaru James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilihan Lady Gaga dibuat berikutan semua bos francais filem Bond tersebut merupakan peminat penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu.

Namun, rundingan mengenainya akan mengambil tempoh masa selama berbulan-bulan kerana penggambaran filem tersebut telah ditangguhkan atas alasan kemelesetan ekonomi selain projek untuk menghasilkan James Bond dalam bentuk tiga dimensi (3-D)

Judul filem itu masih belum diberi nama tetapi ia dirujuk sebagai Bond 23. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Penyanyi AS cetus kontroversi

Posted: 31 Mar 2010 04:01 PM PDT



LOS ANGELES – Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Erykah Badu (gambar) mencetuskan kontroversi menerusi klip video terbaru yang menunjukkan dia menanggalkan pakaian di tempat Presiden AS ke-35, John F. Kennedy mati ditembak pada 1963 di Dallas.

Menurut akhbar Dallas Morning News, dalam video muzik Window Seat itu, dia kemudian rebah di tanah seperti satu babak tembakan.

“Saya mula memikirkan untuk melucutkan pakaian, berbogel dalam keadaan penuh dengan kesenian,” katanya.

Namun, ramai penduduk Dallas dan mereka yang sudah menonton video tersebut menerusi laman web YouTube mengutuk aksi tersebut serta menganggap klip daripada album terbaru Badu iaitu New Amerykah Part Two itu sebagai keterlaluan.

Pihak polis mengesahkan penyiaran video itu telah melanggar undang-undang tetapi menyatakan, ia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada seorang pun saksi di lokasi penggambaran tampil membuat aduan. – dpa

kredit : kosmo.com.my

Terkejut akaun ada AS$88 bilion

Posted: 31 Mar 2010 03:58 PM PDT



VIRGINIA – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stephanie Hickman terkejut mendapati akaun banknya mengandungi wang simpanan sebanyak AS$88,888,888,888.88 bilion (RM290 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.

Perkara itu berlaku semasa dia dan suaminya memeriksa baki akaunnya di sebuah bank di sini, Sabtu lepas.

Memilih untuk tidak membelanjakan wang itu, mereka kemudian menghubungi SunTrustBank bagi melaporkan kesilapan tersebut.

Namun, sangkaan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah meleset apabila pihak bank memberitahu, ia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka.

STEPHANIE HICKMAN



“Kami tidak dapat mengeluarkan wang AS$150 (RM489) milik kami kerana akaun kami telah

dibekukan. Semuanya dibekukan termasuk kemudahan perbankan dalam talian,” kata wanita itu kepada stesen televisyen NBC.

Akaun Stephanie dibekukan buat sementara waktu menyebabkan dia terpaksa mencari sumber lain untuk berbelanja. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Jadi jutawan kutip tin kosong

Posted: 31 Mar 2010 03:56 PM PDT


CURT DEGERMAN


SKELLEFTEA, Sweden – Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.

Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.

Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.

Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.

Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

“Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri,” kata seorang sepupunya.

“Dia amat arif tentang pasaran saham,” tambahnya.

Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.

Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. – Agensi

kredit : komso.com.my

Lagi serangan berani mati

Posted: 31 Mar 2010 03:54 PM PDT


ANGGOTA-ANGGOTA forensik memeriksa lokasi letupan bom dua penyerang berani mati di Kizlyar, Rusia semalam.


MOSCOW – Dua pengebom berani mati membunuh 12 orang semalam dalam dua serangan terhadap pihak polis di Caucasus Utara, sebuah kawasan yang didiami ramai penduduk Islam di Rusia.

Keganasan terbaru itu berlaku hanya dua hari setelah 39 orang mati dalam dua serangan bom berani mati berasingan di sini.

Sembilan anggota polis termasuk seorang ketua polis tempatan maut dalam serangan terbaru di Caucasus Utara, melibatkan wilayah Dagestan yang kucar-kacir akibat penentangan penduduk Islam terhadap pemerintahan anti-Moscow.

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata, beliau tidak menolak serangan terbaru itu berkait rapat dengan serangan berani mati di Moscow oleh dua pengebom wanita pada Isnin lalu yang dilakukan bagi membalas dendam ekoran tindakan pemerintah Rusia membanteras keganasan militan.

Pada satu kejadian, seorang pengebom berani mati dalam sebuah kereta meletupkan dirinya apabila polis cuba memintasnya di bandar Kizalyar dekat Dagestan.

Semasa penyiasat dan penduduk berhimpun di tempat kejadian, seorang lagi pengebom berani mati yang memakai pakaian seragam polis meletupkan dirinya dengan membunuh seorang ketua polis tempatan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan