Berita Harian Online |
- Nik Aziz kekal Mursyidul Am
- Saman jika sekolah berdiam diri
- 22 budak jahat
- Abang jadi ‘Superman’
- Jangan Pandang Rendah pada orang lain
- ‘Berubahlah bang…’
- Nyaris jadi mangsa letupan
- APCO nafi dakwaan bekerja dengan kerajaan Israel
- Faizal Tahir mohon maaf kepada peminat di Klang Parade, janji tidak ulang kesilapan
- Din Beramboi koma di Hospital Selayang
| Posted: 30 Mar 2010 05:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini, semalam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian. Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen di sini semalam berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am.
Sumber : Harian Metro |
| Saman jika sekolah berdiam diri Posted: 30 Mar 2010 05:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Saya tidak akan teragak-agak menyaman pihak sekolah kerana terus berdiam diri dan gagal mengambil tindakan terhadap kejadian cabul anak perempuan saya, kata ibu mangsa cabul rakan sekelas di sebuah sekolah rendah di Bangsar. Ibu mangsa, Salbiah Mohamed Yusof, 33, berkata tindakan mahkamah itu akan diambil kerana mendakwa pihak sekolah berkenaan enggan bertanggungjawab terhadap kejadian cabul membabitkan beberapa murid lelaki sekolah itu selain enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam kejadian Oktober lalu, mangsa yang berusia 11 tahun dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali namun perbuatan tidak bermoral itu berlaku selepas dia gagal menunaikannya. Sumber : Harian Metro p/s: la menteri pun hantar wakil suruh tarik laporan?ape kes ni? |
| Posted: 30 Mar 2010 05:44 PM PDT YAN: Ibu bapa kepada 22 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, kesal dengan tindakan pengetua sekolah itu yang dianggap keterlaluan dan menganiaya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila memberi ulasan kurang memuaskan serta tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah mereka. Ayah pelajar, Rasli Mohd Zain, 55, berkata dia kesal dengan pengetua berkenaan kerana membantutkan hasrat anaknya untuk memasuki institusi pengajian tinggi disebabkan ulasan tidak munasabah. Pengetua wanita itu memberi ulasan kelakuan pelajar kurang memuaskan dan masalah disiplin. Ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar selain berisiko tidak dapat tempat di institut pengajian tinggi awam atau swasta. Anak saya, Ahmad Ikram, 18, memberitahu dia nakal di sekolah, namun tidak sampai ke tahap masalah disiplin yang teruk sehingga pengetua berkenaan tergamak berbuat demikian, katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rasli berkata, anaknya pernah mewakili Kedah dalam bola tampar selain mengharumkan nama sekolah sepanjang lima tahun belajar di sekolah berkenaan.
Sumber : Harian Metro |
| Posted: 30 Mar 2010 05:41 PM PDT IPOH: Remaja lelaki berusia 13 tahun bagaikan Superman mengharungi api yang marak untuk menyelamatkan empat adiknya berusia antara tiga hingga 11 tahun selepas kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran, di Rapat Setia, kira-kira 4 pagi semalam. Selepas dikejutkan ibu, remaja berkenaan bergegas mengejutkan semua adiknya sebelum mengumpulkan mereka di dapur rumah selepas sebuah bilik serta ruang tamu rumah marak dijilat api.
Sementara itu, Norlina berkata, dia nekad membawa keluar sebuah kenderaan pacuan empat roda miliknya bagi mengelak dari terbakar namun gagal mengalihkan sebuah lagi kenderaan. Sumber : Harian Metro |
| Jangan Pandang Rendah pada orang lain Posted: 30 Mar 2010 05:41 PM PDT Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: Kau pandai menulis dan membaca? Tidak. Saya buta huruf. Jawab si pengayuh sampan.
Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: Kamu ada membuat simpanan wang di bank? Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit. Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: Tuan, apakah tuan pandai berenang? Errerrr, saya tidak tahu laaa. Jawab professor dalam keadaan panik. Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan! . Sumber Artikel : Majalah Solusi No.16 (Sebuah majalah yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh semua orang. Maklumat lanjut, sila dapatkan majalah solusi di pasaran. TQ) Admin – Kisah ini saya ambil dari blog PakarHowTo Sebuah laman blog yang meempunyai kandungan yang menarik. Tahniah kepada staf PakarHowTo |
| Posted: 30 Mar 2010 05:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Betapa buruk pun perangainya, dia tetap suami saya. Walaupun dia tak pernah memikirkan perasaan saya sebagai isteri, malah masih melakukan perkara kejam, saya tetap mengharapkannya berubah menjadi suami dan ayah yang baik satu hari nanti, kata Julia Daud, 28, isteri pelakon, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, yang kini diburu polis susulan aduan wanita itu yang mendakwa ditumbuk, ditendang dan dicekik dengan kejam, baru-baru ini. Namun, wanita itu mendakwa dia terpaksa membuat laporan untuk menyedarkan suaminya mengenai sikap buruk yang perlu diubah selain lebih bertanggungjawab terhadap kedua-dua anaknya, Siti Norbatrisyia, 2, dan Rohidayat, berusia dua bulan.
KUALA LUMPUR: Betapa buruk pun perangainya, dia tetap suami saya. Walaupun dia tak pernah memikirkan perasaan saya sebagai isteri, malah masih melakukan perkara kejam, saya tetap mengharapkannya berubah menjadi suami dan ayah yang baik satu hari nanti, kata Julia Daud, 28, isteri pelakon, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, yang kini diburu polis susulan aduan wanita itu yang mendakwa ditumbuk, ditendang dan dicekik dengan kejam, baru-baru ini. Namun, wanita itu mendakwa dia terpaksa membuat laporan untuk menyedarkan suaminya mengenai sikap buruk yang perlu diubah selain lebih bertanggungjawab terhadap kedua-dua anaknya, Siti Norbatrisyia, 2, dan Rohidayat, berusia dua bulan. // <
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..