Johor Search

Custom Search

Followers

30 March 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Pintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir

Posted: 29 Mar 2010 04:39 PM PDT


GAMBAR menunjukkan pintu granit merah Mesir yang dianggap pintu ke alam selepas mati.

KAHERAH, Mesir – Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.

Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.

Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Burung bersarang di lampu isyarat

Posted: 29 Mar 2010 04:38 PM PDT

NEW YORK – Sepasang burung di Britain menarik perhatian ramai penduduk apabila membuat sarang di celah lampu isyarat di persimpangan jalan yang sibuk di Doncaster, Yorkshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Aksi burung betina itu yang setia berada di sarangnya sambil menanti kepulangan pasangannya daripada mencari makanan untuk anak-anaknya telah dirakamkan oleh seorang jurugambar tempatan, Algis Motuza, 53.

Katanya, burung tersebut kemungkinan menggunakan haba daripada warna merah pada lampu isyarat itu untuk mengeram telur.

“Sukar dipercayai apabila dapat melihat burung itu yang bersarang tanpa gangguan dan ia juga seperti tidak peduli dengan kesibukan yang berlaku di sekeliling lampu tersebut,” kata Motuza. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Mini Cooper berkilat tiada insurans

Posted: 29 Mar 2010 04:37 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan kereta Mini Cooper yang mencetuskan masalah kepada Ian (kanan) dan pasangannya, Toni.


NOTTINGHAMSHIRE, Britain – Nasib pasangan Ian dan Toni Grice amat malang selepas sebuah Mini Cooper bersadur krom berharga AS$56,956 (RM186,103) yang baru mereka beli tidak boleh dipandu di atas jalan raya kerana tidak memiliki insurans, lapor sebuah akhbar semalam.

Ian yang berusia 42 tahun ternampak model edisi terhad yang berkilat itu di sebuah bilik pameran di London pada Hari Kekasih lalu dan membelikannya untuk Toni, 41.

Beliau diberi insurans percuma selama seminggu oleh BMW yang membolehkannya memandu sejauh 193 kilometer ke rumahnya di Greasley, Nottinghamshire.

Namun, selepas tempoh itu tamat, Ian cuba untuk mendapatkan perlindungan insurans biasa tetapi permohonannya ditolak oleh semua firma insurans.

“Tiada firma insurans mahu memberi insurans kepadanya. Pihak insurans menyatakan kereta itu terlalu mudah calar dan rosak,” kata Ian.

Jurucakap Persatuan Insurans Britain berkata: “Ia (kereta tersebut) mungkin menjadi sasaran pencuri. Nasihat saya, cuba tanya broker yang terlibat dengan pasaran khas. Namun, dia patut tahu sejumlah wang tertentu perlu dibayar untuk mendapatkannya.” – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Pelakon televisyen jadi sasaran penghendap

Posted: 29 Mar 2010 04:36 PM PDT


Erbe

PHILADELPHIA – Bintang televisyen Law & Order: Criminal Intent, Kathryn Erbe menjadi mangsa sasaran penghendap seorang peminat yang terlalu obses kepadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penghendap itu, Charles Nagel ditangkap pada minggu lalu setelah dia mengekorinya dan menghantar surat cinta serta e-mel kepada Kathryn sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber, Nagel, 36, terlalu obses dengan Erbe, 44, sehingga dia meluahkan perasaannya di dalam blog peribadi MySpace.

Erbe, yang merupakan ibu tunggal dua anak menangani masalah itu dengan cekap untuk beberapa tahun dan memastikan pihak stesen televisyen NBC serta agensi pengawal keselamatan memantau kelakuan Nagel.

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila dia mula menghantar surat-surat yang penuh mengghairahkan kepada Erbe.

Pelakon itu kemudian menghubungi detektif polis di sebuah balai polis menyebabkan usaha untuk menangkap penghendap tersebut dilakukan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Kim-Demi bergaduh di Twitter

Posted: 29 Mar 2010 04:35 PM PDT


Gambar di laman Twitter menunjukkan Kim (kiri), La Vazquez, Serena Williams dan Kelly Rowland.

MIAMI – Pelakon terkenal, Demi Moore menggunakan Twitter pada setiap hari untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi kegembiraan dengan 2.6 juta pengikutnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, baru-baru ini, dia menggunakan laman web sosial itu untuk membidas model, pelakon dan juga rakannya, Kim Kardashian.

Pergaduhan mereka berlaku apabila Kim menyiarkan sekeping gambar di laman Twitter miliknya selepas dia menghadiri satu majlis amal di Miami baru-baru ini.

Gambar itu menunjukkan Kim bersama teman selebritinya iaitu La Vazquez, bintang tenis, Serena Wiliams dan penyanyi Kelly Rowland.

Demi, 47, tidak puas hati kerana model jelita berusia 29 tahun itu menulis perkataan Big Pimpin pada gambar tersebut.

Aktres itu mempertikaikan perkataan pimpin yang hampir menyerupai perkataan Inggeris pimping, bermaksud melacur.

Namun, dia tidak menyedari perkataan Big Pimpin itu sebenarnya judul lagu penyanyi rap terkenal, Jay Z. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh

Posted: 29 Mar 2010 04:34 PM PDT


MAHMOUD

LONDON – Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Penyelam temui bangkai kapal

Posted: 29 Mar 2010 04:33 PM PDT


SEBUAH kapal tentera laut Korea Selatan semalam berlabuh di lokasi kapal perang Cheonan yang karam dekat Pulau Baengnyeoung.


SEOUL – Penyelam-penyelam semalam menemui bangkai sebuah kapal tentera Korea Selatan yang karam tiga hari lalu berhampiran Pulau Baengnyeoung.

Beberapa anggota penyelam itu mengetuk buritan kapal tentera tersebut dengan penukul tetapi tidak mendengar sebarang tindak balas daripada 46 mangsa yang masih hilang.

Pegawai-pegawai tentera berkata, untuk menemui anggota-anggota tentera laut yang masih hidup amat tipis namun usaha mencari dilakukan kerana kapal itu dilengkapi dengan banyak kabin kalis air.

Pada Jumaat lalu, kapal perang Cheonan itu karam dan terputus dua selepas satu letupan misteri berlaku.

Seramai 58 orang mangsa daripada 104 anak kapal berjaya diselamatkan

Bekalan oksigen yang terdapat di dalam kabin itu mampu bertahan selama 69 jam. – AP

kredit : kosmo.com.my

38 maut di Moscow

Posted: 29 Mar 2010 04:31 PM PDT


BEBERAPA anggota bomba dan penyelamat merawat mangsa letupan di stesen Park Kultury, Moscow semalam.


MOSCOW – Dua pengebom berani mati wanita membunuh 37 orang manakala 38 cedera parah dalam dua buah tren bawah tanah yang dipenuhi penumpang pada waktu pagi di sini semalam.

Letupan pertama berlaku di gerabak kedua sebuah tren pada pukul 7.58 pagi waktu tempatan di stesen Lubyanka, dekat ibu pejabat perkhidmatan keselamatan dalam negeri Rusia, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) menyebabkan 23 orang terbunuh.

Kira-kira 40 minit kemudian, satu letupan berlaku di gerabak kedua sebuah tren lain di stesen Park Kultury dan membunuh sehingga 14 orang.

Ketua FSB, Alexander Bortnikov berkata, serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Caucasus Utara yang melancarkan pemberontakan menentang pihak berkuasa pro-Kremlin.

Datuk Bandar Moscow, Yuri Luzhkov memberitahu pemberita bahawa pengebom berani mati wanita melakukan serangan tersebut.

Pendakwa raya menyatakan satu siasatan mengenai pengganas dimulakan selepas pakar-pakar forensik menemui rangka seorang pengebom berani wanita.

Beberapa saksi berkata, suasana panik berlaku di kedua-dua stesen itu dengan ramai orang berlari dan sebahagiannya rebah ekoran asap tebal serta debu selepas letupan berlaku.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk serangan itu manakala Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berikrar bahawa pihak bertanggungjawab yang melakukan serangan tersebut akan ditangkap. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Kajol mengandung anak kedua

Posted: 29 Mar 2010 04:30 PM PDT


KAJOL

SELEPAS sukses dengan filem kontroversi, My Name Is Khan, rupa-rupanya pelakon Kajol mencipta sejarah peribadi apabila dikhabarkan sedang mengandung kembali.

Walaupun pelakon tersebut tidak mengiyakan khabar yang sedang berleluasa itu, namun sumber turut memberitahu, seluruh keluarga Devgan sedang bergembira dengan berita baik itu.

Menguatkan lagi dakwaan kononnya Kajol sedang mengandungkan anak kedua bersama suaminya, pelakon Ajay Devgan adalah apabila pelakon itu yang baru menghabiskan penggambaran filem StepMom mahu menghabiskan klip video filem tersebut pada 20 Mac lalu. Sedangkan filem tersebut hanya akan ditayangkan pada Julai kelak.

Lantas apabila proses penggambaran klip untuk lagu-lagu filem tersebut dipercepatkan, ia menguatkan khabar angin Kajol sedang mengandung. Malah Ajay sendiri mula menolak untuk berlakon di luar kawasan Mumbai.

Nampaknya jika khabar tersebut benar, anak sulung Kajol dan Ajay yang sudah berusia tujuh tahun akan mempunyai seorang adik tidak lama lagi.

kredit : kosmo.com.my

RM40j untuk cawangan KFC baru

Posted: 29 Mar 2010 04:29 PM PDT


TUNKU ISMAIL menekan butang perasmian kilang Ayamas sambil diperhatikan oleh
Muhammad Ali (dua dari kiri) di Bandar Tenggara, Johor semalam.


KOTA TINGGI – KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) akan melabur sebanyak RM40 juta untuk membuka 40 buah cawangan KFC terbarunya pada tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, pembukaan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya meningkat kepada 518 buah yang mana 28 daripadanya merupakan cawangan yang memiliki perkhidmatan pandu lalu (drive-thru).

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan