Johor Search

Custom Search

Followers

29 March 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Kepetahan pelajar asing berpidato

Posted: 28 Mar 2010 04:37 PM PDT

Tiga peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2010) dari Jepun, Rusia dan Armenia mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka mahu mengenali dan mendalami bahasa kelima terbesar di dunia itu.



MATA kebanyakan tetamu tertumpu kepada perbahasan yang disampaikan oleh peserta dari Rusia, Natalya Budanova, 21.

Menyampaikan pidato bahasa Melayu dengan lenggok seperti seorang pemidato profesional, Natalya atau nama Melayunya, Husna sesekali mengusik para tetamu. Dia benar-benar yakin:

Membawakan tajuk, 1 Malaysia-Ide Malaysia untuk Kesejahteraan Dunia, Husna cukup fasih berbahasa Melayu. Tutur katanya begitu sopan dan tatabahasanya tersusun.

Anak tunggal yang menetap di sebuah bandar kecil di Moscow, Rusia itu belajar bahasa Melayu atas nasihat ibunya, Elena Budanova, 42.

Elena yang juga Profesor Madya Mikrobiologi di Moscow Medical Academy menasihati Husna supaya belajar bahasa Melayu.

“Ibu suka saya belajar bahasa Melayu kerana ramai pelajarnya terdiri daripada rakyat Malaysia.

“Dia kata Malaysia sebuah negara yang bagus kerana memiliki pelbagai bangsa dan budaya. Kita tidak perlu ke India atau China untuk berjumpa dengan orang India atau Cina. Di Malaysia semuanya sudah ada,” kata Husna yang mengikuti kelas elektif bahasa Melayu di Moscow State University.

Husna yang juga mahir bertutur dalam bahasa Perancis memberitahu, sudah empat tahun dia belajar bahasa Melayu.


MOSCOW State University menawarkan kursus bahasa Melayu kepada para pelajarnya.


“Dalam kelas bahasa Melayu, saya juga belajar mengenai sastera Melayu, bahasa linguistik dan sejarah Malaysia,” katanya yang merasa dekat dengan negara Malaysia selepas mengetahui sejarahnya.

Bagi Husna, belajar bahasa Melayu tidak begitu sukar. Dari segi sebutan dan tatabahasa ia lebih mudah berbanding bahasa lain.

Dalam masa setahun, Husna sudah boleh bertutur bahasa Melayu.

“Ini merupakan kali kedua saya datang ke Malaysia. Kali pertama, saya datang bersama kawan-kawan yang belajar bahasa Melayu. Kami ke Malaysia untuk mengenali lebih dekat mengenai negara ini,” katanya yang menggemari makanan sate dan rendang daging.

MAEDA MOMO memilih bahasa Melayu kerana terpesona dengan personaliti gurunya, Cikgu Faridah.



Terpilih ke peringkat akhir Husna memberitahu, bahan perbahasannya ditulis sendiri dengan bantuan guru bahasa Melayunya, Dr. Titiana.

Husna yang bercita-cita bekerja di agensi berita Itar-Tass Rusia memberitahu, penyertaannya dalam PABM adalah melalui pertandingan pidato antara pelajar-pelajar bahasa Melayu, Moscow State University.

“Saya beruntung kerana terpilih ke pertandingan PABM,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang diplomat.

Rusia yang diwakili Husna bukanlah satu-satunya negara di dunia yang mementingkan bahasa ibunda mereka. Jepun juga turut bangga dan mementingkan bahasa ibunda mereka.

Seramai 56 peserta dari 51 buah negara di pertandingan PABM. Peserta yang bertanding terdiri daripada pelbagai negara termasuk China, Jepun, Australia, Ukraine, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan India. Peserta-peserta yang hadir lengkap berpakaian tradisional mengikut negara masing-masing.

Pendedahan negara asing

Setiap peserta pertandingan PABM juga mempunyai nama-nama Melayu yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya Saodah, Mimi, Karina, Siti Khadijah dan pelbagai lagi.

Pertandingan pidato dengan tema Pengantarabangsaan Bahasa Melayu itu dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran; Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan serta AG Bestari Events Sdn. Bhd.


SEBAHAGIAN daripada peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Dari kiri: Karina Ponomar, Maeda Momo, Luca Cuadog Nuolo, Alexandra dan Natalya Budanova.


Ia merupakan acara tahunan yang merupakan satu-satunya pertandingan dalam bahasa Melayu di dunia.

PABM tahun ini merupakan pertandingan kali keempat dianjurkan sejak 2007. Buat pertama kalinya untuk tahun ini PABM telah dinaiktaraf kepada Piala Perdana Menteri.



Tujuan PABM dianjurkan bagi menunjukkan bahasa Melayu telah digunapakai di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu platform untuk bahasa Melayu dikenali di seluruh dunia.

Pemilihan peserta dibuat berdasarkan program-program bahasa Melayu yang diwujudkan di luar negara.

Masyarakat Jepun misalnya, agak sukar untuk belajar bahasa asing. Tetapi bagi Maeda Momo belajar bahasa asing memberinya banyak kelebihan.

“Ia bukan sahaja memberi kita pendedahan mengenai budaya dan negara asing tetapi juga mendekatkan kita dengan negara lain,” kata peserta PABM dari Jepun itu.

Menurut Momo, antara faktor beliau memilih bahasa Melayu kerana dia terpesona dengan personaliti guru bahasa Melayunya dari Malaysia iaitu Cikgu Faridah.

Kata Momo, bahasa Melayu juga merupakan salah satu bahasa pilihan yang diajar di Universiti Takushoku, Tokyo, Jepun.

Pelajar yang mengikuti kursus Pembangunan Antarabangsa di universiti tersebut mengakui agak sukar mempelajari bahasa asing pada peringkat awal. Momo atau nama Melayunya Mimi memberitahu, selama dua tahun belajar bahasa Melayu di Universiti Takushoku, Mimi sukar menyebut perkataan ber dan meng.

“Saya bernasib baik kerana berpeluang mendalami bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi menerusi program pertukaran pelajar Ogos tahun lalu.

“Selepas belajar selama empat bulan barulah saya betul faham makna-makna ayat yang sukar,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Meskipun Momo kurang fasih berbahasa Melayu dan gagal ke peringkat separuh akhir, Momo merupakan pelajar terbaik pelajar bahasa Melayu di Universiti Takushoku.


SEBAHAGIAN daripada peserta pidato yang menunggu giliran berpidato pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Peserta dari Armenia, Karina Ponomar, 21, yang menyampaikan pidato beserta sajak dan pantun Melayu berjaya mencuit hati penonton dan juri PABM.

Gadis yang mahir bertutur bahasa Inggeris, Rusia dan Ukraine itu juga berbakat dalam bidang nyanyian apabila membawa lagu 1Malaysia dengan lenggok dan penampilan seolah-olah dia berketurunan Melayu.

Dia yang gemar lagu-lagu patriotik Malaysia mengenali lagu-lagu tersebut melalui laman web.

“Di Armenia, tidak ada kursus bahasa Melayu di universiti-universitinya. Sebab itulah saya sanggup ke Ukraine untuk belajar bahasa kelima yang terbesar di dunia itu,” kata Karina yang berminat dengan bahasa Melayu selepas saudaranya, Alexander Gulish yang menetap di Ukraine memberi pendedahan mengenai bahasa Indonesia kepadanya.

Baginya, bahasa Indonesia tidak banyak perbezaan dengan bahasa Melayu. Ketika berumur 17 tahun, dia pernah tinggal di rumah neneknya di Ukraine selama lima bulan. Selama tinggal bersama neneknya, Katrina mengenali Alexander yang bekerja di kedutaan Indonesia di Ukraine.

Menerusi Alexanderlah, Katrina belajar bahasa Indonesia. Pada masa yang sama, dia juga membuat rujukan di laman web dan mendapati bahasa yang menyerupai bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu.

“Hati saya tersentuh membaca sejarah dan mengenali lagu-lagu patriotik Malaysia, lantas saya ingin mengenali bahasa Melayu,” katanya yang menyambung pengajian di Universiti Antarabangsa Kyir, Ukraine dalam bidang undang-undang antarabangsa dan mengambil kelas elektif bahasa Melayu di universiti tersebut.

Biarpun jarak perjalanan dari Armenia ke Ukraine memakan masa selama sepuluh jam, anak tunggal kepada pasangan guru dan polis itu tidak kisah asalkan dia dapat mempelajari bahasa Melayu dan mengenali Malaysia lebih dekat.

kredit : kosmo.com.my

Usaha mencari diteruskan

Posted: 28 Mar 2010 04:36 PM PDT


SEBUAH helikopter dan kapal yang membawa sejumlah saudara mangsa karam melakukan operasi menyelamat di Pulau Baengnyeong semalam.


PULAU BAENGNYEONG, Korea Selatan – Teriakan dan luahan kemarahan daripada saudara- mara 46 anak kapal sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang karam akibat letupan misteri mewarnai suasana di sini semasa anggota-anggota penyelamat mencari mangsa yang masih hilang semalam. Kapal seberat 1,200 tan itu sedang menjalani rondaan biasa bersama kapal-kapal peronda yang lain di Laut Kuning pada Jumaat lalu apabila ia karam dengan puncanya masih belum diketahui.

Seorang mangsa yang terselamat, Staf Sarjan Shin Eun-chong, 24, memberitahu saudaranya bahawa dia mendengar letupan kuat.

Semasa ahli-ahli keluarga bergaduh dengan pegawai-pegawai keselamatan, beberapa anggota tentera mengacukan senapang ke arah mereka.


GAMBAR menunjukkan muncung sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang karam dekat Pulau Baengnyeong pada Jumaat lalu.


Menurut seorang pegawai, letupan telah menyebabkan bahagian bawah kapal tersebut berlubang, enjinnya mati, kehilangan kuasa dan tenggelam dalam tempoh kurang tiga jam.

Kapal yang membawa 100 anak kapal itu kemudian patah dua, jelas pegawai dari Kementerian Pertahanan itu.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa torpedo Korea Utara telah menyebabkan kapal berkenaan karam. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Berkarya dengan kamera tanpa pita

Posted: 28 Mar 2010 04:35 PM PDT

DFF menjadi batu loncatan untuk pembikin filem muda mengasah bakat dan membuktikan kemampuan mereka menghasilkan filem


TANABE (dua dari kanan) bersama Pengarah Pengurusan Finas, Abdul Kalid Maulod (dua dari kiri) bersama wakil rakan usahasama program DFF melancarkan program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEHADIRAN filem-filem arahan Steven Soderbergh, Tim Burton, Quentin Tarantino, James Cameron, Steven Spielberg dan Martin Scorsese yang menyentuh jiwa mungkin membuatkan ada antara kita yang menyimpan angan-angan menjadi pengarah filem pada satu hari nanti.

Ia mungkin boleh menjadi realiti apabila buat julung-julung kalinya, Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melancarkan fiesta Filem Digital Malaysia 2010 (DFF).

Bersempena fiesta DFF itu, sebuah pertandingan produksi filem pendek diadakan yang terbuka kepada pembikin filem semi profesional dan pelajar institut pengajian tinggi. Memulakan sesi pemilihan awal sejak 15 Mac lalu sehingga 16 April ini, mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan filem pendek masing-masing.

Untuk peringkat akhir sebanyak 10 finalis bakal dipilih bagi merebut pelbagai hadiah menarik.

Bagi peserta yang berjaya kelak mereka akan mendapat persediaan latihan bersama mentor agar karya peringkat final yang dihasilkan lebih berkualiti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Sistem Perniagaan Panasonic Malaysia, Yoshiyuki Tanabe, berkata, fiesta DFF itu diadakan bertujuan untuk mendidik pembikin filem berpotensi di negara ini menghasilkan produksi video digital menggunakan format AVCHD dalam rakaman definisi tinggi (HD).

“Di samping itu, program yang diadakan juga adalah untuk mempromosikan kamera tanpa pita (tapeless) terbaru Panasonic iaitu AVCCAM di pasaran Malaysia.

“Kita berharap dengan program ini, ia dapat mendidik serta memberi pendedahan kepada industri filem tempatan mengenai teknologi kamera tanpa pita untuk diaplikasikan dalam pembikinan filem-filem,” katanya.

Untuk semi profesional

Tanabe menambah, DFF juga dapat membina hubungan antara Panasonic dan institusi pengajian tinggi sekali gus membina penjenamaan AVCCAM antara para pelajar serta pembikin filem bebas.

Program yang mengambil masa selama enam bulan itu menyaksikan para finalis mempunyai masa sehingga Ogos ini untuk menyiapkan semula filem pendek mereka.

Terdapat dua tema dalam pertandingan filem pendek tersebut iaitu Budaya Malaysia untuk kategori semi profesional dan 1Malaysia bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi.

Setiap finalis yang terpilih perlu menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan filem pendek selama 10 hingga 30 minit berdasarkan tema diberikan untuk pertandingan.

Penyertaan filem pendek untuk peringkat pemilihan perlu diserahkan sebelum 16 April ini untuk memberi ruang kepada para juri membuat pemilihan 10 finalis terbaik.

Mereka yang terpilih kelak akan disediakan dengan satu set kamkoder AVCCAM Panasonic untuk menghasilkan filem pendek dan program latihan selama enam minggu di bawah bimbingan pakar serta mentor dalam industri produksi video HD.


PESERTA finalis akan menggunakan kamkoder tanpa pita terbaru Panasonic untuk melakukan penggambaran filem pendek mereka.


Antara juri dan mentor yang terlibat dalam program itu ialah U-Wei Shaari, Ho Yuhang, Anwardi Jamil, Jeffery Wong, M. Subash Abdullah, Thorpe Ali dan Zaki Abdul Rahim.

Panasonic Malaysia juga akan mengadakan pengundian di kalangan orang ramai untuk 10 filem pendek yang terpilih. Filem pendek pilihan orang ramai akan turut menerima hadiah apabila keputusannya diumumkan pada bulan Ogos ini.

Pemenang untuk Anugerah Filem Pendek Terbaik dalam kategori semi profesional akan membawa pulang satu unit AVCCAM model AG-HMC152EN dan sebuah televisyen plasma 42 inci Panasonic.

Bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, mereka berpeluang untuk memenangi AVCCAM model AG-HMC41EU dan sebuah televisyen paparan cecair kristal (LCD) 32 inci Panasonic.

Dalam pada itu, sebuah unit televisyen plasma 42 inci akan turut dihadiahkan kepada pemenang kategori semi profesional bagi anugerah Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skrip Terbaik. Kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, pemenang akan menerima kamera Lumix model TZ10.

Kesemua 10 finalis akan menerima sebuah piala, sijil dan kamera Lumix model TZ10 Panasonic. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan boleh mengunjungi wakil-wakil Panasonic berhampiran atau melayari laman web www.panasonic.com.my/broadcast.

kredit : kosmo.com.my

Wanita hutang parkir RM343,000

Posted: 28 Mar 2010 04:34 PM PDT

AUSTRALIA Seorang wanita yang berasal dari Paralowie, Australia telah mengejutkan orang ramai apabila dia mempunyai hutang yang berjumlah A$114,841.50 (RM343,000) dengan 360 saman parkir yang belum dibayar dalam tempoh kurang dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang berusia 37 tahun itu merupakan salah seorang daripada pesalah yang berhutang sebanyak A$205 juta (RM612 juta) kepada kerajaan.

Pihak Berkuasa Pentadbiran Mahkamah tidak akan mengumumkan namanya atas sebab undang-undang peribadi. Agensi

kredit : kosmo.com.my

Manohara pengsan di dewan teater

Posted: 28 Mar 2010 04:33 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com semalam menunjukkan Manohara rebah ke belakang di Dewan Teater, Jakarta pada Jumaat lalu.


JAKARTA – Pelakon sinetron, Manohara Odelia Pinot yang merupakan isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra tiba-tiba pengsan di Teater Jakarta di sini pada malam Jumaat lepas, lapor beberapa media Indonesia semalam.

Manohara yang berumur 18 tahun pengsan semasa dia sedang berjalan untuk menaiki sebuah kereta selepas keluar dari dewan itu yang merupakan lokasi Anugerah Panasonic 2010.

Semasa sedang menunggu keretanya itu, dia yang memakai pakaian seksi sempat bergambar bagi memenuhi permintaan jurugambar.

Namun, lima minit kemudian, dia rebah ke belakang tetapi bernasib baik tidak jatuh ke lantai kerana ibunya, Daisy Fajarina sempat menyambarnya.

Menyedari kejadian itu, puluhan wartawan mengerumuni Manohara untuk merakamkan gambarnya yang sedang pengsan.

Ramai tetamu turut berasak-asak untuk melihat kejadian yang mencemaskan itu.


GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas.com semalam menunjukkan Manohara dipapah oleh beberapa orang di Dewan Teater, Jakarta.


Suasana turut kecoh apabila seorang pengawal keselamatan menjerit: “Air! Air” Beri Air!

Ibunya kemudian yang turut panik dengan insiden itu berkata kepada pemberita: “Mano (Manohara) sedang sakit.”

Sebelum keluar dari dewan itu, Manohara sempat menyatakan bahawa dirinya tidak sedap badan.

“Saya tidak sedap badan, mungkin capek (keletihan),” ujarnya sebelum pengsan.

Manohara kemudian dipapah oleh beberapa orang ke sebuah kereta.

Menurut seorang saksi, Manohara masih cergas semasa dia tiba untuk menghadiri majlis tersebut.

Manohara menjadi terkenal di Indonesia ekoran dakwaannya didera oleh suaminya itu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Las Vegas turut bergelap

Posted: 28 Mar 2010 04:29 PM PDT


GAMBAR (atas) menunjukkan bandar Las Vegas diterangi cahaya lampu sebelum bergelap selama sejam (bawah) kelmarin.


LAS VEGAS – Bandar raya perjudian terkenal di dunia, Las Vegas turut bergelap semasa menyertai kempen Earth Hour kelmarin.

Kempen bergelap selama sejam itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global dan ancaman terhadap bumi ekoran pembangunan pesat tanpa mengambil kira faktor alam sekitar. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perry disembur cecair hijau

Posted: 28 Mar 2010 04:28 PM PDT

MUKA Perry disembur dengan cecair hijau.



LOS ANGELES – Penyanyi yang terkenal dengan lagu I Kissed A Girl , Katy Perry terkejut apabila kotak yang dibukanya di atas pentas menyebabkan dia disembur dengan cecair hijau ke seluruh badannya pada anugerah Pilihan Kanak-Kanak kali ke-23 yang berlangsung di Pauley Pavilion di sini kelmarin.

Perry yang memakai rambut palsu berwarna biru dan baju ketat berwarna kuning dengan motif bunga itu basah kuyup sebelum sempat menyampaikan trofi pelakon filem pilihan, kepada Miley Cyrus.

PERRY cuba elak semburan cecair hijau.



Dia kemudiannya mengejar bintang filem Hannah Montana itu di sekeliling pentas.

Namun, pengacara bersama, Jonah Hill berjaya menghalang Perry sebelum dia dapat memeluk Miley yang juga seorang penyanyi.

MUKA dan baju Perry basah selepas terkena cecair hijau pada anugerah Pilihan Kanak-Kanak di Los Angeles kelmarin.



“Saya tidak nampak apa-apa,” kata Perry.

Dihoskan oleh pelakon komedi Kevin James, acara itu dimulakan dengan tarian hip-hop.

Dalam majlis itu, pelakon komedi, Adam Sandler yang berpakaian seperti seorang malaikat menyimbah cecair hijau ke arah beberapa baris penonton. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level

Posted: 28 Mar 2010 04:27 PM PDT


YASHA


LONDON – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasha dari Leicester memberitahu: “Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey.”

Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.

Bapanya, Moussa, 47, berkata: “Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya.”

Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Moussa berkata: “Dia mempunyai bakat belajar.”

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.

Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Selangor tampil barisan terbaik

Posted: 28 Mar 2010 04:26 PM PDT

SELANGOR bersedia untuk melupakan episod malang dalam saingan Piala AFC 2010 menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam malam esok.

Biarpun baru saja pulang dari Maldives dengan kekalahan 1-2 kepada Victory SC pada Rabu lalu, Selangor tetap bersemangat mencari bekalan selesa untuk dibawa ke Paroi Sabtu ini bagi memastikan mereka layak beraksi di pentas final pada 10 April depan.

Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, kekalahan kepada Victory SC itu langsung tidak menjejaskan semangat dan tumpuan para pemainnya untuk menundukkan Negeri Sembilan malam esok.

“Selepas pulang Jumaat lalu, kami tidak berehat panjang dan terus turun menjalani latihan pada Sabtu dan juga pagi tadi (semalam) bagi mempersiapkan pemain menjelang aksi separuh akhir ini.

“Memang kita kalah kepada Victory SC tetapi sebenarnya prestasi kita pada perlawanan tersebut cukup baik. Cuma penyudah sedikit tumpul manakala mutu pengadilan yang buruk telah mengakibatkan tiga pemain kita dilayangkan kad merah.

“Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Lagipun Piala FA ini pertandingan yang berbeza. Kita dapat turunkan semula Amri Yahyah dan kesebelasan utama yang terbaik.

“Saya rasa, dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan juga dibantu sokongan para penyokong setia Selangor, kami boleh menang biarpun Negeri Sembilan dibarisi pemain-pemain berpengalaman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Devan, hanya Farderin Kadir dan Liew Kit Kong masih tidak dapat diturunkan akibat kecederaan manakala baki pemain-pemain yang lain bersedia untuk diturunkan.

“Saya harap para pemain dapat memberi tumpuan dan fokus sepanjang perlawanan nanti dan berusaha meningkatkan prestasi masing-masing serta sentuhan penyudah.

“Negeri Sembilan juga saya kira berada pada prestasi terbaik ketika ini. Jadi sangat penting untuk kita mendapat bekalan gol yang selesa untuk perlawanan kedua di Paroi Sabtu ini,” ujarnya.

Musim lalu, Selangor berjaya menyingkirkan Perlis pada saingan separuh akhir dan muncul sebagai juara Piala FA setelah menewaskan Kelantan pada final menerusi penentuan sepakan penalti.

kredit : kosmo.com.my

Tiga beradik bersekolah semula

Posted: 28 Mar 2010 04:24 PM PDT


ZURAIDI (tiga dari kiri) menyerahkan Mohamad Ridzuan (kanan), Mohamad Aiman (kiri) dan Mohamad Khuzaimi (dua dari kanan) kepada Mohd. Shafie (bersongkok) di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah semalam.


PENDANG – Selepas lebih setahun hidup terumbang-ambing ditinggalkan ayah, nasib empat beradik di Kampung Alor Pulai, Yan di sini kini berubah.

Hasil campur tangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah membolehkan tiga daripada mereka yang tercicir persekolahan sejak setahun lepas meneruskan pendidikan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, di sini bermula semalam.

Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim berkata, selain kembali menyambung pelajaran, Mohamad Ridzuan Abdul Razak, 14; Mohamad Aiman, 13, dan Mohamad Khuzaimi, 11, juga diberi kemudahan untuk tinggal di asrama sekolah itu.

“Adik bongsu mereka, Nor Athirah, 8, akan terus belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kangkong,” katanya ketika menghantar ketiga-tiga beradik di sekolah itu. – Bernama

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan