Johor Search

Custom Search

Followers

28 March 2010

Berita Harian Online


Ulatttt

Posted: 27 Mar 2010 04:07 PM PDT



kredit : kosmo.com.my

Pengsan sekerap kena curi

Posted: 27 Mar 2010 04:00 PM PDT




JAM sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Usai mengasah pisau menoreh getah, Mohd. Saad Kasim, 64, cepat-cepat menghirup air kopi kampung yang masih berasap. Selesai mengunyah tiga keping pisang tanduk goreng, segugus kunci motosikal lama miliknya dicapai.

Walaupun langit masih gelap, itu bukan alasan untuk dia sampai lewat ke kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Kalau lambat keluar, tak banyak pokok yang boleh ditoreh. Semakin tinggi matahari, semakin kurang susu getah.

“Lagipun sekarang memang kena ke kebun awal. Kalau lewat, alamatnya ada orang lain yang tolong kutip dan jual getah sekerap, maklumlah harga tengah tinggi sekarang,” ujar Saad.

Berbekalkan bekas bulat berisi kepingan ubat nyamuk yang dililit di pinggang, setiap hari bapa kepada dua anak ini akan menghabiskan masa selama empat jam di kebunnya.

Dengan keluasan kira-kira dua hektar, kebiasaannya sebelum matahari tegak di kepala, Saad sudah siap menoreh kesemua 200 batang pokok getahnya.

Sebelum ini, dia menoreh dengan ditemani isteri, Sarah Mat Daud, 67. Namun, sejak dua tahun lalu, Saad keluar menoreh sendirian ekoran keadaan kesihatan isterinya yang kurang mengizinkan.

Rutin harian Saad tidak pernah berubah sejak hampir 50 tahun lalu. Setiap hari dia akan ke kebun untuk menoreh getah. Selang tiga hari pula, susu getah yang membeku di dalam mangkuk akan dikutip dan dijual kepada peraih di pekan Baling.

“Susu getah ambil masa seharian untuk membeku dan menjadi sekerap. Ia biasanya dibiarkan di dalam mangkuk dan hanya akan dikutip pada hari keempat.



“Pada waktu itu, getah sekerap sudah penuh semangkuk. Jika musim susu getah banyak, mangkuk yang lebih besar akan digunakan,” kata Saad yang merupakan anak jati Kampung Teluk Perah, Kuala Pegang dekat Baling, Kedah.

15 sen

Mula menoreh pada usia belasan tahun, menurut Saad, pada awal tahun 1960-an, kehidupannya sebagai penoreh getah tidak ubah seperti kais pagi makan pagi.

Dengan harga getah di antara 25 sen hingga 60 sen sekilogram (dahulu kati), kemewahan adalah sesuatu yang jauh daripada jangkauan.

“Masa itu jangan kata hendak bermewah, nak sediakan keperluan makan harian pun susah. Dengan komunis yang masih ada di hutan dan harga getah jatuh menjunam pada akhir 1974, rata-rata penoreh hidup melarat. Makan pun asal jumpa sahaja,” kata Saad.

Kehidupan para penoreh getah amat tertekan. Harga barang keperluan meningkat mendadak sementara harga getah jatuh ke paras yang paling rendah iaitu 15 sen sekilogram malah ia lebih rendah daripada harga gula iaitu 30 sen sekilogram.


WALAUPUN harganya tinggi di pasaran, tidak ramai anak muda yang mahu turun menoreh.



Situasi tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati penduduk Baling. Bahkan, ekoran harga getah yang sangat rendah itu, negara digemparkan dengan laporan kononnya ada penoreh yang mati kebuluran di daerah yang pernah dilabel sebagai miskin itu.

“Sebenarnya tiada kebuluran di Baling. Apa yang ada kemiskinan dan kelaparan.

“Pada masa itu, ramai pelajar universiti datang dari Kuala Lumpur kerana bersimpati dengan nasib penduduk Baling.

“Secara spontan, penduduk kampung berkumpul dan berarak ke pekan Baling pada bulan Disember tahun yang sama.

“Saya ialah antara penoreh yang terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

Menurut Saad, pagi itu, lebih 10,000 orang berhimpun di hadapan masjid pekan Baling. Selain rombongan pelajar dari Kuala Lumpur, penduduk dari kampung-kampung sekitar Kuala Pegang, Kupang dan Tawar turut serta dalam perarakan tersebut.

“Kami berjalan kaki kira-kira 20 kilometer ke pekan Baling. Sebelum itu, kami dimaklumkan bahawa Musa Hitam (kini Tun) yang ketika itu Menteri Perusahaan Utama telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak supaya menyelesaikan masalah tersebut.

Demonstrasi


GETAH sekerap akan dibiarkan mengeras di dalam mangkuk sebelum dikutip.



“Tujuan kami menyertai demonstrasi itu hanya kerana mahu harga getah dinaikkan. Kami berarak secara aman, tiada sepanduk, kain rentang ataupun senjata yang dibawa. Walaupun terpaksa berjalan jauh, namun demi periuk nasi, kami sanggup.

“Apabila kami melewati kampung-kampung menuju ke pekan, ada yang memberikan kami setin biskut dan bekas-bekas air sebagai bekalan di sepanjang perjalanan.

“Sampai saja di perkarangan masjid di pekan Baling, kami lihat helikopter yang membawa Musa berlegar-legar di Gunung Baling. Tiada tanda-tanda beliau akan turun.

“Ada sesetengah penduduk yang tidak berpuas hati telah merempuh pagar bangunan Pejabat Daerah Baling. Seingat saya ketika itu bendera negeri Kedah telah diturunkan.

“Sebagai ganti, seguni ubi kayu dinaikkan,” ceritanya yang kini mampu meraih pendapatan RM400 seminggu.

Lebih kurang tiga jam berkumpul, mereka akhirnya pulang hampa. Hasrat untuk bertemu pemimpin negara dan meluahkan kesempitan yang ditanggung tidak kesampaian.

Itu cerita dulu. Keadaan kini telah banyak berubah. Sejak era pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, harga getah beransur meningkat terutama selepas sumber getah tiruan, minyak mentah, mendadak naik harganya. Malah, dengan kenaikan harga getah asli sehingga RM4 sekilogram sejak tahun lepas dan mencecah RM5.20 sekarang, para penoreh sudah mampu menarik nafas lega.

Penoreh getah yang hidup miskin 30 tahun lalu kini mampu meraih pendapatan RM2,000 seminggu atau RM8,000 sebulan.

“Harga getah semasa memang mengubah kehidupan saya sekeluarga.

“Saya pula boleh siap menoreh dalam masa tiga jam. Jadi pada sebelah petang saya boleh mengambil upah membaiki rumah,” kata seorang penoreh yang hanya mahu dikenali sebagai Zaid.

Satu-satunya perkara yang membimbangkan Zaid sekarang ialah kegiatan mencuri getah sekerap di kebun yang semakin menjadi-jadi.

“Isteri saya pernah pengsan apabila getah sekerap yang kami kumpulkan dicuri orang.

“Walaupun ia hanya ketulan getah busuk, namun ia adalah rezeki yang besar buat kami. Jika musim susu getah banyak, memang saya akan meronda ke kebun pada waktu malam, malah ada rakan-rakan yang sanggup bermalam di kebun getah bagi mengelak kecurian,” cerita Zaid.

Khabarnya, musim kenaikan harga getah ini turut menyaksikan ramai penoreh di Baling yang menukar kereta baru, menabung untuk ke Tanah Suci, membeli tanah dan membaiki rumah.

kredit : kosmo.com.my

Pelacur lelaki pertama bersara

Posted: 27 Mar 2010 03:58 PM PDT




LAS VEGAS – Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan ‘bersara’ kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.

Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. – AP

kredit : kosmo.com.my

Periuk api punca karam

Posted: 27 Mar 2010 03:57 PM PDT


SEBUAH kapal pegawal pantai Korea Selatan meninjau bangkai kapal perang Cheonan yang tenggelam Jumaat lalu.



SEOUL – Pihak berkuasa Korea Selatan mengesyaki sebuah kapal tentera laut negara itu yang karam di perairan Laut Kuning lewat kelmarin mengalami kerosakan akibat satu letupan periuk api, kata sumber pejabat presiden yang dipetik media tempatan semalam.

Ia turut disahkan Jeneral Tentera Laut Korea Selatan, Lee Ki-Shik yang mendakwa, kapal Cheonan seberat 1,200 tan itu tenggelam disebabkan oleh letupan yang tidak jelas diketahui sehingga mengakibatkan bahagian bawah kapal itu berlubang.

Pihak pemerintah juga menyangkal teori kemungkinan nahas menyebabkan kapal perang tersebut karam 17 kilometer dekat Pulau Baengnyeongdo itu berpunca daripada bedilan torpedo oleh tentera Korea Utara.

Setakat ini 46 krew hilang, manakala 58 lagi berjaya diselamatkan dan ia merupakan tragedi terburuk selepas sebuah kapal tentera negara itu tenggelam akibat ribut kuat di tenggara Korea Selatan pada 1974 yang mengorbankan 159 anak kapal.

Sebanyak 10 buah kapal tentera negara itu terlibat dalam usaha mencari mangsa yang hilang namun, harapan untuk menemui semula mereka yang terselamat dijangka sukar ekoran cuaca sejuk sehingga lima darjah Celsius.

- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Jins Shamsudin kini bergelar doktor

Posted: 27 Mar 2010 03:55 PM PDT


JINS menerima ciuman tahniah daripada isteri, Halizah Abdullah dan anak-anaknya, Putera Hang Nadim (kiri) dan Putera Hang Jebat di UUM, Sintok semalam.



SINTOK – Pada usia 75 tahun, Pengarah dan pelakon terkenal, Senator Tan Sri Dr. Jins Shamsudin membuktikan lagi kehebatannya apabila memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Sebelum mencapai kejayaan itu, masa selama dua tahun tiga bulan digunakan beliau untuk menghabiskan tesis bertajuk Filem Melayu 1930-an dan 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara.

kredit : kosmo.com.my

Polis tidak sedar ditikam tiga kali

Posted: 27 Mar 2010 03:53 PM PDT


HASNOR yang cedera ditikam ditemani isteri, Intan Rushidah Halim ketika dirawat di HTAR di Klang semalam.



KLANG – “Mulanya saya langsung tidak rasa sakit ketika ditikam sebanyak tiga kali di bahagian belakang badan. Masa itu, saya ingat ada kawan tepuk bahu.”

Demikian cerita seorang anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Koperal Hasnor Hadi Zainal Abidin, 40, yang ditikam lelaki kurang siuman di hadapan sebuah kedai makan di Jenjarom, Kuala Langat, kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Berikutan tikaman dua kali di sebelah kiri belakang badan dan sekali lagi pada sebelah kanan menggunakan pisau pemotong sayur itu, dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Menurut Hasnor, ketika kejadian dia cuba menolong seorang lelaki orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda turun dari kereta untuk ke kedai makan tersebut.

kredit : kosmo.com.my

Perut duda ditetak berkali-kali

Posted: 27 Mar 2010 03:52 PM PDT


ANGGOTA polis mengusung mayat Ramli yang dibunuh di bilik penginapannya di sebuah hotel di Port Dickson semalam. Gambar kecil, hotel tempat kejadian yang terletak di atas air.



PORT DICKSON – Seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan tersandar di kepala katil manakala teman wanitanya cedera parah selepas ditetak dengan kejam di sebuah bilik hotel di sini awal pagi semalam.

Dalam serangan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Ramli Osman, 40, seorang duda yang berasal dari Shah Alam, Selangor maut akibat cedera parah di perut.

Sementara teman wanita mangsa berusia 26 tahun yang cedera di tangan dan kaki kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Ramli dipercayai mati akibat kehilangan darah yang banyak. Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penuh wanita berkenaan yang berasal dari Kuala Lumpur.

kredit : kosmo.com.my

Radiasi 1,000mG tidak berbahaya – TNB

Posted: 27 Mar 2010 03:51 PM PDT


KETUHAR gelombang mikro mengeluarkan radiasi EMF pada kadar 400mG tetapi tidak berbahaya kepada manusia. – Gambar hiasan



SABAK BERNAM – Pendedahan kepada radiasi gelombang elektromagnetik (EMF) di bawah tahap 1000 milliGauss (mG) tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli berkata, seseorang itu berkemungkinan mengalami kesan sampingan sekiranya terdedah EMF secara berterusan 24 jam pada kadar melebihi 1000mG.

Katanya, persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF.

Menurutnya, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan.

kredit : kosmo.com.my

Dikecam kerana anjing

Posted: 27 Mar 2010 03:50 PM PDT


MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya di Pusat Penternakan Haiwan Eksotik, Janda Baik baru-baru ini.



KUALA LUMPUR Orang kafir yang bertopengkan Islam. Itulah antara kata kecaman yang dilemparkan kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam, Muzaffar Kaisar Ishak, 37, atas tindakannya membela anjing.

Ada juga yang tergamak mengatakan tiada orang Islam yang akan memandikan jenazah saya jika meninggal dunia kelak, kata Muzaffar kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Gambar Muzaffar berjubah sambil memegang anjing yang tersiar dalam blognya www.mymki.com telah mengundang pelbagai reaksi negatif.

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan