Johor Search

Custom Search

Followers

27 March 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Impikan luncuran solo

Posted: 26 Mar 2010 05:15 PM PDT



MELIHAT sosok tubuhnya yang kurus dan raut wajahnya yang lembut, mungkin ada yang berasa ragu terhadap kebolehan gadis itu meluncur lebih 100 meter di udara.

Bukan mahu ‘membunuh’ minat dan semangatnya, cuma apabila diberitahu bahawa itu percubaan pertamanya dalam aktiviti paragliding, khuatir juga akan segala macam risiko yang mungkin terjadi.

Namun, sudah ramai yang maklum bahawa kekhuatiran itu tidak perlu dikecohkan jika segala persiapan wajib sudah diambil kira. Ini termasuk pemahaman teori, pengenalan dan pengendalian peralatan, latihan asas dan juga penekanan aspek keselamatan.

Memang benar. Walaupun itu merupakan kali pertama mencuba sukan yang sering dilabelkan sebagai sukan berisiko tinggi ini, tiada langsung riak cemas terlukis di wajah Tengku Sarah Amalina Tengku Nasiruddin, 17.

Tengku Sarah dan keluarganya ditemui Kosmo! di Zone Khatulistiwa di Banting, Selangor iaitu satu-satunya pusat latihan luncur udara di negara ini.

“Tidak sabar rasanya untuk terbang bebas seperti burung walaupun ada perasaan takut sedikit. Sudah setahun saya pendamkan hasrat untuk mencuba aktiviti luncur udara ini.

“Sebelum ini, hasrat itu sering tidak kesampaian kerana kesibukan ibu menghalangnya membawa kami ke sini,” katanya yang turut berkongsi minat luncur udara bersama dua orang adiknya.

Anak sulung kepada personaliti televisyen, Wan Anitabanun Salleh itu memberitahu, percubaannya untuk melibatkan diri dalam aktiviti luncur udara bukan atas desakan ibunya yang sudah aktif terlebih dahulu dalam sukan tersebut.

“Semuanya atas minat sendiri. Inilah masa yang paling tepat untuk mencabar kekuatan mental diri sendiri. Bukan semua orang berpeluang untuk terbang. Saya ingin sekali terbang secara solo,” katanya yang begitu teruja.

Dua orang adiknya yang mempertaruhkan tuah kali pertama ialah Tengku Puteri Shara Qistina, 14 dan Tengku Adi Putera, 15.

Tidak seperti kakaknya, Tengku Puteri Shara Qistina lebih selesa meluncur bersama jurulatih.

KANOPI perlu dibentangkan sebelum diterbangkan bagi memudahkan udara



“Bukan tidak mahu terbang solo tetapi saya takut jatuh. Jadi, terbang bersama jurulatih lebih selamat kerana saya hanya perlu ikut arahan jurulatih sahaja.

“Walaupun di antara semua adik-beradik, saya yang agak penakut sedikit, tetapi saya tidak akan membiarkan perasaan itu menghalang hasrat untuk terbang di awan biru,” ujarnya yang gemarkan aktiviti lasak.

Berlainan dengan dua anak gadis tadi, Tengku Adi Putera dilihat paling teruja dan tidak senang duduk sepanjang menunggu gilirannya meluncur nanti.

Sebuah kamera yang dipasang dengan pemegang khas tidak terlepas dari tangannya kerana gajet itu nanti bakal merakam momen hebat aksi ‘terbangnya’.

“Saya tergerak hendak mencuba aktiviti ini kerana ia nampak menyeronokkan selain dapat melihat pemandangan indah dari udara,” ujarnya.

Latihan khusus

Ketika tiga beradik itu berdebar menanti saat mahu terbang di udara, jurulatih Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) yang juga Presiden PLUM, Kapten (B) Mohd. Ikhwan Azillah sibuk melakukan persiapan dengan memeriksa segala peralatan yang diperlukan berada dalam keadaan selamat.

Mohd. Ikhwan yang berkemahiran luas dalam bidang luncur udara sejak tahun 2000 memiliki tauliah daripada New Zealand Hang Gliding and Paragliding Association dan Federation Aero Sport of Indonesia. Dia merupakan individu yang bertanggungjawab melatih setiap ahli PLUM hingga mampu terbang secara solo.

Menurutnya, aktiviti luncur udara memerlukan set peralatan yang terdiri daripada kanopi atau lebih dikenali sebagai payung, wing atau glider dan harness khas yang siap dengan tempat duduk.

“Selain daripada peralatan utama, peralatan lain yang diperlukan adalah topi keledar keselamatan dan kasut sukan. Gajet tambahan lain adalah peranti radio perhubungan (walkie talkie), variometer (alat untuk mengukur paras ketinggian) dan sistem kedudukan global (GPS) yang digunakan untuk penerbangan merentas desa.

MOHD. IKHWAN dan Tengku Puteri Shara selamat mendarat.



“Sukan ini adalah ubat terbaik untuk orang gayat yang ingin melawan perasaan gayat mereka. Mereka akan diterbangkan secara tandem iaitu terbang bersama jurulatih dan rasa gayat itu akan hilang setelah melalui pengalaman tersebut,” katanya.

Selepas selesai membuat persiapan, kami bertolak ke Bukit Jugra iaitu lokasi peluncuran (atau penerjunan mengikut istilah komuniti peminat paragliding).

Sejurus tiba di sana, Mohd. Ikhwan memakaikan set luncur udara pada ketiga-tiga beradik tersebut yang tidak sabar melunaskan luncuran pertama mereka.

Mohd. Ikhwan memberitahu bahawa, Sarah, Qistina dan Putera tidak boleh terbang secara solo kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini. Setiap daripada mereka perlu terbang secara tandem bersamanya.

Katanya lagi, seseorang itu hanya dibenarkan meluncur secara solo selepas melakukan 10 kali luncuran atau terjunan yang berjaya.

Sedikit riak kecewa terlihat di wajah Sarah dan Putera, namun atas faktor keselamatan, mereka akur dengan arahan tersebut. Jauh di sudut hati, masing-masing bagaikan tercabar lalu tidak mustahil memasang impian dalam diam untuk terbang secara solo kelak.

Dinamik angin

Selaku penerjun pertama, Putera khusyuk mendengar arahan daripada Mohd. Ikhwan sambil diperhatikan oleh adik dan kakaknya.

Selepas lima minit, Putera dan Mohd. Ikhwan sudah bersedia melakukan terjunan. Kedua-dua mereka berlari melepasi tebing bukit sejurus mengenal pasti arah dan corak tiupan angin yang ideal.

Dalam sekelip mata, kedua-dua orang itu sudah melayang di udara. Sekitar 10 minit berlalu, mereka kembali mendarat dengan selamat dan Putera sudah ada bukti rakaman dalam kameranya yang bakal dibanggakan.

Seterusnya adalah giliran Sarah yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menukar fikiran. Dia mahu menyamai rekod adik lelakinya itu.

Namun, percubaan pertamanya gagal disebabkan keadaan dinamik angin yang tidak mengizinkan.


IKATAN harness perlu dikemaskan sebelum meluncur agar membantu aspek keselamatan.


Dalam percubaan kedua, Sarah dan Mohd. Ikhwan berlari sekuat hati bagi membolehkan mereka mendapat kesan julangan di udara. Teriakan Sarah saat dirinya mula meluncur kemas menjadi isyarat bahawa sesi seronoknya di udara sudah bermula.

“Wah… Macam tak percaya saya melakukannya. Seronok sangat! Pemandangan dari atas sangat cantik. Rasa nak terjun sekali lagi,” katanya sejurus selamat mendarat.

Ternyata sukan ini bukanlah sukan yang terlalu bahaya sehingga boleh memberi kecederaan serius ataupun ancaman nyawa. Apa yang perlu adalah disiplin dalam memahami teknik dan mematuhi peraturan.

“Jangan ada rasa riak atau sikap nak menunjuk-nunjuk. Itu amat penting,” kata Mohd. Ikhwan.

Kini, PLUM sedang mengadakan usahasama dengan Pengakap Udara Malaysia bagi melaksanakan program latihan kepada ahli-ahli mereka dengan objektif untuk melahirkan lebih ramai peluncur yang berkemahiran dan berkelayakan.

Dalam pada itu, Mohd. Ikhwan juga memberitahu bahawa penubuhan Zone Khatulistiwa menawarkan latihan luncur udara yang bersistematik.

Pusat tersebut memberi peluang kepada orang ramai mengetahui lebih mendalam tentang aktiviti sukan luncur udara.

Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan lebih ramai atlet peluncur tempatan yang mampu bertanding dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

kredit : kosmo.com.my

Budak hilang otak kanan

Posted: 26 Mar 2010 05:04 PM PDT


GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan otak Mott selepas dia menjalani pembedahan.


JAMESTOWN, Amerika Syarikat (AS) – Seorang budak perempuan di sini, Carolina Utara, sembuh setelah kehilangan separuh otaknya dalam satu pembedahan sekali gus dianggap satu keajaiban oleh doktor dan keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak tersebut, Cameron Mott berumur sembilan tahun menghidap penyakit ganjil, sindrom Rasmussen apabila otak kanannya ‘dimakan’ kuman semasa berusia tiga tahun dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.

Kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang otak kanannya pada 2008 dan doktor-doktor memberitahu dia akan lumpuh kerana sebelah kiri tubuhnya yang dikawal organ itu tidak akan berfungsi.

“Ia amat menakutkan kerana anda tidak dapat membayangkan keadaan anak anda selepas dia menjalani pembedahan otak itu,” kata ibunya, Shelly Mott kepada Ann Curry iaitu hos program bual bicara Today Show, terbitan stesen televisyen NBC, baru-baru ini.

Namun, Cameron yang bercita-cita menjadi seorang penari balet, dibenarkan pulang selepas hanya empat minggu dia dibedah.

Dia menamatkan rawatan fisioterapi baru-baru ini dan kini boleh berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal tetapi mengalami rabun penglihatan tidak serius. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Lelaki China miliki buah dada besar

Posted: 26 Mar 2010 05:02 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Feng yang memiliki buah dada besar walaupun dia ialah lelaki.


BEIJING – Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

“Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar,” katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Tuntut nafkah RM1 juta sebulan

Posted: 26 Mar 2010 05:00 PM PDT


JACQUELINE dan Peter Getty.


LOS ANGELES – Isteri seorang pewaris empayar minyak di Amerika Syarikat (AS), Jacqueline Getty memfailkan perceraian dan menuntut nafkah bulanan mencecah $314,000 (RM1 juta) daripada suaminya, Peter Getty, lapor sebuah akhbar semalam.

Jumlah tersebut termasuk perbelanjaan membeli pakaian sebanyak AS$33,000 (RM109,477).

Menurut dokumen perceraian yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Jacqueline menyatakan dia juga memerlukan AS$33,697 (RM111,789) untuk aksesori, AS$10,717 (RM35,553) bagi membeli barang kemas dan $7,495 (RM24,811) sebagai bayaran sewa bulanan dua buah keretanya.

Peter Getty ialah anak lelaki Gordon Getty, yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) dan termasuk dalam senarai 400 orang terkaya di AS oleh majalah Forbes. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Keberanian buruh binaan di New York

Posted: 26 Mar 2010 04:59 PM PDT


SEORANG buruh berjalan di atas palang besi di bekas tapak binaan World Trade Centre di New York pada Rabu lalu.


NEW YORK – Imej buruh binaan berjalan di atas palang-palang besi puluhan meter dari tanah di Amerika Syarikat (AS) di tapak pembinaan bekas bangunan World Trade Centre (WTC) di sini menyerupai senario yang berlaku pada tahun 1930-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Seperti generasi sebelumnya, mereka masih lagi berani dan kental sekali gus menjadi simbol terbaik pekerja kolar biru negara kuasa besar itu.

Pemandangan tersebut dirakam pada Rabu lepas, semasa kerja-kerja membina empat buah menara pejabat di tapak bangunan WTC di sini yang musnah semasa serangan pengganas pada 11 September 2001.

Senario sama dapat dilihat semasa pembinaan bangunan Rockfeller di sini pada 1932. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

200,000 tonton program politik

Posted: 26 Mar 2010 04:58 PM PDT


SANTORO (dalam bulatan) melihat monitor yang menyiarkan gambar Berlusconi pada program politik Raiperunanotte di sebuah dewan di Bologna kelmarin.


ROM – Kira-kira 200,000 orang menyaksikan sebuah program televisyen yang disiarkan menerusi rangkaian tempatan dan Internet selepas rancangan politik di televisyen kebangsaan diharamkan menjelang pilihan raya wilayah.

Program televisyen yang berjudul Raiperunanotte itu menjadikan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi yang juga bilionair sebagai sasaran kritikan dan ia disiarkan dengan tujuan untuk menyuarakan pandangan, dua hari sebelum pilihan raya di 13 daripada buah wilayah Itali berlangsung.

Menurut media Itali, satu skrin gergasi didirikan di 200 buah pekan dan bandar termasuk di bandar raya Rom dan Naples.

Program itu disiarkan selepas stesen televisyen Rai menggantung program politik menjelang pilihan raya tersebut dengan alasan untuk tidak memihak kepada mana-mana parti yang bertanding.

Pengacara Michele Santoro menjadi hos program berkenaan kelmarin.

Berlusconi yang berumur 73 tahun kini disiasat oleh pihak berkuasa kerana cuba untuk menghalang penyiaran program itu.

Program itu bermula dengan menyiarkan imej bekas pemimpin Itali yang terkenal dengan pemerintahan diktatornya, Benito Mussolini.

Beberapa wartawan politik termasuk penyanyi dan pengarah filem, Roberto Benigni mengambil bahagian dalam program itu. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Kapal tentera Korea Selatan karam

Posted: 26 Mar 2010 04:57 PM PDT


SEORANG wanita di Seoul melihat siaran berita mengenai kapal tentera Korea Selatan karam dibedil torpedo di Laut Kuning semalam.


SEOUL – Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang membawa lebih 100 krew tenggelam semalam selepas disyaki terkena tembakan torpedo jirannya, Korea Utara.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan berkata, operasi menyelamat telah dilakukan tetapi ramai kelasi dikhuatiri terbunuh.

Pihak berkuasa memberitahu, kapal peronda itu mula karam sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan di Laut Kuning.

Ketika kejadian, kapal berkenaan membalas tembakan ke arah sebuah kapal yang tidak dikenal pasti ke arah Korea Utara.

Susulan insiden itu, pemeritah Korea Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan tindakan lanjut. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

TUDM cipta sejarah selenggara ‘Charlie’

Posted: 26 Mar 2010 04:54 PM PDT


PASUKAN ST12 yang mencipta sejarah menyelenggara sendiri pesawat pengangkut C130H bergambar di hadapan pesawat itu di Pangkalan TUDM Subang, semalam.


KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencipta sejarah tersendiri apabila menyelenggara sendiri sebuah pesawat miliknya yang kini sudah memulakan penerbangan.

Pesawat pengangkut C130H buatan Amerika Syarikat yang turut diberi jolokan ‘Charlie’ itu telah menjalani pemeriksaan struktural selama 11 bulan sejak 14 April tahun lepas oleh satu pasukan dianggotai dua pegawai kejuruteraan dan 25 juruteknik dari cawangan kejuruteraan TUDM.

“Setiap pesawat perlu menjalani pemeriksaan serta penyelenggaraan sekali sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 tahun, (dan) ternyata usaha ini telah dilaksanakan dengan teliti di mana segala kerosakan yang dikenal pasti berjaya dibaiki dengan sempurna,” kata Panglima TUDM Jen. Datuk Rodzali Daud kepada pemberita selepas majlis penyerahan pesawat C130H itu di Pangkalan TUDM Subang semalam.

kredit : kosmo.com.my

Sedia alat cegah api hanya RM100

Posted: 26 Mar 2010 04:53 PM PDT


ALAT pemadam api (kiri) dan pengesan asap yang perlu dipasang di rumah.


SERDANG – Hanya RM100 diperlukan untuk orang ramai menyediakan alat pemadam api dan pengesan asap di rumah sebagai langkah keselamatan sewaktu kebakaran.

Presiden Pertubuhan Perlindungan Kebakaran Malaysia (MFPA), Josephine Wong berkata, selama ini orang ramai beranggapan harga alat-alat berkenaan agak mahal di pasaran sedangkan ia boleh disediakan di bawah kos RM100.

“Nyawa lebih berharga dan setiap rumah perlu menyediakan alat cegah kebakaran kerana ia serba sedikit dapat membantu mengelak kematian jika berlaku kebakaran,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MFPA dan UPM Holdings bagi melaksanakan program kesedaran dan latihan keselamatan kebakaran di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Anjing gonggong mayat bayi lelaki

Posted: 26 Mar 2010 04:52 PM PDT


IMEJ video menunjukkan cebisan mayat bayi lelaki yang ditemui di Jalan Padang Tembak, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam.

Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan.

Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan