Johor Search

Custom Search

Followers

26 March 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


‘Setiausaha Sulit’ Sultan Kelantan ditahan

Posted: 25 Mar 2010 05:37 PM PDT

KOTA BHARU 25 Mac – ‘Setiausaha Sulit’ Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan pagi ini, dipercayai ditahan polis malam ini.

Difahamkan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Aman kira-kira pukul 8.40 malam untuk siasatan.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Bagaimanapun setakat tengah malam ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung penahanan itu.

Pelantikan Wan Hashim yang didakwa diputuskan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan kenyataannya sejak seminggu lalu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan apabila beliau mula menyampaikan ‘titah’ baginda.

Pada 18 Mac lalu, beliau mula mencetuskan kontroversi yang mendapat perhatian umum apabila mengadakan sidang media dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan semua sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Walaupun pelantikannya tidak diiktiraf dan ‘titah’ itu telah dinafikan kerajaan negeri, Wan Hashim mempertahankan pelantikan dan kenyataannya tersebut.

Pagi ini, beliau membuat kenyataan lebih mengejutkan dengan mendakwa Tengku Muhammad Faris Petra telah dipecat dan digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah berkuat kuasa serta-merta.

Utusan Malaysia difahamkan, penahanannya dibuat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu mengenai penipuan dengan jalan penyamaran. -UTUSAN

MP Hulu Selangor meninggal dunia

Posted: 25 Mar 2010 05:35 PM PDT

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

sumber: Malaysiakini

Pesta tahunan ulat buku

Posted: 25 Mar 2010 04:34 PM PDT


PELBAGAI jenis bahan bacaan ditawarkan pada harga yang murah berjaya menarik perhatian jutaan pengunjung ke PBAKL.


JIKA pemancing mempunyai lubuknya sendiri, bagaimana pula dengan penggemar dan pengeluar buku? Sudah menjadi satu catatan wajib dalam diari tahunan negara, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) antara acara yang dinantikan ramai.

Menariknya, PBAKL bukan sahaja menjadi medan untuk memasarkan buku-buku terbaru, bahkan sarat dengan pelbagai aktiviti wacana ilmu seperti aktiviti melukis, menulis tulisan khat dan mengupas buku-buku baru.

Menurut Penolong Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Norhayati Razali, penganjuran acara itu yang masuk kali ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun ini adalah kerjasama pihaknya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berlangsung selama sepuluh hari bermula 19 Mac lalu, PBAKL yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan warga Lembah Klang akan berakhir pada 28 Mac ini.

“Kajian yang dilakukan mendapati minat membaca masyarakat kita semakin meningkat jika dibandingkan sedekad lalu.

“Masyarakat kini sudah punya kesedaran bahawa hanya melalui pembacaan, mereka mampu mencapai tahap pemikiran yang tinggi untuk bersaing pada zaman globalisasi ini,” katanya.

Apa yang pasti, dengan lautan manusia yang memenuhi ruang pameran di PWTC sama seperti tahun-tahun lalu yang mencatatkan jutaan pengunjung, ia mungkin satu petunjuk jelas bahawa kajian yang mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun perlu dinilai semula.

Jelas Norhayati, apatah lagi gaya penerbitan buku sekarang telah dipelbagai khususnya dalam penghasilan buku yang bermutu tinggi berbanding bahan bacaan berunsurkan tahyul.

Sejajar dengan itu, PBAKL kali ini menyediakan 856 tapak yang melibatkan 208 syarikat penerbitan tempatan dan luar negara, selain untuk agensi kerajaan.

PBAKL 2010, tambah beliau mempunyai kelainan berbanding tahun sebelumnya. Sebuah Pusat Perdagangan dan Hak cipta dibuka khas kepada peserta dalam menggalakkan hak pertukaran penerbitan dan terjemahan bagi kepentingan industri buku negara.

Di samping itu, pada tahun ini juga penyampaian Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan turut diperkenalkan dalam PBAKL.

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) sebenarnya telah dimulakan KPM sejak 12 tahun lalu dengan memberi penumpuan kepada pelajar tahun enam sehingga tingkatan lima. Ia adalah satu program memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

“Setiap pelajar akan dinilai dari segi ujian percakapan dan penulisan yang dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. Tokoh yang terpilih akan menerima wang tunai RM500, trofi dan sijil bagi kategori sekolah rendah dan menengah,” ujar Norhayati.

PBAKL 2010 juga kata Norhayati, tidak mengenepikan golongan cilik sesuai dengan pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kerana itu, Majlis Buku Kanak-kanak Malaysia (MBBY) dan MBKM bersama-sama menganjurkan Persidangan Antarabangsa Buku Kanak-kanak.

Ia menjadi platform kepada individu dan pengeluar buku kanak-kanak bertukar maklumat dalam memperkasakan lagi penghasilan buku untuk golongan itu.

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan menulis tulisan khat anjuran majalah Al-Islam sempena PBAKL di PWTC.



Menambahkan lagi tarikan pada PBKAL, selain buku dan novel pengunjung juga boleh mendapatkan gajet-gajet elektronik.

Syarikat Fortech Global Sdn. Bhd. contohnya memperkenalkan i-Quran yang menggabungkan kaedah pembelajaran al-Quran secara elektronik melalui sentuhan.

Penghasilan mesin i-Quran itu mendapat pengiktirafan daripada Pusat Teknologi Pendidikan, KPM.

Mesin itu dapat membantu kanak-kanak agar tidak ketinggalan dalam pengajian al-Quran, tambahan pula ketiadaan guru-guru agama di kediaman mereka.

Mesin tersebut akan dibekalkan dengan 12 memori cip yang mengandungi pembacaan Iqra, taranum dan 30 juzuk al-Quran pada harga promosi sebanyak RM888 berbanding harga pasaran RM1,488.

Pengunjung yang ditemui rata-rata berpuas hati dengan pameran kali ini. Pengelasan peserta PBAKL mengikut zon warna berbanding angka sebelum ini secara tidak langsung memudahkan orang ramai mendapatkan gerai yang ingin dikunjungi.

Menurut salah seorang pengunjung tetap PBAKL, Normah Samsuri, 41, penganjuran semasa musim cuti sekolah memudahkannya membawa anak-anak mendapatkan buku yang berguna.

“Jika dibandingkan tahun-tahun lepas, kami hanya mampu meluangkan masa sekejap sahaja. Namun, kali ini sempena musim cuti sekolah, ia memberikan ruang masa yang lebih banyak untuk kami melawat dari satu gerai ke satu gerai,” katanya yang juga merupakan doktor gigi di salah sebuah kem tentera di ibu kota.

Berbeza dengan Shafarina Mohamed Samsudin, 28, ini adalah kunjungan pertamanya ke pesta buku itu.

“Sebelum ini saya hanya membaca atau melihat promosi PBAKL di media. Namun, menjejak kaki buat kali pertama di sini membuatkan saya terkejut dan teruja.

“Terkejut kerana melihat lautan manusia di PWTC untuk mendapatkan bahan bacaan ilmiah dan sudah tentunya saya teruja apabila terdapat banyak novel dan buku ditawarkan pada harga yang berpatutan,” katanya.

kredit : kosmo.com.my

Jenama pilihan di seluruh dunia

Posted: 25 Mar 2010 04:33 PM PDT



PENDERITAAN dan kesengsaraan rakyat Jepun akibat Perang Dunia Kedua menyebabkan rakyat negara tersebut menyimpan keazaman untuk bangkit daripada sejarah hitam.

Perang Dunia Kedua merupakan peperangan paling dahsyat dalam sejarah dunia moden apabila ia mengakibatkan kerosakan harta benda dan mengorbankan kira-kira 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua itu melibatkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Soviet dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).

Bagaimanapun, Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah tersendiri apabila ruang udara dan senjata nuklear digunakan buat kali pertama.

Lebih malang, senjata nuklear telah digunakan dua kali dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua oleh AS iaitu di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk negara Matahari Terbit itu.

Rentetan daripada detik hitam itu, sektor teknologi menjadi matlamat pembangunan ekonomi Jepun.

Kegigihan dan sikap tidak mudah putus asa rakyat Jepun bukan sahaja menjadi pendorong kepada mereka melakar nama dalam teknologi bahkan memartabatkan Jepun sebagai salah sebuah negara Asia moden hari ini.

Rakyat Jepun juga boleh berbangga kerana mereka menjadi antara salah satu pengeluar terbesar automotif dunia.

Sejarah automotif di Jepun bermula sejak 1902 apabila Shintaro Yoshida dan Komanusuke Uchiyama berganding bahu dalam perniagaan kecil yang dinamakan Automobile Company atau Otomobiru Shokai yang menghasilkan kereta percubaan dua lejang dengan enjin AS 12 kuasa kuda.

Usaha tersebut diteruskan oleh Torao Yamaba yang menghasilkan automobil wap dua lejang manakala syarikat milik Masujiro Hashimoto telah membangunkan kereta dinamakan Dattogo pada 1912. Kesemua kereta itu adalah kereta percubaan.

Evolusi automotif dari Jepun bermula sebagai pembuat kenderaan secara besar-besaran selepas Perang Dunia Kedua. Dua syarikat gergasi Toyota dan Honda merupakan antara pengeluar yang produktif menghasilkan kenderaan penumpang agar dapat menguasai pasaran besar di seluruh dunia.

Model Corolla dan model Civic pertama pada penghujung 1970-an merupakan detik permulaan penghasilan besar-besaran kenderaan penumpang pada masa itu.


WARGA Jepun bangga dengan pencapaian automatif mereka kerana kenderaan yang dikeluarkan mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa.


Matlamat utama pembuat kereta ini ialah untuk menghasilkan jumlah kenderaan dalam kapasiti besar agar dapat mengurangkan kos dalam pembikinannya.

Kenderaan itu juga dibuat dalam keadaan paling asas iaitu penciptaan enjin yang ringkas tetapi ekonomikal. Berat kenderaan dikurangkan, sistem suspensi dan pengendaliannya sekadar mencukupi untuk pasaran Asia.

Rahsia kejayaan

Dalam pada itu, kejayaan sektor automotif negara tersebut juga banyak berkait rapat dengan dasar dan pelaksanaan yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa oleh kerajaan Jepun.

Ini dibuktikan apabila pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif menerusi perbincangan dengan pengeluar-pengeluar besar industri automotif untuk mengemaskini peraturan sedia ada agar kereta yang dihasilkan murah untuk dimiliki oleh rakyat Jepun dan selamat sebelum kenderaan tersebut dibenarkan berada di jalan raya.

Jepun merupakan antara negara pengeluar automotif dunia yang menjual kenderaan mereka pada harga paling rendah malah jenama kenderaan milik syarikat automotif Jepun digemari dan menjadi pilihan di seluruh dunia.

Antara jenama-jenama terkenal yang berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Toyota, Honda, Mazda, Suzuki, Yamaha, Daihatsu, Hino dan banyak lagi.

Dengan menerapkan konsep pengeluaran besar-besaran menjadikan model bukan eksport atau dikenali sebagai JDM (Japan Domestic Market) sebagai penjana ekonomi domestik mereka.

Konsep yang dipraktikkan itu jelas membawa kejayaan kerana kenderaan yang dijual lebih banyak bagi menyokong pengilang utama.

Selepas tiga atau lima tahun, ia akan dijual semula kepada pelelong kereta untuk dieksport ke negara-negara lain sebagai kereta import terpakai dan bukan menjadi budaya Jepun membeli kereta terpakai.

PRIUS kenderaan penumpang paling laris di Jepun tidak terkecuali daripada krisis penarikan semula di pasaran antarabangsa kerana masalah brek.



Dengan konsep kereta yang ekonomikal dan menjimatkan Jepun cuba memasuki pasaran AS dalam meluaskan lagi pasarannya tetapi label kereta kelas ketiga telah menyukarkan mereka.

Begitupun, syarikat pengeluar automotif Jepun telah menggantikan nama kereta mereka kerana jenama memainkan peranan penting agar mereka dapat menembusi pasaran di AS. Toyota seumpamanya telah diganti dengan nama Lexus manakala Honda ditukar nama Acura.

Percaturan syarikat-syarikat pengeluar itu berjaya menarik minat penggemar automotif di AS sekali gus melonjakkan jenama mereka di persada dunia.

Dalam mengembangkan lagi jenama mereka di pasaran dunia pengeluar automotif itu turut menjalinkan kerjasama dalam memindahkan teknologi dan kemahiran kejuruteraan mereka agar penjualan di dalam dunia dapat melonjak tinggi.

Keselamatan pelanggan

Pengeluar-pengeluar automotif Jepun tidak hanya menumpukan kepada kenderaan penumpang konvensional sahaja tetapi turut membangunkan kenderaan mewah dan sport.

Dengan reka bentuk menarik, terkini dan dilengkapi teknologi canggih kereta-kereta yang dibangunkan itu mula menjadi kegilaan kepada penggemar kereta di seluruh dunia.

SEORANG mekanik memeriksa pedal gas kenderaan sport-utility (SUV) RAV4 Toyota di cawangan wakil pengedar kenderaan tersebut di Shanghai, China.



Pada masa yang sama, pengeluar-pengeluar itu juga tidak terkecuali membangunkan kereta-kereta hibrid yang mesra alam dalam memberi sokongan kepada penjagaan alam sekitar dan pemanasan global melanda dunia hari ini.

Bagaimanapun, kejayaan industri automotif Jepun digemparkan dengan penarikan semula jutaan kereta Toyota akibat kerosakan pedal minyak dan brek di seluruh dunia manakala syarikat Honda mengumumkan penarikan balik sejumlah kereta kerana masalah beg udara keselamatan.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berasa amat kesal ekoran penarikan semula jutaan kereta buatannya di seluruh dunia kerana kerosakan pedal minyak selain menegaskan bahawa kenderaan syarikat itu adalah selamat.

Toyota mengaku pihaknya kini berdepan krisis tetapi menganggap keselamatan pelanggan amat penting. Toyota berjaya mengatasi syarikat General Motors pada 2008 untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia kini berdepan dengan isu kualiti produk yang dikeluarkannya.

“Percayalah, kereta Toyota adalah selamat. Pelanggan didahulukan merupakan keutamaan kami, percayalah,” kata cucu pengasas syarikat itu.

Beliau menambah, Toyota telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi mengkaji masalah itu yang menyebabkan AS dan Kongres AS meningkatkan tekanan ke atas syarikat Jepun.

“Berhubung masalah penarikan pedal minyak di AS, Eropah dan China, kerja-kerja persediaan pembaikan sedang dilakukan di pusat-pusat pengedaran kami,” kata Toyoda

Ujarnya, Toyota sedang melakukan kajian bagi mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah brek Prius hibrid berikutan terdapat ratusan aduan daripada pemandu.

Katanya, bagi kereta-kereta Prius yang kini berada pada tangan pelanggan, beliau mengarahkan supaya satu penyelesaian dilakukan dengan segera.

Beliau juga dilaporkan telah meminta maaf kerana penarikan balik jutaan kereta buatannya di seluruh dunia akibat masalah pedal minyak dan brek.

Walaupun krisis sedang melanda syarikat automotif Jepun, kereta-kereta keluaran syarikat ini terus mendapat sambutan daripada pengguna seluruh dunia.

Ia mungkin disebabkan harganya yang murah berbanding dengan kereta Eropah, ekonomikal, reka bentuk menarik dan pelbagai faktor lain mendorong orang ramai memilih kereta jenama Jepun.

kredit : kosmo.com.my :-)

Bush kesat tangan pada baju Clinton

Posted: 25 Mar 2010 04:32 PM PDT


BUSH mengesat tangan pada baju Clinton selepas berjabat tangan dengan mangsa-mangsa gempa bumi.


PORT AU PRINCE, Haiti – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengesat tangannya pada baju rakannya yang juga bekas presiden AS, Bill Clinton selepas bersalaman dengan mangsa-mangsa gempa bumi di sebuah kem perlindungan sementara di sini.

Rakaman gelagat Bush itu yang disiarkan di laman perkongsian video, YouTube menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Bush sebelum ini dikenali sebagai seorang yang pembersih. Dalam buku memoir bertajuk The Audacity of Hope, Presiden AS, Barack Obama mendakwa Bush pernah memberitahunya bahawa beliau kerap menggunakan pencuci tangan bagi mengelak jangkitan selesema.

Bush dan Clinton melawat Haiti baru-baru ini bagi meninjau kesan kemusnahan akibat gempa bumi serta menyalurkan bantuan Dana Haiti Clinton Bush yang setakat ini berjaya mengumpul AS$37 juta (RM122.7 juta) daripada 220,000 individu, termasuk aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Obama sendiri.

Dianggarkan lebih 300,000 orang terkorban manakala 1.3 juta lagi kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi kuat menggegarkan Haiti pada 12 Januari lalu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my :lol:

Robot wanita jadi pesakit gigi

Posted: 25 Mar 2010 04:30 PM PDT


SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo semalam.


TOKYO – Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi.

Robot wanita bernama Hanako itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar.

“Sakitlah,” kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini.

“Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda,” kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.

Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk.

Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan. – AFP

kredit : kosmo.com.my

86 KFC Britain halal

Posted: 25 Mar 2010 04:29 PM PDT


GAMBAR menunjukkan restoran Kentucky Fried Chicken halal di Burton-on-Trent, Britain.


BURTON-ON-TRENT - Seorang pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Britain berang selepas dia gagal mendapatkan hidangan kegemarannya kerana premis berkenaan kini cuma menyediakan makanan halal, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya tidak percaya apa yang saya dengar. Pekerja restoran itu memberitahu daging halal tidak boleh disediakan di tempat yang sama dengan daging babi.

“Justeru, saya tidak mendapat daging babi saya,” kata pelanggan itu, Alan Phillips.

“Ia seperti menyatakan saya tidak boleh membeli daging babi kerana ia mungkin menyinggung perasaan orang lain,” tambahnya.

Lelaki itu kemudian diberitahu bahawa dia perlu pergi ke cawangan KFC lain yang terletak lapan kilometer dari restoran tersebut jika mahu membeli Big Daddy iaitu burger ayam bercampur daging babi, keju dan salad.

Ia berikutan restoran KFC itu di sini, daerah Staffordshire, England adalah antara 86 daripada 750 restoran KFC yang menjual daging dan hidangan halal di Britain.

Pihak pengurusan KFC memperkenalkan konsep halal itu secara percubaan di kawasan-kawasan yang ramai penduduk Islam.

Jurucakap KFC, Nina Arnot berkata, konsep halal itu dijangka dilaksanakan selama beberapa bulan bagi melihat sambutan pelanggan.

– Agensi

kredit : kosmo.com.my

Penggodam tahu kata laluan Obama

Posted: 25 Mar 2010 04:28 PM PDT


GAMBAR menunjukkan penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C.


CLERMONT-FERRAND – Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.

Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.

“Saya tidak berniat jahat… Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan,” kata lelaki itu.

Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my :twisted:

Tesco tawar pengurangan harga sehingga 40 peratus

Posted: 25 Mar 2010 04:26 PM PDT


Juliawati (kanan) menunjukkan poster kempen penurunan harga barang sambil diperhatikan oleh Bush (tengah ) dan Marlene Kaur di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Mulai semalam orang ramai yang membeli-belah di Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) akan menikmati penjimatan yang menarik setelah syarikat tersebut menurunkan harga lebih daripada 40 peratus terhadap 40 jenis produknya.

Penjimatan itu dibuat melalui kempen penurunan harga barang makanan segarnya termasuk ayam, sayur-sayuran, makanan laut dan buah-buahan sehingga bulan Mac tahun hadapan.

Ini merupakan program penurunan harga terbesar yang pernah dianjurkan Tesco di negara ini bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang kesembilan.

Menurutnya, kempen tersebut membabitkan peruntukan pelaburan sebanyak RM30 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Chris Bush berkata, kempen ini akan dapat membantu mengatasi peningkatan kos hidup yang dialami rakyat Malaysia kini.

“Kami ingin membantu pelanggan dengan menawarkan potongan harga untuk barang-barang yang penting untuk keperluan harian pengguna,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen tersebut di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my :evil:

AES akan dilaksana mulai Mei – JPJ

Posted: 25 Mar 2010 04:24 PM PDT


Datuk Solah Mat Hassan


PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penggunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) di 831 kawasan berisiko berlaku kemalangan bermula Mei depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, pelaksanaan sistem itu akan digunakan secara berperingkat.

Katanya, bagi fasa pertama, pihaknya menetapkan dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

“Jika berjaya menghasilkan apa yang diharapkan, ia akan diikuti oleh lain-lain kesalahan.

“Ini termasuk kesalahan memotong di sebelah kiri, memotong garisan berkembar, memandu lorong kecemasan, kenderaan lebih muatan dan sebagainya,” katanya di sini semalam.

“Kita turut menetapkan tempoh lapan bulan untuk melaksanakan sistem ini sepenuhnya di seluruh negara selepas Mei depan,” ujarnya.

Beliau berkata, daripada jumlah 831 kamera AES, sebanyak 581 unit akan dipasang di lokasi kemalangan termasuk 265 kawasan lampu isyarat dan 566 lagi kawasan kenderaan dipandu laju.

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan