Johor Search

Custom Search

Followers

15 June 2009

IRDA sertai Cityscape Dubai 2009

IRDA sertai Cityscape Dubai 2009

DUBAI 4 Mei – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dijangka mengambil bahagian dalam Cityscape Dubai 2009 yang diadakan pada bulan Oktober bagi mempromosikan Iskandar Malaysia, iaitu koridor ekonomi khusus yang dibangunkan di bahagian selatan Malaysia.

"Kami mungkin mengambil bahagian dalam Cityscape Dubai, melainkan jika sesuatu yang tidak dapat dielakkan," kata Ketua Komunikasi Strategik IRDA, Jameson Pias di luar acara Cityscape Abu Dhabi 2009 yang berakhir di ibu negara Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha berterusan mesti dilakukan bagi menaikkan profail Iskandar Malaysia, iaitu kawasan pembangunan bercampur seluas 2,217 kilometer persegi yang dirancang untuk siap pada 2025.

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Mei 2009

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan