Johor Search

Custom Search

Followers

15 September 2012

Projek Transformasi Ekonomi (ETP) bina 18,522 peluang kerja


Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tujuh lagi projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan RM5.6 bilion yang akan mewujudkan 18,522 pekerjaan. 

Pelaburan itu dijangka menjana pendapatan negara kasar (PNK) bernilai RM2.36 bilion. Keseluruhannya 28 projek sudah diumumkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) tahun ini membabitkan pelaburan RM26.07 bilion yang akan menjana PNK bernilai RM6.96 bilion serta mewujudkan 51,130 pekerjaan menjelang 2020. 


Perdana Menteri berkata, dalam usaha mendapatkan pelaburan langsung asing, kerajaan akan lebih selektif serta memberi keutamaan kepada pelaburan yang menjanjikan PNK kerana ia membantu peralihan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Tujuh pelaburan itu, menepati bidang tumpuan kerajaan kerana membabitkan industri teknologi tinggi, teknologi tenaga alternatif dan hijau serta industri pengetahuan intensif, katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sejak pelancarannya hampir dua tahun lalu, projek di bawah ETP berjalan lancar dengan kebanyakan yang sudah diumumkan mula dilaksanakan. 
Pelaksanaan projek itu, katanya turut menyumbang pertumbuhan ekonomi negara seperti dibuktikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 4.3 peratus pada suku sama tahun lalu.

Pelaburan terbesar yang diumumkan ialah dalam sektor minyak dan gas. Sebuah konsortium terdiri daripada Dialog Group Bhd, kerajaan negeri Johor dan Royal Vopak akan melabur RM4.08 bilion untuk memajukan Projek Terminal Gas Asli Cecair (LNG) Pengerang dengan terminal penyimpanan, muat turun dan pengegasan semula LNG untuk mengimport bahan itu bagi tujuan urus niaga dan penggunaan domestik.

Dalam penjagaan kesihatan, Ranbaxy Laboratories Ltd, firma farmaseutikal terbesar India dengan kerjasama beberapa syarikat tempatan melabur RM125 juta untuk membina kilang pengeluaran kedua di Malaysia, yang akan menjadi salah sebuah daripada lapan hab pembuatan global Ranbaxy untuk eksport ubat-ubatan generik.


Credit: BH
JohorToday

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan