Setakat ini, belum ada lagi pihak samada dari kerajaan mahupun pembangkang yang ingin menjuarai masalah harga rumah yang selesa yang mampu ...
Kalau sebelum ini, pihak Pakatan menawarkan kereta murah. Satu manifesto bodoh yang ingin disajikan kepada rakyat. Ini walaupun kereta sekarang ini menjadi keperluan, tetapi rakyat masih boleh membeli mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi dengan situasi pasaran kereta yang mengalami susut nilai yang tinggi. Satu tawaran yang langsung tiada umphhh!
Sebenarnya masalah pemilikan rumah selesa yang mampu untuk rakyat terbanyak yang begitu ketara sekarang ini. Mana-mana pihak yang mampu menawarkan skim pemilikan rumah yang menarik, mudah dan murah, mampu menarik pengundi untuk memangkah mereka pada PRU akan datang lebih-lebih lagi dikalangan pengundi muda.
Pengalaman membeli kereta dan rumah juga membuatkan aku sendiri tertanya-tanya dengan dasar-dasar yang digunapakai ketika ini. Apa tidaknya, ketika membeli kereta yang sudah jelas susutnilainya tinggi, boleh disembunyikan, boleh dilarikan, kelulusan untuk membuat pinjaman boleh didapati dalam tempoh tiga hari sahaja. Manakala ketika membuat pinjaman perumahan pula, berbulan barulah mendapat kelulusan, hinggakan terpaksa membayar faedah kepada pemaju. Sedangkan rumah yang dibeli adalah harta yang tak boleh alih, tak boleh disembunyikan. Kalau tak mampu bayar, lebih mudah untuk disita dan sebagainya berbanding kereta.
Apa yang diharap ialah bukannya menawarkan rumah besar, cukuplah rumah yang dapat ditafsirkan selesa untuk hidup berkeluarga. Ada ruang untuk anak-anak, ada kawasan untuk riadah. Ada skim pinjaman yang mudah dan mesra pembeli....
Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com
Harga melambung.. semua terlambung.. apakah nasib bangsa kita nanti??
ReplyDelete