Johor Search

Custom Search

Followers

04 June 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


P Ramlee - Bintang yang tiada ganti

Posted: 03 Jun 2011 10:06 AM PDT

Oleh Hafizahril Hamid

TARIKH 29 Mei hari ini merupakan genap 38 tahun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun hakikatnya bak kata pepatah beliau pergi meninggalkan nama.

P. Ramlee pastinya akan dikenang dan dicatat dalam sejarah sebagai orang Melayu paling berbakat dalam bidang seni bukan sahaja pada zamannya namun tetap kekal di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Manakan tidak kanak-kanak kecil sekarang yang jauh berbeza zamannya berbanding P. Ramlee tetap mengingati nama hebat ini melalui filem-filemnya yang tetap segar ditonton walaupun telah dimainkan berulang kali.

Dirasakan seolah-olah P. Ramlee itu seakan-akan masih hidup di kalangan kita memandangkan suara dan filem-filem lakonannya masih terus bersemarak dan berbudaya di dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bukan sahaja berbakat dalam semua bidang seni dari lakonan ke nyanyian hinggalah pengarahan dan menggubah lagu malah dikenali sebagai insan pemurah yang tidak kenal erti kedekut setiap kali ada insan lain dalam kesusahan.

Azizah

Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, anak kepada seorang ahli pelayaran ini memang begitu mencintai bidang seni sejak dari kecil. Menurut cerita, P. Ramlee kurang berminat dalam pelajaran tetapi lebih aktif dalam bidang seni suara sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Memandangkan minat yang mendalam P. Ramlee telah menyertai pasukan pancaragam Terona Sekampong, Mutiara dan Rindu Malam di luar sekolah namun terhenti akibat meletus Perang Dunia Kedua.

P. Ramlee mula dikesan bakatnya bermula melalui lagu Azizah yang dimainkan pada satu acara pesta di Bukit Mertajam oleh seorang pengarah filem terkenal dari Singapura, B. S Rajhans.

Maka bermulalah karier beliau sebagai penyanyi latar dan pemain biola dalam filem pertamanya bertajuk Cinta keluaran Malay Filem Production (MFP). Selain itu beliau juga bertanggungjawab menyusun lagu-lagu latar selain melakonkan watak pembantu utama dalam filem berkenaan.

Suara emas P. Ramlee telah digunakan sepenuhnya oleh Rajhans untuk mendendangkan lagu-lagu yang dibawa oleh hero yang dikagumi ketika itu seperti S. Roomai Noor, M. Amin dan Osman Gumanti.

Terpilih

Mungkin kerana keadaan fizikalnya yang kurus, bermuka cengkung serta pipinya yang tidak licin, bakatnya tidak dinilai sepenuhnya pada peringkat awal.

Setelah membuktikan beliau boleh melakukan apa saja yang diminta dalam bidang seni, P. Ramlee akhirnya terpilih menjadi tonggak utama dalam filem Takdir Ilahi bersama aktres Neng Yatimah arahan L. Krishnan.

Kemampuannya sebagai anak seni semakin terserlah apabila filem pertama arahannya Penarik Beca keluaran tahun 1955 mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu.

Walaupun telah menempa nama sebagai anak seni, namun keadaan ketika itu sangat berlainan berbanding kemewahan yang melimpah ruah sekarang.

Banglo usang

Beliau bersama pelakon-pelakon lain seperti A.R Tompel, Kasma Booty, D. Harris dan lain-lain tinggal bersama keluarga masing-masing di sebuah banglo usang di Jalan Ampas.

Keadaan ketika itu dimana mereka tinggal dan bekerja di bawah satu bumbung boleh dikatakan makan, tidur malah bernafas hanya untuk seni. Pastinya keadaan sebegini tidak menjadi masalah bagi P. Ramlee yang sudah biasa berbual, berbincang malah bertengkar kerana filem.

Suasana sebeginilah yang mematangkan pemikiran seni beliau apatah lagi dengan hubungan baiknya dengan pengarah filem dan penggubah lagu.


Selain itu P. Ramlee sangat dikenali sebagai seorang yang cepat mesra dan suka bersembang dengan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini sekaligus membolehkan beliau memahami denyut nadi masyarakat serta ragam dan telatah hidup manusia yang kemudian diserap dalam filem-filemnya.

Maka hasilnya segala gelagat dan tingkah laku manusia serta pelbagai asam garam kehidupan manusia menjadi antara bahan utama beliau dalam berkarya selain sebagai satu usahanya dalam memperbetulkan masyarakatnya.

Ini menjadikan karya P. Ramlee sangat dekat di hati masyarakat sehingga melahirkan ciptaan yang sehingga kini tidak lapuk dek zaman.

Kelemahan

P. Ramlee sepanjang hidupnya dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan dunia materialisme. Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan asal usul dirinya.

Menurut seorang rakan baik beliau yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, P. Ramlee tidak langsung memikirkan tentang soal masa depannya.

Beliau begitu mudah terperangkap dengan pujuk rayu serta mudah kasihan dengan orang yang bercerita tentang kesusahannya. Satu sifat P. Ramlee yang paling menyerlah adalah terlalu baik hati sehingga mengakibatkan beliau selalu ditipu.

Sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya bertujuan meminta sedekah dan bantuan pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

P. Ramlee sememangnya sangat suka bersedekah dan menolong orang lain terutama golongan anak yatim yang mana semua ini dikeluarkan hasil dari duit poketnya sendiri.

Ditipu


Malangnya terdapat manusia yang sering mengambil kesempatan dengan menipu beliau malah ada yang sanggup menipu dengan meminta bantuan untuk mendirikan masjid. Setelah begitu banyak duitnya keluar namun sampai ke sudah bayang masjid pun tak ada.

Ujar Abdullah lagi, sifat terlalu bermurah hati ini serta percaya kepada semua orang bahawa mereka juga bersifat jujur sepertinya menjadi antara punca kejatuhan beliau sebelum pengakhir riwayatnya.

"Mereka datang dengan niat mahu mengikis duit P. Ramlee dengan cara meminta derma dan bantuan tetapi sebenarnya mereka berbohong kerana semua itu tidak benar.

"Ada antara mereka yang berkata ditimpa malapetaka , terkandas dan sebagainya tetapi itu tidak benar kerana mereka tahu P. Ramlee adalah seorang yang baik hati dan tidak bakhil seperti orang lain di Jalan Ampas," katanya.

Selain itu ketika hayatnya, beliau sering saja ditipu oleh pihak-pihak promoter yang enggan membuat bayaran setelah beliau dan rakan-rakan selesai membuat pertunjukan.

"Bila selesai show ada pihak penganjur yang menghilangkan diri tidak mahu membayar maka terpaksalah P. Ramlee mengeluarkan wangnya sendiri sebagai ganti-rugi kepada rakan-rakan yang bersama membuat pertunjukan.

"Malah ada pihak yang menggunakan nama anak yatim untuk mencari derma atas nama pertunjukan amal. Sedangkan duit itu akhirnya masuk ke dalam poketnya sendiri," kata Abdullah.

Dendam

Hakikat P. Ramlee menjadi bintang filem terkenal membuatkan ramai mereka yang terlibat dalam bidang seni menjadi iri hati dan menyimpan dendam serta mempunyai ramai musuh.

Malangnya ramai di antara mereka terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Malah setelah ketiadaan P. Ramlee pun ramai di kalangan musuhnya mempertikai keperibadiannya serta mencemuh beliau sebagai seniman yang tidak apa boleh dibanggakan.

Dikatakan pernah wujud satu keadaan dimana terdapat pakatan mahu merosakkan wajah P. Ramlee untuk melenyapkan popularitinya.

Namun Tuhan masih bersama beliau kerana gerakan tersebut terbongkar dan seorang penyanyi yang dihormati ketika itu dikenali sebagai Jasni memberi amaran kepada golongan yang berlagak samseng ini supaya tidak diapa-apakan P. Ramlee.

Selain itu terdapat usaha untuk menyingkirkan P. Ramlee dari Studio Jalan Ampas melalui penyingkiran jawatannya sebagai Presiden Persatuan Artis Malaysia (PERSAMA). Gerakan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Filem ketika itu turut sama mengheret P. Ramlee dalam masalah mengenai tuntutan gaji yang kecil.

Ini menyebabkan P. Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur mengakibatkan suasana di Studio Jalan Ampas semakin muram yang akhirnya ditutup.

Mereka ini akhirnya sedar bahawa kerana manusia bernama P. Ramlee inilah yang telah membawa sinar kejayaan kepada semua mereka.

Bersandarkan hasil karya dan bakat besar P. Ramlee maka adalah tidak salah untuk diberi gelaran Seniman Agung kepadanya. Bagaimanapun semua kejayaan itu tidak akan sempurna tanpa sokongan rakan sekerja termasuk mereka di belakang tabir.

Semestinya peminat tegar beliau dari segenap usia di serata dunia turut sama memainkan peranan agar karya-karyanya terus dihayati ramai dan selayaknya P. Ramlee diangkat sebagai sebutir bintang yang tiada galang gantinya.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Selepas negara Israel mahu pula Greater Israel?

Posted: 03 Jun 2011 09:50 AM PDT

Mazlan Nordin

PERTANYAAN: Apakah Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu mahu mewujudkan Eretz Yisrael (Greater Israel)?

Ini adalah kerana beliau menolak sama sekali saranan Presiden Barack Obama supaya sempadan Israel dan Palestin pada tahun 1967 menjadi asas rundingan antara mereka, termasuk penubuhan Negara Palestin.

Seperti diketahui Tebing Barat dan Gaza telah ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari, 1967. Dua kali berikutan itu warga Palestin melancarkan Intifada, kali pertama pada tahun 1987 dan kali kedua pada tahun 2000 tetapi gagal.

Nasib malang warga Palestin kemudian diceritakan oleh seorang wartawan Amerika, Richard Ben Cremer dalam laporannya berjudul How Israel Lost: Antara lain ialah cara bertindak pasukan-pasukan keselamatan bila berlaku hal, iaitu mereka "menghukum secara kolektif".

Antara contoh ialah manakala seorang budak lelaki Palestin menyeludup masuk perkampungan warga Israel untuk melakukan serangan. Yang dibinasakan kemudiannya oleh pasukan keselamatan Israel sebagai tindak balas ialah rumah-rumah yang dikongsi oleh keluarga-keluarga ayah, nenek lelaki, bapa saudara atau kakak-kakak yang telah berkahwin.

Kenapa warga Palestin tidak mempunyai negara sendiri? Demikian antara pertanyaan Cremer. Lalu beliau mencatat betapa Gaza, umpamanya, dikepung seluruh pantainya dan garisan sempadan di darat.

Di Tebing Barat pula tembok setinggi 20 kaki dibina untuk "mencegah tindakan keganasan" Kesemuanya dibina atas tanah milik warga Palestin.

Juga dilaporkan pertemuan dengan beberapa guru sekolah Palestin yang mengadu mengenai sesetengah murid tidak hadir kerana kekurangan makanan. Bagi mereka tiada sarapan pagi.

Mencerminkan keadaan sebenar ialah pelbagai cerita oleh penduduk, termasuk kisah seorang wanita yang hampir melahirkan anak. Ia tidak dapat pergi ke hospital kerana dikepung oleh askar-askar Israel.Cerita bersambung: "Akhirnya orang kampung membawanya ke hospital tentera Israel. Ia kemudian melahirkan dua anak kembar lelaki.

Kepala anak pertama muncul dari tubuh ibunya. Maka ia pun memandang keadaan sekelilingnya, lalu melihat askar-askar di sana sini. Ia kemudian berteriak ke arah kembarnya: "Ahmad, kita dikepung ini! Ambil batu-batu untuk kita lemparkan", tamat cerita.

Mengenai warga Israel pula disebut mengenai orang-orang Yahudi yang berhijrah dari negara-negara Islam dan Arab pada tahun 1950-an dan 1960-an. Mereka dipanggil Sephardium kerana tradisi pelajaran dan keagamaan mereka dari negara Sepanyol. Seperti dicatat dalam buku-buku sejarah, pemerintah Islam wujud di selatan Sepanyol selama kira-kira 700 tahun waktu silam.

Menurut Cremer lagi, rakyat Israel bercadang untuk menguasai terus wilayah Tebing Barat dengan mendirikan perkampungan-perkampungan baru Sebagai ganti kepada Palestin padang-padang pasir di kawasan Israel diberi kepada Palestin.

Juga telah dilaporkan pembinaan perkampungan-perkampungan baru Israel di Baitulmaqdis sedangkan pihak Palestin juga mahu ia menjadi ibu negara mereka.

Parti politik pertama Palestin ialah Fatah yang ditubuhkan oleh Yassir Arafat pada tahun 1959 untuk perjuangan kemerdekaan, tetapi Arafat telah meninggal dunia.

Hamas pula lahir pada tahun 1987 dan menjadi parti politik yang popular setelah menang dalam pilihan raya. Perselisihan berlaku antara kedua-dua parti selama beberapa tahun. Hanya baru-baru ini tercapai kata sepakat. Lantas Netanyahu memberi ingatan: "Kalau mahu kedamaian ketepikan Hamas". Astaga, warga Palestin berucap dan juga warga Islam lain.

Bagi Israel, perang pada tahun 1948 dengan enam Negara Arab melahirkan kemerdekaannya. Perang Enam Hari pada 1967 pula membolehkan Israel menguasai Tebing Barat dan Gaza, Semenanjung Sinai (dikembalikan kepada Mesir kemudiannya) dan Golan Heights dari Syria (masih dikuasai Israel).

Catatan: Netanyahu beberapa hari lalu berucap dalam sidang khas Kongres Amerika di Washington. Pemimpin Arab bila kok?

Source: Mingguan Malaysia Online.

Bagas Godang di Papan, Perak

Posted: 03 Jun 2011 08:02 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Bagas Godang dalam bahasa Mandailing membawa maksud rumah raja. Bagas Godang di Papan ini dibina oleh Raja Bilah dalam tahun 1896, semasa beliau menjadi penghulu di Papan.

Menurut Kak Saadiah (cicit Raja Bilah), seperti yang diceriterakan oleh almarhum ibunya, dewan besar di lantai bawah Bagas Godang menjadi tempat untuk mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara keramaian yang berlangsung di Papan.




Rumah Asal ini dikatakan telah dibina sekitar tahun 1883, merupakan rumah keluarga Raja Bilah dan masih didiami oleh cicit kepada Raja Bilah. Rumah Asal ini berhadapan pula dengan Masjid Papan.

Masjid Papan (dilihat dari sisi Selatan) sememangnya diperbuat dari papan dan kayu terbaik dari sekitar Papan. Menurut penulis terkenal, Abdur-Razzaq Lubis, masjid ini telah dibina dalam tahun 1888 dan kelihatannya masih utuh bangunannya.

Masjid - anjung Imam (Mihrab).

Pintu depan masjid.

Salah sebuah rumah yang masih baik di dalam kompleks Bagas Godang, Papan.

Lantai bawah Bagas Godang.

Tembok Bagas Godang menyerupai tembok castle bangunan Inggeris.


Tembok atau castle di sisi Selatan Bagas Godang.


Pintu masuk sisi Selatan ke Bagas Godang.


Tapak bekas pejabat penghulu Papan.

Cicit Raja Bilah, Kak Saadiah melayani kedatangan penulis dan isteri di Bagas Godang, Papan.


Berita Harian Online

Berita Harian Online


Pilih jalan musyawarah

Posted: 03 Jun 2011 04:02 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookKUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa tidak perlu turun ke jalanan untuk memaksa kerajaan mendengar suara mereka kerana kerajaan sentiasa bersedia dan terbuka mendengar pandangan menerusi pelbagai saluran perundingan atau musyawarah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa dan ia perlu dimanfaat sepenuhnya oleh pemimpin golongan itu [...]

Ambil peranan lebih besar

Posted: 03 Jun 2011 04:00 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookSINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia begitu komited untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan keamanan dan keselamatan global. Malaysia sudah dan akan terus memainkan peranannya sebagai warga global yang bertanggungjawab. Dan kita sudah menunjukkan dan akan terus mempamerkan bahawa komitmen kita bukan hanya retorik tetapi disokong [...]

Minta mentua terima hakikat

Posted: 03 Jun 2011 03:57 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookSUNGAI PETANI: Saya berharap mereka (ibu dan bapa mentua) dapat mengubah pendirian dan dapat menerima hakikat saya adalah suami sah kepada Nornashuha dengan merestui perkahwinan kami, kata Mazri Sharif,30, suami Nornashuha Azmi, 22, yang dilarikan tiga lelaki dari rumahnya dua hari lalu. Mazri berkata, mentuanya sepatutnya mengenepikan pendirian mereka dia [...]

Wook mahu berdoa depan Kaabah agar jodoh kekal

Posted: 03 Jun 2011 03:55 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookHULU TERENGGANU: Saya rasa tak sabar nak ke Makkah dan lebih bermakna apabila dapat bersama suami untuk mengerjakan umrah bulan depan, kata Mek Wook Kondor, 108, yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 22 Julai ini bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39. Katanya, sebelum ini dia pernah menunaikan haji, dan [...]

Saksi gagal cam suspek buang bayi

Posted: 03 Jun 2011 03:52 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookGOMBAK: Keterangan suri rumah mengenai dua wanita menunggang motosikal dipercayai bertanggungjawab dalam kejadan buang bayi di Taman Pelangi, Rawang, kelmarin belum mencukupi untuk membolehkan polis mengenal pasti mereka. Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana suri rumah, R Punitha,24 gagal mengecam wajah dua wanita meletakkan bayi [...]

03 June 2011

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Kerja sambil lewa

Posted: 02 Jun 2011 03:39 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookGEORGETOWN: Ratusan peralatan perubatan dan makmal membabitkan produk penjagaan kritikal yang digunakan untuk rawatan jantung, paru-paru dan darah ditemui terbiar serta berselerakan di kaki lima kuarters pegawai berhampiran kantin Hospital Pulau Pinang, di sini, sejak beberapa bulan lalu. Set kelengkapan yang tidak diketahui statusnya itu bertaburan dan berselerakan di ruang [...]

Saudagar ketum kantoi

Posted: 02 Jun 2011 03:37 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookJITRA: Seorang lelaki mengaut keuntungan sekitar RM1,200 sehari hanya dengan menjual air ketum di sebuah stor di hadapan rumahnya di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, dekat sini. Lelaki berusia 30-an yang juga penagih dadah itu mengubah suai bahagian depan rumahnya dijadikan stor tempat memproses daun ketum secara besar-besaran di [...]

‘Makan kawan’

Posted: 02 Jun 2011 03:33 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookPETALING JAYA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri kad kredit kenalannya sebelum membelanjakannya dengan membeli komputer riba dan barangan keperluan dapur, dua minggu lalu. Muhamad Zuwairi Mansor, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan jurubahasa [...]

Akur keputusan mahkamah

Posted: 02 Jun 2011 03:31 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookKOTA BHARU: Saya reda dan terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka sekurang-kurangnya ada tempat untuknya dipulihkan, kata Nik Suzila Nik Mohamad Hashim, 36, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi, semalam. Reaksi terbabit diluahkan Nik Suzila sejurus Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya melepas tanpa membebaskan Muhaimi Sautar, 34, daripada pertuduhan menyembelih [...]

Tertuduh tidak waras

Posted: 02 Jun 2011 03:30 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookKOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan seorang bekas pengawal keselamatan yang berdepan tuduhan menyembelih anak lelakinya berusia tiga tahun hingga mati pada Ogos tahun lalu diletakkan di bawah jagaan Hospital Permai, Tampoi, Johor, bermula semalam. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya melepas tanpa membebaskan Muhaimi Sautar, 34, daripada pertuduhan [...]

Utusan Malaysia Online - Johor

Utusan Malaysia Online - Johor

Masjid hijau: UTM beri kepakaran


PROF. Dr. Zaini Ujang menunjukkan replika masjid hijau yang bakal dibina pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM, Mudra Tropika Sdn. Bhd. dan Dynac Sdn. Bhd. di UTM, Skudai Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 31 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi bantuan dari segi kepakaran untuk membangunkan Masjid Kolam Ayer yang berkonsepkan bangunan hijau pertama di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat hartanah, Mudra Tropika Sdn. Bhd. (Mudra Tropika) dan pemaju, Dynac Sdn. Bhd. bagi membina masjid yang bernilai RM9 juta itu.

Beliau berkata, kerjasama tersebut akan meneroka satu usaha bersepadu dalam aspek seni bina bangunan hijau, perancangan dan perumahan lestari, pengurusan tenaga yang cekap, kesan karbon dan pelbagai bidang lain.

"Pihak universiti menerusi Institut Sultan Iskandar (ISI) untuk Habitat Perbandaran dan Bangunan Tinggi, iaitu syarikat berdaftar UTM yang menawarkan khidmat penyelidikan dan perundingan akan membantu dari segi kepakaran bagi membangunkan Masjid Kolam Ayer.

"Usaha ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan membudayakan kelestarian dan teknologi hijau dalam pembangunan. Untuk kerjasama kali ini tenaga pakar dari UTM akan membantu mengenal pasti reka bentuk bangunan, persekitaran serta landskap yang mampu membentuk persekitaran selesa yang mengambil kira aspek kesejahteraan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dengan Mudra Tropika yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Rashidi Md. Noor serta Dynac Sdn. Bhd. yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Naim Nasir di sini semalam.

Masjid di Jalan Kolam Ayer-Nong Chik akan dibina menggunakan teknologi baru iaitu Building Integrated Photovoltaics yang mana sistem inovatif pada bangunan akan menghasilkan elektrik melalui tenaga solar pada panel penyerapan cahaya yang diletakkan pada bumbung bangunan.

Bangunan tiga tingkat itu mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa dan mempunyai ruang meletak kenderaan di bahagian bawah.

Tambahnya, melalui projek ini, ISI akan membantu arkitek dalam penjanaan tenaga suria, penggunaan air hujan, pengudaraan semula jadi yang optimum dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi serta kecekapan akustik.

Katanya, masjid hijau yang akan siap sepenuhnya penghujung 2013 itu dijangka menjadi contoh reka bentuk masjid yang beridentitikan Johor, moden, mesra alam serta jimat tenaga.

"Selain memberi tumpuan kepada unsur reka bentuk yang responsif kepada alam persekitaran, ISI merancang menggunakan projek ini sebagai platform untuk mempelopori satu model penilaian kualiti bangunan masjid yang berlandaskan sunah," katanya lagi.

02 June 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Mengindahkan sungai perlu kepakaran

Posted: 01 Jun 2011 03:17 AM PDT

Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my

HARI ini kalau kita memandang ke arah Sungai Kelang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur tiada apa-apa daya tarikannya. Warna air sungai yang keroh dan kotor, kadang kala berlonggok dengan sampah sarap sudah memualkan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah banyak berusaha memulihkan kualiti air sungai bukan sahaja di ibu negara tetapi juga di seluruh negara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga sejak beberapa tahun mencuba pelbagai kaedah bagi mengindahkan panorama sungai-sungai di dalam bandar raya ini. Tetapi ia belum benar-benar menarik 'nafsu' masyarakat untuk menyayangi sungai.

Tetapi jauh di sudut hati penduduk Malaysia terutama di kota kosmopolitan ini mengimpikan sebatang sungai yang bersih, tebing-tebingnya menjadi tempat bersantai dan melalukan rekreasi sambil menikmati pemandangan yang indah.

Sungai Melaka yang telah diperindahkan.
Negeri lain bagaimana?.


Jika boleh mereka mahu seperti sungai-sungai yang bersih di kota-kota besar Eropah di mana ada bot-bot pesiaran berulang alik di atas sungai. Lihat bandar raya seperti London, Paris dan Amsterdam yang sudah lama memanfaatkan sungai.

Impian ini tidak mustahil direalisasikan. Melalui usaha sama syarikat tempatan KL River Park Sdn. Bhd. dengan syarikat KL-Handong E&C (M) Sdn Bhd, impian ini boleh menjadi kenyataan.

Hal ini berdasarkan syarikat Handong Consortium yang berpangkalan di Korea Selatan terlibat menjayakan projek pemulihan Sungai Cheonggyecheon di kota Seoul.

Keunikan dan keindahan sungai ini turut menarik minat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Korea Selatan baru-baru ini.

Cheonggyecheon hanyalah sebuah sungai kecil. Namun tempat itu kini menjadi salah satu kebanggaan penduduk Seoul sebagai tempat rekreasi yang menarik. Sudah tentu warga Kuala Lumpur juga inginkan wajah sungai di ibu kota ini menjadi seperti Sungai Cheonggyecheon.

Presiden/Pengarah Korea PIANC dan juga KL-Handong E&C (M) Sdn Bhd, Youngsuk Ryan Park menjelaskan kepada Utusan Malaysia bahawa sungai-sungai yang kotor di Kuala Lumpur boleh dipulihkan semula kualitinya.

"Apabila kualiti air sungai dipulihkan, ia akan menambah pemandangan baru dan segar di tengah-tengah kepadatan bangunan konkrit Kuala Lumpur.

"Sungai ini juga boleh menjadi tempat rekreasi melepas penat kerana masyarakat dapat menikmati bunyi air yang mengalir di sungai ini, sambil menikmati bentuk landskap yang baru," jelas Ryan Park.
Setelah dibersihkan, diperindahkan.

KL-Handong mencadangkan projek pemulihan berkonsepkan kembali kepada semula jadi diterapkan yang mana di kiri dan kanan sungai dibuat laluan untuk pejalan kaki. Selain itu pula ditanami dengan bunga dan tanaman-tanaman yang menambah segar suasana.

Ini selaras dengan usaha membangunkan semula sungai di Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja untuk kebersihan, tetapi juga sebagai usaha mengindahkan sungai serta mengelak kejadian banjir.

Projek River of Life (RoL) dalam pelan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang, yang melibatkan jajaran 10.7 kilometer sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak dianggarkan bernilai sekitar RM8 bilion hingga RM10 bilion.

Menurut Pengarah Eksekutif KL-Handong E&C Kris Kim, syarikat itu tidak menghadapi masalah tenaga dan kewangan untuk membantu Malaysia melaksanakan projek pemulihan sungai di negara ini.

Ini kerana, katanya, Handong sendiri menerima sokongan padu daripada kerajaan Korea Selatan. Malah Presiden Korea Selatan sendiri menyokong kuat jika Handong berjaya mendapatkan kontrak di Malaysia. Ini kerana beliau ingin jadikan penanda aras kepada empat sungai utama di Korea untuk direalisasikan di sungai Malaysia serta mengeksport teknologi ke negara ini.

"Ini sebenarnya melibatkan kerajaan dengan kerajaan yang mana Korea Selatan sedia memperuntukan pinjaman mudah untuk pelaksanaan projek pemulihan sungai ini.
Sesuai untuk istirehat.

"Dengan kepakaran kejuruteraan, reka bentuk dan kos projek yang munasabah, ditambah bantuan sokongan konsortium daripada syarikat pembinaan gergasi Korea Selatan, Handong tidak menghadapi masalah untuk menerima tawaran daripada kerajaan Malaysia untuk projek memulihkan sungai," kata Kris Kim.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi (COO) KL River Park Sdn. Bhd., Shahrul Ekhsan Osman memberitahu, melalui usaha sama ini kita mengharapkan pemindahan teknologi dari syarikat Korea Selatan kepada syarikat tempatan.
Melaka yang kecil tetapi kreatif,
sehingga sungainya menjadi tumpuan pelancong.

"Selain mendedahkan ilmu kejuruteraan dan pemulihan alam sekitar, kita juga dapat mendidik rakyat Malaysia bagaimana hendak menghargai sungai apabila mereka akan dapat melihat di depan mata akan keindahan sungai yang dipulihkan kelak," kata Shahrul Ekhsan.

Kelebihan teknologi dari Korea Selatan ini katanya ialah pengalaman Handong membantu syarikat Korea yang lain dalam menyiapkan projek pemulihan Sungai Cheonggyecheon sepanjang 6 kilometer dalam masa setahun sahaja dengan kos AS$1 bilion. Sementara empat sungai utama lain disiapkan 26 bulan dengan kos keseluruhan AS$20 bilion.

"Cukup pantas, pembinaan dilakukan serentak tanpa menunggu pelan induk. Projek itu dapat membasmi pencemaran sungai, mengatasi masalah banjir, penduduk Seoul boleh mandi dan berenang di sungai itu," jelas Ryan Park.

Semua penduduk Kuala Lumpur pasti ingin melihat projek mengindahkan kota raya ini menjadi realiti. Mereka juga jika boleh mahu mandi, berenang dan menikmati keindahan sungai Kuala Lumpur.

Source: Utusan Malaysia Online

Ijazah berkembar UUM dan Unimap

Posted: 01 Jun 2011 03:07 AM PDT

Oleh SAHBULAH DARWI, utusankedah@utusan.com.my

SINTOK 31 Mei - Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bakal menjadi pusat pengajian tinggi awam yang pertama di negara ini menawarkan program ijazah berkembar bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat daripada kekuatan kedua-dua institusi itu.

UUM dan Unimap akan menawarkan program ijazah berkembar itu sebagai satu usaha menggabungkan kekuatan dalam bidang masing-masing untuk kepentingan negara.

Kombinasi bidang kejuruteraan dan pengurusan membolehkan kedua-dua universiti melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal tetapi pada masa yang sama turut menguasai ilmu pengurusan.

Kekuatan UUM adalah dalam bidang pengurusan manakala Unimap dalam kejuruteraan menerusi langkah mencantumkan dua program akademik untuk para graduan.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya bersetuju secara dasar untuk melaksanakan dua program ijazah berkembar di peringkat ijazah pertama dan peringkat sarjana dalam tempoh terdekat ini.

"Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh dua ijazah serentak di samping dapat belajar bersama-sama rakan yang berlainan universiti dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara UUM dan Unimap.

"Sebagai permulaan, UUM kini bercadang menawarkan program teknologi persekitaran di peringkat ijazah pertama dan Unimap menawarkan program kejuruteraan persekitaran.

"Kedua-dua subjek dalam program ini mempunyai persamaan dan kita boleh bergabung tenaga pengajar dan pelajar dalam dua program ini, seterusnya membolehkan mereka memperolehi dua ijazah serentak," katanya semasa mempengerusikan perbincangan antara UUM dan Unimap sempena Lawatan Balas Delegasi Unimap ke UUM, di EDC UUM, baru-baru ini.

Mohamed Mustafa berkata, program lain yang mempunyai persamaan ialah program pengurusan teknologi yang akan ditawarkan oleh UUM manakala Unimap pula akan menawarkan program reka bentuk produk.

"Saya berpendapat banyak bidang kerjasama yang boleh dilakukan terutama dalam bidang-bidang lain iaitu bidang pentadbiran, pembangunan pelajar dan keusahawanan, maklumat ilmiah, pembangunan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan.

"UUM dan Unimap adalah dua universiti tempatan yang boleh duduk semeja untuk berbincang di samping menyalurkan idea untuk kepentingan bersama walaupun secara dasarnya kedua-dua universiti ini bersaing tetapi mampu bergabung untuk kepentingan masing-masing," jelasnya.

Tambah beliau, kedua-dua universiti ini akan berusaha menghasilkan program yang berimpak tinggi bagi membolehkan hasilnya dikongsi secara bersama oleh kedua-dua institusi pengajian tinggi, terutama dalam bidang mempromosi universiti di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

"Dalam tempoh ini juga, kita akan menganjurkan seminar berimpak tinggi yang akan memfokuskan perbincangan dalam aspek transformasi dan inovasi dalam usaha membantu kerajaan melestarikan pengetahuan masyarakat dalam semua bidang.

Source: Utusan Malaysia Online.

Jangan hukum atlit!

Posted: 31 May 2011 11:54 PM PDT

Datuk Seri Shahidan Kassim

Oleh Hussain Said
2011/06/01

Shahidan minta MSN tidak perbesar kesalahan atlit hanya kerana gagal jalani ujian doping

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim merayu semua pihak supaya jangan menghukum enam atlit yang 'melarikan diri' daripada ujian doping Isnin lalu selagi mereka belum dibuktikan bersalah.

"Saya sangat kecewa kerana semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman ke atas atlit terbabit sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Tindakan ini tidak baik dan akan melunturkan semangat atlit yang banyak berkorban untuk negara.

"Malah, atlit lain yang tidak terbabit terjejas dengan publisiti buruk mengenai isu ini hingga ramai yang tidak hadir menjalani latihan. Adakah ini yang MSN mahu lihat?," soalnya selepas meninjau latihan atlit di Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, petang semalam. Shahidan juga mengesahkan tiga atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang dicari MSN selepas 'menghilangkan diri' sejak Isnin lalu, kini berada di Bulgaria untuk menjalani latihan.

"Mereka ke Bulgaria atas pembiayaan KOAM, bukannya MSN. Jadi, kita akan menghantar tiga lagi atlit (Yee Yi Leng, Siti Fatimah Mohamad dan Siti Zubaidah Adabi) ke sana secepat mungkin selepas keputusan ujian doping mereka diterima.

"Saya hairan mengapa MSN membuat laporan polis, sepatutnya ibu bapa mereka yang berbuat demikian. Jadi, kalau polis nak siasat, mereka boleh pergi mencari mereka (atlit) di Bulgaria," katanya.

Shahidan turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan MSN yang lebih suka mengheret media bersama apabila timbul sesuatu isu mengenai KOAM sedangkan ia boleh dibincangkan secara dalaman dan profesional.

"Saya minta Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) hentikan tindakan MSN ini. Jika MSN tidak suka Karim Ibrahim (Timbalan Presiden KOAM), mengapa mereka mahu hukum KOAM," katanya.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Bengkel biak jentik-jentik

Posted: 01 Jun 2011 03:19 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookKUALA LUMPUR: Tujuh pengusaha premis barangan lusuh dan bengkel kereta di Jalan Chan Sow Lin, di sini, dikenakan tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membiarkan takungan air sehingga menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan beroperasi tanpa lesen. Dalam operasi bersepadu itu, tiga premis dikompaun atas kesalahan membiak [...]

‘Terlupa beri susu’

Posted: 01 Jun 2011 03:15 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookSUNGAI SIPUT: Bayi perempuan sembilan bulan yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik di rumah ibu bapanya di sini kelmarin, disyaki mati kelaparan akibat terlupa diberikan susu. Lebih menyayat hati keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mendapati Nurliyana Muhammad Hafizi sudah 36 jam [...]

Bookie dedah rahsia T-Team

Posted: 01 Jun 2011 03:12 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookKUALA TERENGGANU: Ada seorang pemain memiliki RM27,000 di dalam akaunnya. Selepas didesak, dia mengaku itu imbuhan hasil mengatur perlawanan, demikian kata seorang jurulatih pasukan T-Team mengenai amalan rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain pasukan itu tahun lalu. Jurulatih yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu [...]

Angkara ‘binatang’

Posted: 01 Jun 2011 03:09 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook MAUT…mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin. KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin. Bayi berkenaan dipercayai [...]

Getaran tenaga rawat penyakit

Posted: 01 Jun 2011 07:03 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook RIAK wajah Jiang Feng, 47, dan Wang Li Xiang, 36, seperti sedang bergelut dengan emosi. Sambil membuat pergerakan ala shaolin, tapak tangan kedua-duanya dilalukan di bahagian belakang badan seorang pesakit dalam gerakan perlahan. Apabila mereka berhenti di satu bahagian pada tubuh pesakit itu, [...]

01 June 2011

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Contador juara lumba basikal Giro d’Italia

Posted: 30 May 2011 09:24 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook CONTADOR merangkul gelaran kedua pada kejohanan lumba basikal Giro d’Italia kelmarin. MILAN – Pelumba Sepanyol, Alberto Contador merangkul gelaran kedua pada kejohanan lumba basikal Giro d’Italia kelmarin. Kejayaan tersebut dilakar selepas pelumba dari Saxo Bank itu menamatkan saingan di tempat ketiga pada perlum- baan ujian masa individu sejauh 26 [...]

Wira Barca berpesta

Posted: 30 May 2011 09:24 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin. BARCELONA – Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu. Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh [...]

Kereta kabel Langkawi tawar separuh harga

Posted: 30 May 2011 09:23 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook CAJ kereta kabel di Langkawi ditawarkan separuh harga sempena musim cuti sekolah. LANGKAWI – Cable Car Langkawi menawarkan caj separuh harga untuk rakyat tempatan bagi tempoh dua jam setiap hari sepanjang cuti sekolah ini. Ketua Khidmat Pelanggan Cable Car, Wildan Sober berkata, promosi separuh harga itu ditawarkan dari [...]

Piala Itali sah milik Inter Milan

Posted: 30 May 2011 09:23 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook PARA pemain Inter Milan bersorak kegembiraan selepas berjaya memenangi gelaran Piala Itali musim ini dengan menewaskan Palermo 3-1 pada aksi final di Stadium Olimpico awal pagi semalam. ROM – Samuel Eto’o muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Inter Milan ke atas Paler- [...]

Laluan bukit runtuh berbahaya

Posted: 30 May 2011 09:21 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook ANTARA kawasan tanah runtuh yang merisaukan pengguna jalan raya di Jalan Dabong-Sungai Sam dekat Kuala Krai yang tidak dibaiki sehingga semalam. KUALA KRAI Para pengguna jalan raya Dabong-Sungai Siam di sini diselubungi kebimbangan setiap kali melalui jalan berkenaan sejak setahun lalu. Runtuhan [...]

31 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Gulai batang pisang

Posted: 30 May 2011 09:38 AM PDT


By MOHAMAD BAKRI DARUS

This Malay delicacy is usually served at wedding feasts in Kedah.

NOT many people are familiar with gulai batang pisang, but whenever the dish is served at wedding feasts, it is often the first one to run out.

This Malay curry is made from the edible pith found in the trunk of a young banana palm and is a speciality in the north.

Often cooked with beef as well, the curry can be considered a "rare dish" and is hard to find in restaurants, particularly in urban areas.
Traditional: Gulai batang pisang(banana stem curry) is a rare dish that is served at Malay wedding feasts, and is more commonly eaten in villages than in urban areas.

Gulai batang pisang, together with other Malay traditional delicacies like gulai kawah, gulai nangka, gulai ikan talang masin, gulai rebung and kerabu pucuk paku, is a staple at wedding feasts held in Kedah.

"The present generation has not been exposed to this delicacy, but when they taste it, they really like it," said Hamid Mat, 70.

He decided to serve the banana stem curry to guests at a wedding feast held for his son, Mohamad Nizam and his bride Habibah Kassim, both 28, at Kampung Paya in Kodiang recently.


The banana stems for this traditional curry are usually found in the jungle. The pokok pisang hutan normally grows in hilly areas. Unlike other banana trees, the fruit of this plant is inedible as it contains a lot of seeds.

For gulai batang pisang, only young jungle banana trees can be used, as the pith in the stems is still soft. The banana tree is felled and its stem sliced open so that the pith can be harvested.

According to Hashim Awang, 73, the jungle banana tree does not need to be cultivated.

"We don't plant them, they grow by themselves. We simply go to the location where they grow in abundance and take as much (banana stem pith) as we want," he said.


When the kampung folk need to go to the jungle to harvest the palms, it is usually done gotong-royong style. Despite obstacles like crossing rivers and climbing hills, the trips are worthwhile as the villagers also find plants and herbs like rebung, pucuk paku and pokok tepus which can be eaten as ulam (traditional Malay salads).

"First, the beef is boiled until half-cooked and then the banana stem pith is added with other ingredients into the boiling pot. If this is done too early, the pith will be overcooked and will become too soft, and the curry will be mushy," said Samsudin Ismail, who supervised the team that cooked the food for the wedding feast held by Hamid. – Bernama

Source: The Star Malaysia Online.

Blog Pilihan