Johor Search

Custom Search

Followers

04 June 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


P Ramlee - Bintang yang tiada ganti

Posted: 03 Jun 2011 10:06 AM PDT

Oleh Hafizahril Hamid

TARIKH 29 Mei hari ini merupakan genap 38 tahun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun hakikatnya bak kata pepatah beliau pergi meninggalkan nama.

P. Ramlee pastinya akan dikenang dan dicatat dalam sejarah sebagai orang Melayu paling berbakat dalam bidang seni bukan sahaja pada zamannya namun tetap kekal di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Manakan tidak kanak-kanak kecil sekarang yang jauh berbeza zamannya berbanding P. Ramlee tetap mengingati nama hebat ini melalui filem-filemnya yang tetap segar ditonton walaupun telah dimainkan berulang kali.

Dirasakan seolah-olah P. Ramlee itu seakan-akan masih hidup di kalangan kita memandangkan suara dan filem-filem lakonannya masih terus bersemarak dan berbudaya di dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bukan sahaja berbakat dalam semua bidang seni dari lakonan ke nyanyian hinggalah pengarahan dan menggubah lagu malah dikenali sebagai insan pemurah yang tidak kenal erti kedekut setiap kali ada insan lain dalam kesusahan.

Azizah

Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, anak kepada seorang ahli pelayaran ini memang begitu mencintai bidang seni sejak dari kecil. Menurut cerita, P. Ramlee kurang berminat dalam pelajaran tetapi lebih aktif dalam bidang seni suara sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Memandangkan minat yang mendalam P. Ramlee telah menyertai pasukan pancaragam Terona Sekampong, Mutiara dan Rindu Malam di luar sekolah namun terhenti akibat meletus Perang Dunia Kedua.

P. Ramlee mula dikesan bakatnya bermula melalui lagu Azizah yang dimainkan pada satu acara pesta di Bukit Mertajam oleh seorang pengarah filem terkenal dari Singapura, B. S Rajhans.

Maka bermulalah karier beliau sebagai penyanyi latar dan pemain biola dalam filem pertamanya bertajuk Cinta keluaran Malay Filem Production (MFP). Selain itu beliau juga bertanggungjawab menyusun lagu-lagu latar selain melakonkan watak pembantu utama dalam filem berkenaan.

Suara emas P. Ramlee telah digunakan sepenuhnya oleh Rajhans untuk mendendangkan lagu-lagu yang dibawa oleh hero yang dikagumi ketika itu seperti S. Roomai Noor, M. Amin dan Osman Gumanti.

Terpilih

Mungkin kerana keadaan fizikalnya yang kurus, bermuka cengkung serta pipinya yang tidak licin, bakatnya tidak dinilai sepenuhnya pada peringkat awal.

Setelah membuktikan beliau boleh melakukan apa saja yang diminta dalam bidang seni, P. Ramlee akhirnya terpilih menjadi tonggak utama dalam filem Takdir Ilahi bersama aktres Neng Yatimah arahan L. Krishnan.

Kemampuannya sebagai anak seni semakin terserlah apabila filem pertama arahannya Penarik Beca keluaran tahun 1955 mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu.

Walaupun telah menempa nama sebagai anak seni, namun keadaan ketika itu sangat berlainan berbanding kemewahan yang melimpah ruah sekarang.

Banglo usang

Beliau bersama pelakon-pelakon lain seperti A.R Tompel, Kasma Booty, D. Harris dan lain-lain tinggal bersama keluarga masing-masing di sebuah banglo usang di Jalan Ampas.

Keadaan ketika itu dimana mereka tinggal dan bekerja di bawah satu bumbung boleh dikatakan makan, tidur malah bernafas hanya untuk seni. Pastinya keadaan sebegini tidak menjadi masalah bagi P. Ramlee yang sudah biasa berbual, berbincang malah bertengkar kerana filem.

Suasana sebeginilah yang mematangkan pemikiran seni beliau apatah lagi dengan hubungan baiknya dengan pengarah filem dan penggubah lagu.


Selain itu P. Ramlee sangat dikenali sebagai seorang yang cepat mesra dan suka bersembang dengan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini sekaligus membolehkan beliau memahami denyut nadi masyarakat serta ragam dan telatah hidup manusia yang kemudian diserap dalam filem-filemnya.

Maka hasilnya segala gelagat dan tingkah laku manusia serta pelbagai asam garam kehidupan manusia menjadi antara bahan utama beliau dalam berkarya selain sebagai satu usahanya dalam memperbetulkan masyarakatnya.

Ini menjadikan karya P. Ramlee sangat dekat di hati masyarakat sehingga melahirkan ciptaan yang sehingga kini tidak lapuk dek zaman.

Kelemahan

P. Ramlee sepanjang hidupnya dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan dunia materialisme. Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan asal usul dirinya.

Menurut seorang rakan baik beliau yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, P. Ramlee tidak langsung memikirkan tentang soal masa depannya.

Beliau begitu mudah terperangkap dengan pujuk rayu serta mudah kasihan dengan orang yang bercerita tentang kesusahannya. Satu sifat P. Ramlee yang paling menyerlah adalah terlalu baik hati sehingga mengakibatkan beliau selalu ditipu.

Sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya bertujuan meminta sedekah dan bantuan pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

P. Ramlee sememangnya sangat suka bersedekah dan menolong orang lain terutama golongan anak yatim yang mana semua ini dikeluarkan hasil dari duit poketnya sendiri.

Ditipu


Malangnya terdapat manusia yang sering mengambil kesempatan dengan menipu beliau malah ada yang sanggup menipu dengan meminta bantuan untuk mendirikan masjid. Setelah begitu banyak duitnya keluar namun sampai ke sudah bayang masjid pun tak ada.

Ujar Abdullah lagi, sifat terlalu bermurah hati ini serta percaya kepada semua orang bahawa mereka juga bersifat jujur sepertinya menjadi antara punca kejatuhan beliau sebelum pengakhir riwayatnya.

"Mereka datang dengan niat mahu mengikis duit P. Ramlee dengan cara meminta derma dan bantuan tetapi sebenarnya mereka berbohong kerana semua itu tidak benar.

"Ada antara mereka yang berkata ditimpa malapetaka , terkandas dan sebagainya tetapi itu tidak benar kerana mereka tahu P. Ramlee adalah seorang yang baik hati dan tidak bakhil seperti orang lain di Jalan Ampas," katanya.

Selain itu ketika hayatnya, beliau sering saja ditipu oleh pihak-pihak promoter yang enggan membuat bayaran setelah beliau dan rakan-rakan selesai membuat pertunjukan.

"Bila selesai show ada pihak penganjur yang menghilangkan diri tidak mahu membayar maka terpaksalah P. Ramlee mengeluarkan wangnya sendiri sebagai ganti-rugi kepada rakan-rakan yang bersama membuat pertunjukan.

"Malah ada pihak yang menggunakan nama anak yatim untuk mencari derma atas nama pertunjukan amal. Sedangkan duit itu akhirnya masuk ke dalam poketnya sendiri," kata Abdullah.

Dendam

Hakikat P. Ramlee menjadi bintang filem terkenal membuatkan ramai mereka yang terlibat dalam bidang seni menjadi iri hati dan menyimpan dendam serta mempunyai ramai musuh.

Malangnya ramai di antara mereka terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Malah setelah ketiadaan P. Ramlee pun ramai di kalangan musuhnya mempertikai keperibadiannya serta mencemuh beliau sebagai seniman yang tidak apa boleh dibanggakan.

Dikatakan pernah wujud satu keadaan dimana terdapat pakatan mahu merosakkan wajah P. Ramlee untuk melenyapkan popularitinya.

Namun Tuhan masih bersama beliau kerana gerakan tersebut terbongkar dan seorang penyanyi yang dihormati ketika itu dikenali sebagai Jasni memberi amaran kepada golongan yang berlagak samseng ini supaya tidak diapa-apakan P. Ramlee.

Selain itu terdapat usaha untuk menyingkirkan P. Ramlee dari Studio Jalan Ampas melalui penyingkiran jawatannya sebagai Presiden Persatuan Artis Malaysia (PERSAMA). Gerakan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Filem ketika itu turut sama mengheret P. Ramlee dalam masalah mengenai tuntutan gaji yang kecil.

Ini menyebabkan P. Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur mengakibatkan suasana di Studio Jalan Ampas semakin muram yang akhirnya ditutup.

Mereka ini akhirnya sedar bahawa kerana manusia bernama P. Ramlee inilah yang telah membawa sinar kejayaan kepada semua mereka.

Bersandarkan hasil karya dan bakat besar P. Ramlee maka adalah tidak salah untuk diberi gelaran Seniman Agung kepadanya. Bagaimanapun semua kejayaan itu tidak akan sempurna tanpa sokongan rakan sekerja termasuk mereka di belakang tabir.

Semestinya peminat tegar beliau dari segenap usia di serata dunia turut sama memainkan peranan agar karya-karyanya terus dihayati ramai dan selayaknya P. Ramlee diangkat sebagai sebutir bintang yang tiada galang gantinya.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Selepas negara Israel mahu pula Greater Israel?

Posted: 03 Jun 2011 09:50 AM PDT

Mazlan Nordin

PERTANYAAN: Apakah Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu mahu mewujudkan Eretz Yisrael (Greater Israel)?

Ini adalah kerana beliau menolak sama sekali saranan Presiden Barack Obama supaya sempadan Israel dan Palestin pada tahun 1967 menjadi asas rundingan antara mereka, termasuk penubuhan Negara Palestin.

Seperti diketahui Tebing Barat dan Gaza telah ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari, 1967. Dua kali berikutan itu warga Palestin melancarkan Intifada, kali pertama pada tahun 1987 dan kali kedua pada tahun 2000 tetapi gagal.

Nasib malang warga Palestin kemudian diceritakan oleh seorang wartawan Amerika, Richard Ben Cremer dalam laporannya berjudul How Israel Lost: Antara lain ialah cara bertindak pasukan-pasukan keselamatan bila berlaku hal, iaitu mereka "menghukum secara kolektif".

Antara contoh ialah manakala seorang budak lelaki Palestin menyeludup masuk perkampungan warga Israel untuk melakukan serangan. Yang dibinasakan kemudiannya oleh pasukan keselamatan Israel sebagai tindak balas ialah rumah-rumah yang dikongsi oleh keluarga-keluarga ayah, nenek lelaki, bapa saudara atau kakak-kakak yang telah berkahwin.

Kenapa warga Palestin tidak mempunyai negara sendiri? Demikian antara pertanyaan Cremer. Lalu beliau mencatat betapa Gaza, umpamanya, dikepung seluruh pantainya dan garisan sempadan di darat.

Di Tebing Barat pula tembok setinggi 20 kaki dibina untuk "mencegah tindakan keganasan" Kesemuanya dibina atas tanah milik warga Palestin.

Juga dilaporkan pertemuan dengan beberapa guru sekolah Palestin yang mengadu mengenai sesetengah murid tidak hadir kerana kekurangan makanan. Bagi mereka tiada sarapan pagi.

Mencerminkan keadaan sebenar ialah pelbagai cerita oleh penduduk, termasuk kisah seorang wanita yang hampir melahirkan anak. Ia tidak dapat pergi ke hospital kerana dikepung oleh askar-askar Israel.Cerita bersambung: "Akhirnya orang kampung membawanya ke hospital tentera Israel. Ia kemudian melahirkan dua anak kembar lelaki.

Kepala anak pertama muncul dari tubuh ibunya. Maka ia pun memandang keadaan sekelilingnya, lalu melihat askar-askar di sana sini. Ia kemudian berteriak ke arah kembarnya: "Ahmad, kita dikepung ini! Ambil batu-batu untuk kita lemparkan", tamat cerita.

Mengenai warga Israel pula disebut mengenai orang-orang Yahudi yang berhijrah dari negara-negara Islam dan Arab pada tahun 1950-an dan 1960-an. Mereka dipanggil Sephardium kerana tradisi pelajaran dan keagamaan mereka dari negara Sepanyol. Seperti dicatat dalam buku-buku sejarah, pemerintah Islam wujud di selatan Sepanyol selama kira-kira 700 tahun waktu silam.

Menurut Cremer lagi, rakyat Israel bercadang untuk menguasai terus wilayah Tebing Barat dengan mendirikan perkampungan-perkampungan baru Sebagai ganti kepada Palestin padang-padang pasir di kawasan Israel diberi kepada Palestin.

Juga telah dilaporkan pembinaan perkampungan-perkampungan baru Israel di Baitulmaqdis sedangkan pihak Palestin juga mahu ia menjadi ibu negara mereka.

Parti politik pertama Palestin ialah Fatah yang ditubuhkan oleh Yassir Arafat pada tahun 1959 untuk perjuangan kemerdekaan, tetapi Arafat telah meninggal dunia.

Hamas pula lahir pada tahun 1987 dan menjadi parti politik yang popular setelah menang dalam pilihan raya. Perselisihan berlaku antara kedua-dua parti selama beberapa tahun. Hanya baru-baru ini tercapai kata sepakat. Lantas Netanyahu memberi ingatan: "Kalau mahu kedamaian ketepikan Hamas". Astaga, warga Palestin berucap dan juga warga Islam lain.

Bagi Israel, perang pada tahun 1948 dengan enam Negara Arab melahirkan kemerdekaannya. Perang Enam Hari pada 1967 pula membolehkan Israel menguasai Tebing Barat dan Gaza, Semenanjung Sinai (dikembalikan kepada Mesir kemudiannya) dan Golan Heights dari Syria (masih dikuasai Israel).

Catatan: Netanyahu beberapa hari lalu berucap dalam sidang khas Kongres Amerika di Washington. Pemimpin Arab bila kok?

Source: Mingguan Malaysia Online.

Bagas Godang di Papan, Perak

Posted: 03 Jun 2011 08:02 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Bagas Godang dalam bahasa Mandailing membawa maksud rumah raja. Bagas Godang di Papan ini dibina oleh Raja Bilah dalam tahun 1896, semasa beliau menjadi penghulu di Papan.

Menurut Kak Saadiah (cicit Raja Bilah), seperti yang diceriterakan oleh almarhum ibunya, dewan besar di lantai bawah Bagas Godang menjadi tempat untuk mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara keramaian yang berlangsung di Papan.




Rumah Asal ini dikatakan telah dibina sekitar tahun 1883, merupakan rumah keluarga Raja Bilah dan masih didiami oleh cicit kepada Raja Bilah. Rumah Asal ini berhadapan pula dengan Masjid Papan.

Masjid Papan (dilihat dari sisi Selatan) sememangnya diperbuat dari papan dan kayu terbaik dari sekitar Papan. Menurut penulis terkenal, Abdur-Razzaq Lubis, masjid ini telah dibina dalam tahun 1888 dan kelihatannya masih utuh bangunannya.

Masjid - anjung Imam (Mihrab).

Pintu depan masjid.

Salah sebuah rumah yang masih baik di dalam kompleks Bagas Godang, Papan.

Lantai bawah Bagas Godang.

Tembok Bagas Godang menyerupai tembok castle bangunan Inggeris.


Tembok atau castle di sisi Selatan Bagas Godang.


Pintu masuk sisi Selatan ke Bagas Godang.


Tapak bekas pejabat penghulu Papan.

Cicit Raja Bilah, Kak Saadiah melayani kedatangan penulis dan isteri di Bagas Godang, Papan.


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan