Johor Search

Custom Search

Followers

16 October 2011

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — Kutipan zakat Johor meningkat RM50 juta

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim: Pelaburan — Kutipan zakat Johor meningkat RM50 juta:

Kutipan zakat Johor meningkat RM50 juta

JOHOR BAHRU 2 Julai - Pungutan zakat di negeri ini telah meningkat hampir RM50 juta dalam tempoh 10 tahun sehingga tahun lalu, demikian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Zainal Abidin Osman berkata, jumlah pungutan zakat yang berjaya dikutip tahun lalu berjumlah RM73.3 juta, meningkat sebanyak RMRM49.9 juta pada 1998.

Menurutnya, peningkatan pungutan zakat pada setiap tahun disumbang oleh pertambahan jumlah pembayar zakat baru serta peningkatan dan kestabilan ekonomi dalam negara serta tahap kesedaran dan keimanan umat Islam untuk menunaikan kewajiban itu.

“Pada tahun lalu, kutipan zakat fitrah ialah RM8.78 juta manakala zakat harta RM64.53 juta dan menjadikan jumlah kutipan sebanyak RM73.3 juta.

“Agihan yang dilaksanakan juga telah membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan dan perkembangan Islam di negeri ini,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Abdul Halim Suleiman.

Berdasarkan statistik, pada tahun 2003, jumlah zakat yang dapat dipungut adalah sebanyak RM33.95 juta manakala tahun 2004 ia meningkat kepada RM38.05 juta dan pada tahun 2005 sebanyak RM49.35 juta.

Sementara itu, pada tahun 2006, sebanyak RM54.73 juta telah berjaya dikutip oleh pihak pengurusan zakat di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Mengenai pekerja MAINJ yang rata-ratanya terdiri daripada pekerja kontrak, Zainal Abidin menjelaskan bahawa MAINJ sedang dalam proses menyusun semula struktur organisasi dan perjawatan kakitangannya.

“Penstrukturan perjawatan ini telah dirujuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor untuk diketengahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tindakan selanjutnya,” katanya.


'via Blog this'

JohorToday

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan