IdrisTalu |
- Jerebu di Semenanjung dijangka bertambah buruk
- Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah
- Bunga Betik
Jerebu di Semenanjung dijangka bertambah buruk Posted: 11 Sep 2011 08:33 AM PDT Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad 2011/09/11 KUALA LUMPUR: Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk untuk beberapa hari akan datang berikutan kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera dengan peningkatan jumlah titik panas daripada cuma 401 beberapa hari lalu kepada 692 setakat petang semalam. Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi. Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. Ketua Subkluster Majlis Profesor Negara (MPN) bagi Kesihatan Alam Sekitar, Prof Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, berkata jerebu berterusan bakal mengundang implikasi kesihatan seperti kesukaran bernafas, pedih mata dan sakit tekak. Kandungan partikel jerebu terdiri daripada nikel, metal serta plumbum dalam skala kecil iaitu di bawah 2.5 mikrometer berupaya menyusup masuk ke paru-paru, mengakibatkan sakit dada ketika bernafas kerana proses penukaran gas oksigen kepada gas karbon dioksida di bahagian berkenaan, katanya. Sementara itu, BERNAMA memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Malaysia menyatakan kebimbangan kepada Indonesia melalui surat kepada rakan sejawatnya dari republik itu, Prof Dr Gusti Muhammad Hatta selepas satelit mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi di Sumatera tahun ini. Dalam perkembangan berkaitan, setakat jam 5 petang semalam, 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, semalam manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikeluarkan JAS dengan tiada laporan IPU berbahaya direkodkan. Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai (78); Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) serta Petaling Jaya, Banting dan Cheras masing-masing 70. Source: Berita Harian Malaysia Online. |
Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah Posted: 10 Sep 2011 11:36 PM PDT KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 10,000 pengunjung termasuk pelancong asing menghadiri Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia Ketiga yang berlangsung di pekarangan Pasar Seni, di sini malam ini. Pesta bertemakan 'Tanglung Batik' itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Terdahulu, dalam ucapannya, Yen Yen berkata, pesta sempena perayaan kuih bulan itu merupakan salah satu program yang dirancang dalam usaha mempromosikan budaya negara ini di peringkat antarabangsa. "Kehadiran ramai pengunjung dan pelancong asing pada malam ini membuktikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia adalah satu kekuatan kepada kita. "Kepelbagaian ini akan terus diketengahkan sebagai satu produk pelancongan yang menguntungkan kepada negara," katanya. Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena pesta kali ini antaranya perarakan tanglung sejauh 2.5 kilometer di sekitar Pasar Seni, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Petaling. Selain itu, 5,000 pengunjung terawal juga dihadiahkan tanglung rekaan khas berbentuk arnab setiap seorang. Pesta ini turut diserikan dengan tarian singa dan naga, pertunjukan bunga api serta persembahan nyanyian. Source: Mingguan Malaysia Online. |
Posted: 10 Sep 2011 10:59 PM PDT By Idris Ismail Talu. Pokok betik jantan biasanya galak berbunga. Betik jantan yang berbuah disebut betik rambai. Orang Melayu suka merebus bunga betik, samada dicicah terus dengan sambal belacan atau sambal tempoyak atau dibuat kerabu atau anyang dalam bahasa Minang. Kerabu bunga betik atau juga disebut anyang situkau, memang cukup sesuai dimakan bersama nasi putih yang masih panas. |
You are subscribed to email updates from IdrisTalu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..