Johor Search

Custom Search

Followers

08 April 2011

Kematian disiasat rapi, dan Kastam tetap ‘dibersihkan’-PM Oleh: HELME HANAFI DAN HIEKAL ROSLI

Siasatan kematian Ahmad Sarbani Mohamed secara rapi, telus dan professional dan dalam masa yang sama operasi membersihkan Jabatan Kastam dari penyelewengan perlu diteruskan. Itu dua arahan tegas Datuk Seri Najib Abdul Razak di Kuching Khamis.


Siasatan kematian Ahmad Sarbani kata Perdana Menteri perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor itu.


Dalam masa yang sama Najib menegaskan tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.


"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.


"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.


Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.


"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.


Mengulas mengenai kematian Sarbani, kata Najib, beliau diberitahu, Sarbani datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar kenyataan yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini.


"Dia mohon nak tukar statement."


"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri.

Najib berkata beliau berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.


Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.


Najib berkata kes itu berbeza dengan kes Teoh kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.-7/4/2011

BERITA SEBELUM INI...


Penolong Pengarah Kastam Selangor mati jatuh bangunan SPRM

Mengejutkan...Seorang pegawai kastam yang sedang disiasat kerana kes elak cukai berbilion ringgit ditemui mati jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Chocrane,
Kuala Lumpur pagi Rabu.


Mayatnya ditemui di tingkat bawah bangunan itu jam 10.15 pagi.SPRM mengesahkan pegawai berkenaan ialah Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd,56.


Menurut Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, si mati antara pegawai kastam yang ditahan pada 1 April lalu, bagaimanapun beliau telah dilepaskan dengan jaminan pada Sabtu 2 April lalu.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan