Johor Search

Custom Search

Followers

24 March 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Roket angkasa Virgin diuji

Posted: 23 Mar 2010 04:11 PM PDT


GAMBAR menunjukkan pesawat SpaceShip 2 melakukan penerbangan ujian di Mojave, California kelmarin.


LOS ANGELES – Pesawat pelancongan angkasa lepas milik syarikat Virgin Galactic, Spaceship 2 buat pertama kalinya merentasi padang pasir di California kelmarin dalam satu penerbangan percubaan.

Sepanjang penerbangan percubaan selama dua jam 54 minit itu, pesawat tersebut terbang bersama induknya, WhiteKnightTwo dengan mencecah ketinggian 14,000 meter sebelum kembali ke ruang udara Mojave dan terminal angkasa lepas yang terletak 112 kilometer ke utara Los Angeles.

Kapal angkasa tersebut dikendalikan oleh dua orang krew dan akan membawa enam penumpang ke angkasa lepas bagi merasai pengalaman graviti sifar dan melihat permandangan Bumi sebelum mendarat.

Lebih 300 orang telah membuat tempahan dan membayar deposit untuk satu tiket penerbangan berharga US$200,000 (RM664,0000).

Penerbangan sulung ke angkasa lepas dijangka dilakukan pada tahun depan.

Syarikat Virgin Glactic itu milik bilionair terkenal dari Britain, Sir Richard Branson yang turut menaja pasukan lumba kereta Formula Satu, Virgin Formula One. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Lelaki paling bijak dunia tolak hadiah AS$1 juta

Posted: 23 Mar 2010 04:10 PM PDT


ST PETERSBURG – Walaupun memenangi hadiah wang sebanyak AS$1 juta (RM3.3 juta) kerana menyelesaikan masalah matematik paling sukar sejak 100 tahun lalu, hadiah itu ditolak bulat-bulat oleh pakar matematik Rusia, Dr Grigory Perelman (gambar).

Bukan sahaja hadiah, lelaki berkenaan turut menolak gelaran manusia paling bijak di dunia yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi,” kata Perelman berhubung tawaran oleh Institut Matematik Clay di Cambridge, Negeri Massachusetts iaitu sebuah institut berprestij dari Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Dia yang berusia 44 tahun, diberikan hadiah itu kerana berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincar conjecture.

Empat tahun lalu, setelah dia menghantar jawapan bagi masalah matematik itu di Internet, Perelman tidak hadir untuk menerima anugerah penghargaan daripada Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU) di Madrid.

Pakar matematik itu yang tidak lagi bekerja dengan institut Steklov kini tinggal berseorangan di sebuah flat kecil di sini yang kotor dan dipenuhi lipas.

“Saya tidak berminat dengan wang atau pun nama,” kata lelaki itu.

Seorang jirannya, Vera Petrovna berkata, dia terkejut melihat keadaan daif di flat Perelman.

“Lelaki itu cuma memiliki sebuah meja, kerusi dan katil dengan cadar kotor,”.

“Kami cuba menghapuskan lipas di blok kami tetapi semua serangga itu bersembunyi di flatnya,” kata wanita tersebut.

Perelman mula menghantar jawapan untuk masalah matematik itu semasa bekerja sebagai penyelidik di Institut Matematik Steklov, di sini pada 2003. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Tali tersangkut pada pundi kencing

Posted: 23 Mar 2010 04:09 PM PDT


GAMBAR menunjukkan beberapa jururawat membantu Chenglin melakukan persediaan untuk dibedah di sebuah hospital di Chongqing, China baru-baru ini.


CHONGQING – Seorang lelaki di China terpaksa dibedah setelah tali skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia tersangkut selepas buruh berusia 58 tahun dari sini, Zhao Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu permainan seks.

Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya.

Namun, malangnya, tali itu tersangkut semasa dia cuba menariknya keluar.

Pemeriksaan di sebuah hospital kemudian mendapati tali itu bergumpal dan tersangkut pada pundi kencing lelaki tersebut.

Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan, Chenglin terpaksa hidup dalam kesakitan selama dua bulan sehingga rakannya berjaya memujuk seorang pakar di sebuah hospital untuk membantunya.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada hari sama sebelum tali itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar bedah, baru-baru ini. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Tembak diri di depan pengantin

Posted: 23 Mar 2010 04:07 PM PDT


LELAKI yang memetik picu pistol di kepala rebah selepas terkena peluru getah.

ASTRAKHAN, Rusia – Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas dia melepaskan tembakan di kepalanya dalam satu permainan pada majlis perkahwinan di depan pengantin di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, pistol itu cuma mengandungi peluru getah yang mengenai tengkoraknya, menyebabkan dia cedera parah dan dirawat di sebuah hospital, baru-baru ini.

Insiden itu berlaku apabila seorang rakan pengantin lelaki mengajak tetamu lain bermain permainan memetik picu pistol Russian Roulette di kepala bagi memeriahkan acara berkenaan.

Lelaki itu yang menyangka pistolnya tidak berpeluru, menyerahkan senjata kepada si mangsa setelah gilirannya selesai.

Mangsa kemudian mengacu pistol itu ke kepalanya dan memetik picu sebelum dia rebah ke lantai akibat terkena tembakan.

Namun, polis kemudiannya menangkap lelaki yang menganjurkan permainan memetik picu pistol itu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Bapa dakwa bercakap dengan roh Irwin

Posted: 23 Mar 2010 04:05 PM PDT


STEVE IRWIN

BRISBANE – Bob Irwin, bapa pemburu buaya dari Australia, mendiang Steve Irwin yang meninggal dunia hampir empat tahun lalu mendakwa bercakap dengan roh anaknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Bob, perbualan dengan anaknya itu berlangsung hasil bantuan seorang pakar psikik ternama, Deb Webber.

Dia memberitahu sebuah majalah Australia, Webber yang menjadi perantara dengan roh itu memberitahunya bahawa Steve bertanya, apakah yang dilakukan oleh Bob terhadap sepasang stoking lama dan topinya yang direnyuk.

“Dia (Steve) menyatakan semuanya baik dan meminta saya tidak bersedih tetapi terus berjuang menjaga nasib haiwan,” kata Bob yang juga pengasas Zoo Australia bersama Steve dan kini mengurus sebuah pusat penjagaan haiwan.

Pakar psikik itu berkata, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat dua beranak itu menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.

Steve meninggal dunia semasa berusia 44 tahun selepas jantungnya tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Tentera India guna senjata cili

Posted: 23 Mar 2010 04:02 PM PDT


SEORANG petani menunjukkan cili bhut jolokia di India.


GAUHATI, India – Tentera India kini memiliki senjata baru bagi menentang pengganas iaitu cili paling pedas di dunia.

Beberapa pegawai pertahanan semalam berkata, pihak tentera akan menggunakan cili yang dinamakan bhut jolokia atau cili hantu itu untuk menghasilkan gas pemedih mata dalam bentuk bom tangan bagi menumpaskan suspek.

“Grenad bhut jolokia akan menjadi senjata tanpa toksik yang berkesan kerana bau pedasnya membuatkan pengganas tercekik sekali gus memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian,” kata Pengarah Jabatan Sains Hayat Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO), R. B. Srivastava.

Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia yang dimakan untuk merawat masalah perut dan cuaca panas.

Ia yang ditanam di timur laut India jauh lebih pedas berbanding sos Tabasco atau lada jalapeno. – AP

kredit : kosmo.com.my

Rupa bumi Marikh

Posted: 23 Mar 2010 04:00 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan imej rupa bumi planet Marikh.


WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.

Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.

Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.

Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Nur Suryani cipta sejarah di Sydney

Posted: 23 Mar 2010 03:59 PM PDT

PENEMBAK negara, Nur Suryani Mohd. Taibi (gambar) mencatat sejarah apabila meraih pingat perak dalam acara 10 meter Air Rifle wanita pada Kejohanan Menembak Piala Dunia yang berlangsung di Sydney, Australia semalam.

Kemenangan itu menjadikan Nur Suryani, 27, sebagai penembak pertama negara yang berjaya memperoleh pingat pada Piala Dunia.

Dia berjaya mengumpul 103.8 mata pada pusingan akhir untuk jumlah keseluruhan 499.8 mata.

Pingat emas menjadi milik Katerina Emmons dari Republik Czech yang berjaya memperoleh 104.1 mata pada hari terakhir dengan kutipan keseluruhan 503.1 mata manakala gangsa dimenangi oleh penembak Amerika Syarikat, Jamie Beyerle.

Nur Suryani, penembak kelahi- ran Perak yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), gagal memenangi sebarang pingat emas pada Sukan SEA di Laos tahun lepas.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Mejar Jasni Shaari menyifatkannya sebagai suatu kejayaan besar bagi sukan menembak negara.

“Diharap kejayaan hari ini (semalam) adalah satu petanda positif bagi membuktikan bahawa penembak kita mempunyai kemampuan pada peringkat antara- bangsa dan saya harap kejayaan ini akan berterusan,” katanya semalam.

Jasni berkata, Nur Suryani bersama sembilan lagi penembak dijadualkan pulang ke tanah air pada Ahad ini.

kredit : kosmo.com.my

Badminton: Malaysia ke final

Posted: 23 Mar 2010 03:57 PM PDT


SONIA gagal menyumbang mata untuk skuad negara ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia di Bukit Kiara semalam.


SKUAD negara mara ke perlawanan akhir acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Malaysia yang turun selaku juara bertahan, menewaskan Thailand 3-1 untuk bertemu China pada perlawanan akhir hari ini.

Pada aksi semalam, beregu campuran, Ow Yao Han-Lai Pei Jing menghadiahkan mata pertama negara apabila menewaskan gandingan Apisuk Inkarat-Taerattanachai Sapsiree 19-21, 21-15, 21-17.

Semi finalis acara individu tahun lepas, Zulkiffli Zulfadli pula terpaksa bekerja keras selama satu jam untuk menewaskan Poodchalat Pisit 21-10, 17-21, 21-19 untuk mata kedua negara.

Begitupun, Thailand merapatkan kedudukan apabila meraih mata tunggal melalui pemain wanita perseorangan, Intanon Ratchanok yang menundukkan Sonia Cheah 21-17, 21-17.

Namun, tiket ke perlawanan akhir sah menjadi milik Malaysia apabila beregu lelaki, Ow Yao Han- Yew Hong Kheng menewaskan Ampunsuwan Wannawat-Istiyanet Tinn 21-9, 20-22, 21-18.

China pula mara selepas menundukkan Indonesia 3-2 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.

Malaysia telah melakar kejutan menewaskan China untuk muncul juara tahun lepas.

kredit : kosmo.com.my

Kilang Sindora hasilkan 80 tan metrik baja seha

Posted: 23 Mar 2010 03:55 PM PDT


ROZAN (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Md. Nasaruddin sambil disaksikan oleh Muhammad Ali di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kilang baja bioteknologi milik anak Syarikat Johor Corporation, Sindora Berhad (Sindora) bernilai RM36 juta di Bandar Tenggara, Kota Tinggi dijangka beroperasi pertengahan tahun depan.

Kilang yang dibina di kawasan seluas empat hektar itu berkeupayaan mengeluarkan baja sebanyak 80 hingga 120 tan metrik baja sehari.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, melalui pengeluaran baja dari kilang tersebut, syarikat dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan membeli baja sebanyak RM30 juta berbanding sebelum ini.

kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan