Johor Search

Custom Search

Followers

15 June 2009

PNB Dipelawa Tinjau Pelaburan di Iskandar Malaysia

PNB Dipelawa Tinjau Pelaburan di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU, 27 April: Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dipelawa meninjau peluang pelaburan yang terdapat di Iskandar Malaysia bagi menyerlahkan potensi dan daya saing negeri ini sebagai lokasi pelaburan utama rantau ini.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman berkata, Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan syarikat itu untuk memulakan pelaburan dalam koridor pembangunan berkenaan.

"Saya yakin, PNB mempunyai kemampuan kewangan yang teguh dan pelbagai sumber untuk tujuan itu.

"Sekarang adalah waktu terbaik untuk merebut peluang ini dan bersama-sama terlibat dalam kerancakan pembangunan Iskandar Malaysia," katanya pada majlis penutupan Minggu Saham Amanah Berhad 2009 di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan penutupan kempen 10 hari itu yang objektif utamanya menggalakkan orang ramai melabur dalam saham amanah.

Abdul Ghani berkata, Iskandar Malaysia menawarkan peluang pelaburan yang amat berpotensi dengan pulangan yang besar.

"Kami akan sedaya upaya memastikan segala kemudahan serta pelan pembangunan yang disediakan dapat menarik minat syarikat tempatan dan luar negara," katanya.

Beliau juga berkata syarikat seperti MMC Berhad sebagai pengendali Pelabuhan Tanjung Pelepas dan SP Setia Berhad yang berjaya membangunkan bandar baru dan menjual beratus-ratus unit hartanah boleh berkongsi resepi kejayaan mereka bersama bakal pelabur.

Sumber: laman web Rasmi Pejabat Menteri Besar Johor

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan