Johor Search

Custom Search

Followers

Showing posts with label planlulus. Show all posts
Showing posts with label planlulus. Show all posts

21 March 2017

Sultan Johor 'hadiahkan' rumah banglo, rumah berkembar kepada rakyat Johor; pendahuluan serendah RM1

21/3/2017 7:19

AA+

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan 'hadiah istimewa' berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri Johor sempena Hari Keputeraan beliau yang disambut Khamis ini.

Beliau berkata skim tersebut yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan kerana beliau meminta agar rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya pada Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek tersebut.

"Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses
pemilihan adalah amat ketat dan teliti.

"Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 (S$0.30) sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," kata Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor pada Selasa.

Kata Sultan Johor lagi, ia sudah menjadi hasrat beliau untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah masyarakat yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

Beliau juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 (S$31,560) seunit.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan projek itu mampu membuat 'kejutan' dalam industri perumahan tempatan, sekaligus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.

"Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," kata beliau. 

13 September 2010

LEGOLAND ISKANDAR MALAYSIA

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pembangunan Legoland di Iskandar Malaysia bakal mengubah negeri Johor sebagai sebuah destinasi taman tema sehebat di Orlando, Florida.



Pengarah IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resorts), Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab berkata, ia kerana Legoland Malaysia bakal menawarkan pakej pelancongan taman tema pertama bertaraf dunia di negara ini.

Legoland Malaysia adalah Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

''Ini bermakna, Legoland Malaysia adalah setanding hebatnya seperti Legoland yang sudah ada di negara-negara lain,'' katanya kepada UtusanMalaysia di sini.

Legoland dibangunkan oleh IDR Resorts, anak syarikat Iskandar Investment bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta.

Taman tema Legoland yang pertama di Asia itu dibina di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup di Iskandar Malaysia.

Taman tema itu dijangka siap pada separuh kedua 2012.

Mengulas kritikan berhubung pemilihan Legoland berbanding Universal Studio di Singapura, beliau berkata, kedua-dua taman tema itu menawarkan pengalaman dan keseronokan yang berbeza.

''Legoland adalah taman tema untuk hiburan keluarga dan ia menawarkan kepada pasaran tertentu yang berbeza.

''Saya yakin rakyat Malaysia akan kagum dengan Legoland kerana ia menawarkan standard taman tema paling tinggi.

''Yang pasti kanak-kanak Malaysia kini beruntung kerana bakal memiliki kawasan riadah dan reaksi berkualiti tinggi,'' ujarnya.

Tambah beliau, Legoland bukan sekadar taman tema tetapi ia juga menawarkan pelbagai bentuk pendidikan kreatif.

Katanya, Legoland akan menawarkan tujuh destinasi yang memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung.

Tujuh destinasi itu ialah Beginning, Miniland, Castle, Xtreme, Imigination, Adventure dan Town.

Mengulas keistimewaan Legoland Malaysia, Muhammad Zainal berkata, Miniland yang menjadi tarikan utama di taman tema itu akan memberi tumpuan pembinaan replika bangunan ikonik di Asia dan serantau.

Katanya, bangunan Menara Berkembar Petronas akan menjadi bangunan tertinggi di Legoland.

Legoland Malaysia akan menggunakan 30 juta kepingan lego untuk membina 15,000 model, termasuk 20 juta kepingan lego di Miniland.

Lebih mengujakan, permainan-permainan yang ditawarkan di Legoland juga menggunakan perkakasan ala lego.

Selain berhibur, kanak-kanak turut diberi peluang untuk membeli lego secara timbang, pengalaman yang tidak mungkin dapat dinikmati di luar Legoland.

Muhammad Zainal menyifatkan IDR Resorts beruntung dapat bekerjasama dengan Merlin Entertainments, pengendali taman tema kedua terbesar di dunia selepas Disneyland.

Ini kerana, Merlin Entertainment adalah syarikat yang telah mencatatkan pertumbuhan paling pantas dan memiliki jenama taman kukuh di dunia.

''Jadi kerjasama ini merupakan batu loncatan kepada IDR Resorts dalam meneroka perniagaan hiburan pada masa depan,'' tambah beliau.

JohorToday

Blog Pilihan