Johor Search

Custom Search

Followers

07 December 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Bersatu pertahankan maruah – DYMM Sultan Selangor

Posted: 06 Dec 2011 12:16 AM PST

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya bersatu demi mempertahankan maruah bangsa dan agama daripada dicaci dan dihina.

Baginda bertitah, perpaduan itu penting bagi membolehkan orang Melayu dan umat Islam bangkit mempertahankan kesucian dan maruah bangsa serta agama.

"Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain. Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu 'berkahwin' sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.

"Tetapi kita (orang Melayu dan umat Islam) bersatu apabila agama dan bangsa kita dicaci dan dihina," titah baginda ketika mencemar duli berangkat melawat Kompleks Sri Utusan di Bandar Baru Bangi hari ini.

Baginda diiringi oleh Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Ramli Alhaj dan Setiausaha Sulit, Datuk Mohamad Munir Bani.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 10 pagi disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak dan Pengurus Besar Pengeluaran, Ahmad Khairumuzammil Abd. Rahman.

Dalam lawatan yang mengembalikan nostalgia kunjungan baginda ke Utusan Melayu semasa menjadi Raja Muda pada 9 Mei 1974, Sultan Selangor diberi penerangan ringkas perkembangan semasa Kumpulan Utusan.

Baginda yang turut beramah mesra dengan kakitangan Utusan berkenan menekan butang operasi di meja kawalan mesin cetak yang mencetak 500 naskhah akhbar khas Utusan Malaysia lapan muka surat yang memuatkan pelbagai kisah menarik mengenai baginda.

Dalam titah baginda juga, Sultan Selangor menyeru kalangan korporat Melayu yang berjaya untuk membantu dan memberi sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia.

Titah baginda, akhbar ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menyedarkan masyarakat Melayu khususnya ke arah perpaduan bangsa serta mempertahankan agama Islam.

"Apabila beta bercakap tentang Melayu dan disiarkan Utusan Malaysia, rakyat kata beta orang Utusan Malaysia. Tapi beta tidak ada share (saham) pun dengan Utusan Malaysia.

"Begitu juga apabila beta menegur orang Melayu dalam kes derhaka terhadap Sultan Perak (Sultan Azlah Shah), ada kata beta orang UMNO. Sebenarnya tidak, sebab UMNO itu UMNO lah.

"Tetapi apa yang menjadi perhatian beta adalah supaya agama Islam dan bangsa Melayu itu dipertahankan. Orang Melayu kita biarlah beradab dan jangan kurang ajar," titah baginda.

Sementara itu, dalam perutusan baginda sempena lawatan berkenaan, Sultan Selangor bertitah, peranan akhbar di negara ini masih penting dan relevan walaupun mendapat saingan hebat daripada akhbar dalam talian seperti portal berita, laman blog dan medium-medium berita lain.

Titah baginda, kehadiran Internet juga menyebabkan hampir semua akhbar kini bersaing memperkenalkan versi dalam talian seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Source: Utusan Malaysia Online.

Pisang Lemak Manis @ Pisang 40 Hari

Posted: 05 Dec 2011 11:57 PM PST

By Idris Talu

Pisang Lemak Manis @ Pisang 40 Hari @ Pisang Lampung
@ Pisang Muli @ Pisang Berlian @ Inarnibal

Rupa bentuk buah pisang lemak manis agak hampir sama dengan pisang lilin atau pisang emas. Pisang lemak manis atau pisang empat puluh hari ini berbeza dengan pisang emas jelas kelihatan di bahagian hujung buahnya. Pisang lemak manis terkelompok dalam kelompok "AA" iaitu kumpulan "diploid".

Buah pisang lemak manis agak tajam atau runcing di hujungnya sedangkan hujung buah pisang emas tidak runcing. Pisang emas biasanya lebih besar saiz buahnya dari pisang lemak manis.

Di Indonesia, pisang lemak manis juga dikenali sebagai buah "Pisang Lampung" atau "Pisang Berlin" atau "Pisang Muli". Sementara di Filipina, buah pisang ini dikenali dengan nama Pisang Inarnibal".

Biasanya pisang lemak manis dimakan mentah sebagai "pencuci mulut". Namun begitu ada juga yang suka menggorengnya sebagai "cokodok" atau jejemput pisang.

Pisang Lemak Manis @ Pisang Lampung

Ada juga yang gemar menggaulkan atau mencampurkannya dengan beras pulut lembut (yang telah direndam dalam air selama dua jam) serta isi kelapa muda yang diparut, dibungkus dalam daun pisang, dan dilengat atau dikukus sehingga masak.

Kuih lengat ini dinamakan "lepat segan" kerana agak jarang (segan) orang membuatnya. Cuma bila sudah siap dimasak, biasanya habis dimakan orang - tak segan-segan lagi!

Ada juga yang melenyekkan pisang ini dengan tepung gandum dan dipanaskan atas kuali leper menjadi lempeng pisang.

http://idristalu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan