Johor Search

Custom Search

Followers

27 May 2014

Piala Thomas: Rakyat Malaysia Yang Bantu Jepun Menang

!!Bila Jejari Menari!!: Piala Thomas: Rakyat Malaysia Yang Bantu Jepun Menang: "


Tertinggal info betul JR ni. Apalah!! Kata minat sangat dengan badminton, tapi tak tau pula salah satu faktor kemenangan Jepun kerana bantuan orang Malaysia sendiri:


KUALA LUMPUR: Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.


Momota dan Abe Awe

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik.



- HARAKAHDAILY 26/5/2014
Posted by JR at 5/26/2014 10:14:00 PM "


'via Blog this'

Paparan ini adalah daripada mereka yang tidak diketahui latar-belakangnya melainkan ianya telah dipaparkan sekali didalam setiap tulisan.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan