Johor Search

Custom Search

Followers

27 January 2014

PERUBAHAN IKLIM MALAYSIA

Kuala Lumpur - Kerajaan serius menerajui usaha menangani isu perubahan iklim dengan menggalakkan langkah adaptasi dan perancangan pembangunan mesra alam yang strategik untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah itu termasuk penglibatan aktif sektor swasta dan perniagaan dengan memastikan setiap peringkat aktiviti komersil mereka adalah mesra alam ataupun mencapai piawaian proses hijau yang terbaik.

"Saya berharap sektor swasta dan perniagaan tidak lagi berlengah, dan segera bertindak untuk mewujudkan strategi perniagaan yang merangkumi piawaian mesra alam, sekiranya belum dibuat.

"Dan jika telah ada, ia perlu terus dilaksana dan diamalkan kerana kesan kerosakan kepada alam sekitar akan melibatkan kos pemulihan yang tinggi, atau lebih teruk lagi kerosakan itu mungkin tidak langsung boleh diperbaiki," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Hibiscus Perdana Menteri 2012/2013.

http://berita.rtm.gov.my/index.php/utama2/3003-tpm-kerajaan-serius-terajui-usaha-tangani-isu-perubahan-iklim

2 comments:

  1. Langkah mengutamakan sistem mesra alam perlu dilakukan secara drastik. Contohnya, kedai-kedai makan wajib mengadakan sistem tapisan minyak untuk dibekalkan ke pusat biofuel. Tapisan sisa makanan pula boleh dibuat baja dan pelbagai cara lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pakej umrah.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Informasi Anda..

Blog Pilihan