Johor Search

Custom Search

Followers

05 May 2013

SPR TUNJUK BUKTI DAKWAT ADALAH KEKAL


Putrajaya, 2 Mei 2013 - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengadakan sesi pertemuan dengan media bagi membuktikan bahawa dakwat kekal yang diguna pakai dalam pilihan raya umum kali ini mengandungi bahan yang sesuai dan mampu kekal pada jari pengundi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebelum ini, masyarakat dikejutkan oleh berita ketirisan kaedah halangan pengundian berganda melalui penandaan jari dengan dakwat kekal yang dihebahkan ke seluruh negara melalui media-media sosial. Ia berikutan terdapatnya berita yang mengatakan bahawa dakwat yang sepatutnya kekal selama 7 hari pada jari pengundi awal, dapat dihilangkan dengan mudah, hatta melalui cucian air paip dan sabun.

Berita yang tersebar dengan cepat ini menjadi perbualan hangat dan seterusnya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat pengundi terhadap kegagalan kaedah yang baru diperkenalkan oleh SPR ini. Laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak terhadap perkara ini. Bagi meredakan keadaan dan menjelaskan keadaan sebenar, SPR telah menjemput pihak media untuk menyaksikan sendiri tatacara penggunaan dakwat kekal dan tahap keberkesanannya sebagai mekanisme untuk mengenal pasti pengundi yang telah dikeluarkan kertas undi.

Sidang media yang diadakan di Pusat Media SPR, Ibu Pejabat SPR Putrajaya telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang anggota media. Dalam sesi pertemuan ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha SPR telah menerangkan kepada anggota media yang hadir tentang tatacara penggunaan dakwat kekal dan menunjukkan hasil penggunaan dakwat tersebut. Bagi membuktikan keberkesanan kaedah ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin telah mempelawa para hadirin untuk mencuba sendiri calitan dakwat kekal pada jari mereka. Beberapa orang anggota media yang mendakwa telah mengundi secara pos telah tampil untuk merasa sendiri pengalaman dicalit dengan dakwat kekal. Ada antara mereka yang selepas dicalitkan dakwat, cuba menghilangkan dakwat tersebut dengan beberapa bahan cecair yang mereka bawa sendiri. Hasil ujian tersebut menunjukkan tanda dakwat masih kekal di kulit walaupun setelah dicuci beberapa kali dengan pelbagai bahan cecair.
Di akhir sesi, semua hadirin yang merasa sendiri pengalaman dicalit dakwat serta yang menyaksikan peristiwa tersebut tampak yakin dengan keberkesanan kaedah yang digunakan. Y.Bhg. Datuk Kamaruddin turut menegaskan bahawa botol dakwat perlu digoncangkan terlebih dahulu bagi membolehkan bahan kimia yang digunakan sebati dengan warna dakwat sebelum mendapatkan kesan warna yang lebih gelap dan kekal.


Johor Today

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan