02 April 2013

PRK-DAP rebut DUN Johor Jaya | Pilihanraya Umum ke 13

PRK-DAP rebut DUN Johor Jaya | Pilihanraya Umum ke 13:

JOHOR BAHARU: Selepas bertikam lidah berebutkan Parlimen Gelang Patah, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertelagah lagi dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

Kedua-dua parti itu mengumumkan calon masing-masing bagi kerusi negeri Johor
Jaya yang majoriti pengundinya adalah daripada kaum Cina.

Bagi PKR Johor, calon mereka bagi kerusi negeri terbabit adalah Ketua Biro
Guamannya, Jimmy Puah, manakala bagi DAP pula, calon pilihan mereka adalah
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY, Liow Cai Tung, 27. 
"PKR Johor akan tetap mempertahankan haknya terhadap kerusi Johor Jaya
memandangkan pada pilihan raya umum 2009 kerusi terbabit telah ditandingi oleh
calon Parti Rakyat Malaysia," kata Puah, di sini.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Johor Jaya dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Tan Cher Puk yang mengalahkan calon PRM, Md Nasir Ab Wahab dengan kelebihan undi majoriti 10,488.


'via Blog this'

Komuniti Blogger JB www.johor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..