23 March 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13

Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13:


Tarikh Pembubaran Parlimen 2013 Menjelang Pilihan Raya Umum 13 | Seperti yang kita ketahui, semalam (20 Mac 2013) tiba-tiba gempar mengatakan Parlimen telah dibubarkan olehPerdana Menteri Malaysia. Namun malangnya, khabar angin itu cuma berita palsu semata-mata. Berikut adalah petikan dari Sinar Harian.

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini (20 Mac 2013), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali

"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Namun demikian, sepatutnya hari ini Parlimen dan Dun Negeri Johor akan terbubar secara automatik kerana hari ini genap tempoh yang sepatutnya dibubarkan. Berikut merupakanTARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN secara automatik bagi setiap negeri dalam Malaysia.

pembubaran parlimen secara automatik PRU 13

Kepada yang masih belum membuat semakan semula, anda boleh menyemak semula tempat mengundi secara online dan sms di pautan yang kami sediakan ini.

http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx
SEMAKAN TEMPAT MENGUNDI

'via Blog this'

1 comment:

  1. Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS | Nampak gayanya desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum 13 akan diadakan bulan Mac ini semakin kabur dan seperti ianya akan berlaku setelah pembubaran parlimen secara automatik pada bulan April nanti.

    Hal ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang rasanya tak perlu diulas oleh Dr Fuh kerana umum sedia maklum kan. Kes Pencerobohan Puak Sulu Di Lahad Datu merupakan salah satu "alasan" yang boleh diguna pakai untuk melewatkan pilihan raya umum.

    Namun walau bawagimana pon, kita sebagai rakyat jelata yang inginkan kemajuan hendaklah menunaikan tanggungjawab kita dengan baik berdasarkan corak kepimpinan yang kita fikirkan baik untuk seluruh rakyat.

    Sehubungan dengan itu, bagi langkah awal, para pengundi boleh membuat semakan semula kawasan mengundi masing-masing secara online mahupun secara SMS.

    Untuk menyemak seacra online, anda boleh pergi terus ke laman SPR ini dan cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja.



    Untuk membuat semakan secara SMS pula anda cuma perlu menaip - SPR SEMAK NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

    Sebagai contoh: SPR SEMAK 880912015858 dan hantar ke 15888

    ReplyDelete

Informasi Anda..