Johor Search

Custom Search

Followers

08 November 2012

Awas kesan banjir ancam nyawa

Kesan buruk selepas banjir.

Jika kita tidak berhati-hati maka kesan buruk atau risiko berbahaya akan berlaku keatas kita semua. Nyamuk-nyamuk seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk yang menyebarkan penyakit malaria akan menyerang kita. Begitu juga penyakit seperti penyakit kencing tikus, taun, cirit-birit mudah berlaku jika kita tidak mengamalkan kebersihan air yang betul. Seperti meminum air tanpa masak atau menggunakan peralatan tidak bersih.

Langkah-langkah yang perlu di amalkan.

Anak-anak amat gembira apabila banjir berlaku kerana mereka suka bermain air banjir. Namun hakikatnya jika tidak dipantau dengan betul oleh ibu bapa maka bahaya kematian boleh berlaku tanpa kita sedari. Banyak kes-kes yang berlaku dimana kanak-kanak di hanyutkan oleh arus air yang kuat.Penyediaan makanan yang bermasak dan bersih perlu di lakukan dengan penuh teliti. Segala bahan makanan perlu melalui pembersihan dengan air yang bersih disamping meminum air yang dimasak dahulu.Kebersihan diri juga perlu di titik beratkan. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan disamping menggunakan sabun yang sesuai amat penting. Ini kerana kuman atau virus boleh berselindung di sebalik tangan yang kotor atau tidak bersih.Penyediaan dan penyimpanan makanan juga perlu lah di lakukan dengan cara yang betul. Janganlah disimpan makanan siap bermasak melebihi 4 jam dan elakkan dari memakan makan mentah seperti ulam-ulam yang terendam didalam air banjir atau tidak di basuh.Menggunakan air yang terawat seperti mendidihkan air atau menggunakan air mineral bertapis amatlah digalakkan. Janganlah sesekali menggunakan air banjir untuk membasuh makanan atau dijadikan minuman walaupun dimasak.Peringatan: banjir adalah fenomena bencana alam yang sukar untuk kita jangka dan atasi. Ia akan meninggalkan impak yang negatif terutama penduduk yang tinggal dikwasan yang berisiko banjir. Banjir berterusan akan mengundang lebih banyak risiko penyakit berjangkit berpunca dari virus, bakteria, nyamuk, cacing dan tikus. Aspek kebersihan tidak boleh di kompromi lagi dalam menghadapi musim banjir ini kerana sedikit kelalaian akan menyebabkan kesan penyakit keatas diri kita sendiri.

Read more: 

Air Banjir Punca Penyakit Berjangkit - Berwaspada Selalu. 

http://blogsyarih.com/air-banjir-punca-penyakit-berjangkit-berwaspada-selalu/#ixzz2BWHUTiFu Under Creative Commons License: Attribution


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan