Johor Search

Custom Search

Followers

23 September 2012

Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Kulaijaya




Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Kulaijaya sedang diadakan bermula pada 15 Ogos 2012 hingga 31 Oktober 2012 kelolaan Pejabat Daerah Kulaijaya bagi tujuan memberi hebahan kepada orang awam sempena Istiadat Majlis Pemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor disamping dapat menggalakkan budaya reka cipta dikalangan masyarakat. Hadiah menarik menanti pemenang reka cipta terbaik, sebagaimana berikut:
Johan akan menerima wang tunai berjumlah RM 6,000 beserta
Sijil Penghargaan,
Naib Johan akan menerima wang tunai berjumlah RM 2,000 beserta
Sijil Penghargaan,   dan
Ketiga akan menerima wang tunai berjumlah RM 1,000 beserta
Sijil Penghargaan.

Justeru itu, dijemput kepada semua warganegara Malaysia secara individu / perseorangan atau lebih dari seorang atas nama organisasi / syarikat berdaftar di Malaysia untuk merebut peluang dan menyertai pertandingan ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai spesifikasi dan syarat-syarat pertandingan ini bolehlah menghubungi pejabat urusetia ( Pejabat Daerah Kulaijaya) di talian 07-6630006 atau 6633336 untuk mendapatkan sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan pertandingan.


JohorToday
http://www.facebook.com/pages/MAJLIS-PERBANDARAN-KULAI-PROJECTS/112608592101241

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan