Johor Search

Custom Search

Followers

31 August 2012

JANJI DEMOKRASI DATARAN MERDEKA - MALAM KEMERDEKAAN KE 55 (2012)


TERKINI! JANJI DEMOKRASI BERJAYA CAPAI SASARAN!


Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

12.30am DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.

Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.

11.45pm DATARAN Sambil menunggu detik 12 tengah malam. Peserta menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".

11.30pm DATARAN Kumpulan baju kuning, diketuai Pak Samad bergerak dari Dataran menghala ke bangunan DBKL di mana beliau akan membacakan sajak.

11.25pm DATARAN Makin ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.

11:05pm SHAH ALAM Menteri besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul 'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.

10.54pm DATARAN A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Maria Chin Abdullah sampai ke Dataran diiringi 500 orang daripada Jalan Sultan. Hishamuddin umumkan A Samad akan membacakan puisi pada jam 11.45pm sebelum bersurai.

Semntara itu, Free Malaysia Today juga menganggarkan 10,000 orang hadir secara aman di Dataran Merdeka di mana penyokong Janji Bersih dan Janji Demokrasi berkumpul secara aman tanpa provokasi oleh polis dan DBKL.

Kehadiran Mohamad Sabu dan Tian Chua serta Fuziah Salleh dan Nurul Izzah Anwar turut disambut dengan laungan takbir menandakan sambutan bermula.

Dalam laman webnya, FMT mendakwa penyokong Janji Demokrasi berhimpun secara aman dan tertib malah sempat berterima kasih kepada anggota polis yang mengawal keadaan di sepanjang himpunan tersebut.


-http://jalanpulang1978.blogspot.com/
JohorToday

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan