Johor Search

Custom Search

Followers

03 August 2012

Berita : Gambar | Datuk Ismail Sabri, Menteri KPDNKK Umum Harga 20 Barangan Runcit Terkawal Sempena Aidilfitri 2012 | Chegu Zubir

Berita : Gambar | Datuk Ismail Sabri, Menteri KPDNKK Umum Harga 20 Barangan Runcit Terkawal Sempena Aidilfitri 2012 | Chegu Zubir:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.


Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos.

"Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.




Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70); ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80); ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

Daging lembu tempatan (RM22.00); daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00); daging kerbau tempatan (RM21.00); dan daging kerbau import India (RM13.50).

Selain itu telur ayam gred A (RM0.35 sen), gred B (RM0.34 sen) dan gred C (RM0.33 sen); kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20); cili merah (RM10.00); dan tomato (RM4.50).

Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja (RM6.00); kacang tanah import (RM6.50), bawang merah kecil India (RM5.00); bawang besar import (RM2.50), bawang putih China (RM7.50), ubi kentang import China (RM3.00); dan ikan kembung (RM12.00).

Ismail Sabri berkata senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga.


'via Blog this'

Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan