Sesi dagangan saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) .. rujukan blog daripada JALAN PULANG:
'via Blog this'
Saham
FGVH jatuh lagi 4 sen kepada RM5.15 berbanding penutup semalam. Sejak mula
diapung di Bursa Malaysia, harganya sudah jatuh 14 sen dan trend ini dijangka
akan berterusan dalam jangka masa panjang.
Agak
lama saya tidak menulis mengenai FGVH dan Felda. Masa rehat ini, membolehkan
saya menghalusi fikiran keatas isiu Felda. Tidak menulis, tidak bererti sudah
lupa. Jauh di mata, dekat di hati.Apa yang sebenarnya sudah terjadi?Harga saham
FGVH nampak konstan pada tahap RM5.35-5.50. Paling akhir, harga saham ditutup
pada harga RM5.20. Ianya sudah menunjukkan pola menurun harga. Lama kelamaan
FGVH jadi macam KUB.
Orang
Umno ingatkah lagi KUB?
Orang
Melayu ingatkah lagi KUB?
Ianya
sudah kaput! Inilah nasib yang akan menanti FGVH tidak lama lagi.Pada harga
RM5.20 premium saham ini ialah sekitar 65 sen hingga 70 sen. Adakah ini bagus?
Ia hanya bagus kepada mereka yang mempunyai jumlah saham ratusan ribu dan juta
juta.Yang ada 5,000,000 dapat untung bila dijual sebanyak RM3 juta. Yang lebih
jumlah saham lagi untung besar.
Orang
bukan Felda dapat juta juta, peneroka dapat auta.Kepada peneroka bagus atau
tidak? Pandangan saya kepada perkara ini masih tetap. Kalau peneroka yang
diutamakan, maka berikan semua kepada peneroka Felda. Kalau peneroka
diutamakan, Felda Holdings patut mengambil alih FGVH dan kekalkan perniagaan
ini dalam tangan Felda 100 peratus.Biarkan orang-orang yang tidak ada kena
mengena dengan Felda membeli saham FGVH setelah ianya di jual oleh peneroka.
Atau pun paling tidak, sesuai dengan diskrimanasi positif, berikan 30 peratus
kepada peneroka.Mengapa hanya 5.5 peratus dari jumlah saham yang di terbitkan?
Bolehkah 5.5 peratus dibaca sebagai “mengutamakan” Felda.Ianya lebih tepat
dilihat sebagai diutamakan untuk disembelih dan dikorbankan.
Jelas
sekali ianya baik untuk yang ada duit yang membeli banyak unit dan baik kepada
konco-konco Umno yang di beri banyak unit.Kepada penerima 810 unit saham,
mereka akan hanya dapat RM526. Setelah di tolah fee pinjaman RM200, maka
tinggallah RM326.Bukan peneroka dapat juta-juta, peneroka dapat sisa-sisa.
Peneroka dapat RM15,000 rasuah pendahuluan dan RM326 pemberian sisa-sisa.
Kalau
tunggu lama-lama, harga jatuh dan nanti lagi teruklah peneroka Felda yang
akhirnya mendapat durian yang mengkal.Dengan langkah yang “menggumbirakan” hati
rakyat, populatiti Najib Altantuya merudum? Mustahil dan ajaib. Tidak mustahil
dan tidak ajaib kerana semua orang tahu, Najib Altantuya hanya berlakun.Jangan
tunggu lama-lama, nanti di kebas orang! Demikianlah nasib peneoka Felda di hari
mendatang. Ditipu hidup-hidup oleh pengambil kesempatan.
Sekoyong
koyong dengan pengapungan ini, kerajaan yang dikuasai Umno menjadikan ramai
jutawan segera. Bolehlah mereka beli rumah dan kondominum berjiran dengan
lembu-lembu yang mendiami 1 Menerung di Bangsar. Atau mereka boleh setiap hari
dibulan Puasa ini berbuka di Meatworks restoran daging bakar milik keluarga
Shahrizat Abdul Jalil. Adakah ini adil untuk peneroka yang di atas nama
mereka Felda diwujudkan dan dijadikan sumber kekayaan orang yang bukan
peneroka?
Sebab
itu saya katakan pengapungan FGVH ini adalah suatu tindakan yang tidak berhati
perut atau unconscionable.Kemudian, cuba kita fikir mengapa harga saham
RM5.20-5.35? Kenapa tidak lagi terus ke RM6? Apa yang berlaku ialah ramai yang
jual saham menyebabkan harga saham jatuh kearah RM5.Maka bergegaslah kerajaan
Najib Altantuya mengarahkan pengurus dana dari GLC kerajaan membeli saham dari
pasaran untuk price support.
Tapi
berapa lama boleh mereka bertahan? GLC menggunakan dana milik awam untuk
menyokong harga keparas yang artifisial (pura-pura, buatan).Ini bererti setiap
hari, semakin banyak sumber kewangan akan dikomit untuk menyokong harga saham
FGVH.Jika ini berterusan, semata mata untuk tujuan politik, cara Najib
Altantuya mengurus ekonomi negara akan membengkrapkan negara kita.
Bagus
ke untuk Felda?
Tidak
disedari oleh rakyat, Kerajaan Najib Altantuya perlahan lahan menjual harta
benda rakyat untuk mengumpul dana politik. Felda adalah milik kerajaan. Dengan
melakukan penyenaraian, apa yang sebenarnya berlaku?Selepas pengapungan,
kerajaan punya kepentingan hanya tinggal 40 peratus.
Bererti
60 peratus sudah dijual.
Ini
sebetulnya pemindahan harta milik rakyat kedalam tangan individu dan
syarikat-syarikat dana yang ada kaitan dengan Umno.Inilah dia proses
“piratization”. Sebab itu saya kata Umno ini akan terus merompak dan melanun
khazanah negara.Penyenaraian Felda sebetulnya penganiayaan kepada peneroka dan
kepada idea memerdekakan pemikiran peneroka. — sakmongkol.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..