Johor Search

Custom Search

Followers

15 May 2012

PROJEK RAPID PENGERANG JOHOR


Pengerang akan jadi hab minyak terbesar di MalaysiaPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Khamis, 14 Julai 2011 00:00 | 1575 hits
JOHOR BAHRU: Pengerang bakal menjadi satu lagi kawasan yang pesat membangun selepas Iskandar Malaysia apabila ia dibangunkan sebagai hab minyak dan gas terbesar di negara ini.
Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata, projek terbaru di situ adalah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) bernilai RM60 bilion yang akan dibangunkan oleh Petronas.

Katanya, projek itu bakal menjadikan Pengerang sebuah pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.

“Buat permulaan ia akan membabitkan kawasan seluas kira-kira 809 hektar.Petronas  sudah membuat kajian terperinci dan kini berada di peringkat akhir untuk pelaksanaan projek itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Harta Tanah anjuran bersama Persatuan Penilai-Penilai Sektor Awam Malaysia dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, potensi Pengerang untuk berkembang sebagai hab minyak dan gas sudah dikenal pasti sejak tiga tahun lalu.

Katanya, Pengerang memiliki kawasan perairan dalam yang sesuai untuk pembinaan jeti bagi tujuan pengangkutan produk-produk itu, selain terdapat kawasan yang luas untuk pembangunan projek dalam bidang berkaitan.

“Kita ada beberapa ribu ekar kawasan untuk pelaburan dalam sektor ini bukan sahaja untuk tempoh tiga tahun tapi juga 10 tahun akan datang,” katanya.

Sebelum ini,  Dialog Group Bhd. (Dialog) telah melabur dalam sektor penimpanan minyak dan juga merancang untuk membina terminal petroleum laut dalam bebas di  situ dengan kos RM6 bilion di kawasan seluas kira-kira 202 hektar.


JohorToday

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan