IdrisTalu |
Raja Perlis kurnia Pingat Jaya Cemerlang kepada empat mahasiswa USM Posted: 13 Nov 2011 07:24 AM PST ARKIB : 03/11/2011 ARAU 2 Nov. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Raja-Raja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada empat mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Istana Arau di sini. Baginda selaku Canselor USM menyampaikan anugerah tersebut kepada Mohammad Rahim Kamaluddin, T. Ramanathan, Karen Vou Kai Rou dan Nur Izzati Amir Hamzah, kesemuanya berusia 24 tahun. Penganugerahan itu turut disaksikan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu. Penganugerahan tersebut diberikan sebagai menghargai kecemerlangan mereka dalam pengajian sehingga mengharumkan nama USM. Sementara itu, Nur Izzati yang merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berasal dari Pulau Pinang, menyifatkan doa dan sokongan ibu bapa dalam membantu menyediakan suasana pembelajaran kondusif sebagai faktor mendorong kejayaannya. Menurut graduan Sains Gunaan Biologi itu, suasana selesa ketika belajar dan pengambilan makanan seimbang serta motivasi berterusan daripada ibu bapa menjadi pembakar semangatnya. Seorang lagi pelajar, Mohammad Rahim yang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Criminology, berpendapat, sikap gemar membantu rakan-rakan serta aktif dalam aktiviti kokurikulum banyak membantu dirinya untuk maju. Antaranya, Mohammad Rahim pernah memegang jawatan Exco dalam Persatuan Sains Kesihatan dan Setiausaha Persatuan Kebudayaan India. Source: Mingguan Malaysia Online |
Sultan Kelantan - Jangan main api Posted: 13 Nov 2011 07:09 AM PST Oleh YULPISMAN ASLI, utusankelantan@utusan.com.my KOTA BHARU 12 Nov. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat. Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan. "Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini. Pada majlis tersebut, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 213 penerima diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) membawa gelaran Datuk. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam titah sulung selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad turut mengingatkan rakyat mengenai perubahan iklim dunia yang boleh mengakibatkan pemanasan global dan bencana alam, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram dan krisis hutang negara-negara Eropah yang sudah tentu memberi kesan tidak baik kepada ekonomi di banyak negara. "Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. ''Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. ''Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat," titah baginda. Menyentuh aspek pembangunan di Kelantan, baginda bertitah, sektor pembinaan dan pelaburan di negeri ini dijangka mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti pembangunan dan pengindahan sungai di Kota Bharu dan Tumpat, projek jalan Persekutuan laluan lapan dan sembilan serta pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan. "Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini," titah baginda. Sultan Muhammad turut menarik perhatian, perlunya kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan walaupun belanjawan defisit adalah sesuatu kelaziman di kebanyakan negara. "Beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. ''Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. ''Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil," titah baginda. Source: Mingguan Malaysia Online |
You are subscribed to email updates from IdrisTalu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..