Johor Search

Custom Search

Followers

25 October 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Bekerja sambilan suntik nilai positif diri

Posted: 24 Oct 2011 06:36 PM PDT

Oleh Ruhaiza Rusmin, ruhaizarusmin@hmetro.com.my

DIUKUR dari segi usia, mereka masih muda dan belum bnyak pengalaman di dada namun sikap berani mencuba serta meneroka dunia pekerjaan sambilan cukup membanggakan.

Biarpun menghadapi pelbagai cabaran, mereka tetap optimis, tidak mudah mengalah selain bersemangat membuktikan keupayaan kepada masyarakat biarpun tidak ramai bersetuju kerana beranggapan ia boleh mengganggu rutin pembelajaran.

Apatah lagi pengajian peringkat universiti rumit kerana tertakluk pada syarat pencapaian akademik, juga segala aktiviti yang perlu direncana dengan baik bagi memastikan berjaya menamatkan pengajian.

Benarkah mereka yang ingin belajar berdikari mencari poket sendiri tidak boleh berjaya?

Mungkin ia pengalaman paling berharga sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar selain tidak menyusahkan orang lain bagi memenuhi keperluan kewangan.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Management and Science University (MSU), Lina Hazwani Ainol Kamal berkata, dia lebih senang berdikari mencari duit bagi menampung keperluan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajiannya selain berpendapat, ia pengalaman berharga yang sukar diganti.

Menurutnya, keinginannya untuk bekerja sambilan juga didorong rasa tanggungjawab tidak mahu menyusahkan keluarga kerana sedar mereka masih mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan.

"Keputusan bekerja sambilan datang daripada kesedaran sendiri kerana saya beranggapan tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Malah ia juga satu cabaran
kepada diri untuk melihat sejauh mana keupayaan menangani masalah kehidupan.

"Juga atas kesedaran untuk tidak terlalu membebankan ibu bapa membiayai pengajian biarpun selalu menegaskan itu tanggungjawab mereka. Apa salahnya saya berusaha sendiri mencari duit poket asalkan tidak mengganggu pengajian.

"Malah, saya puas menikmati duit diperoleh itu dan bebas membelanjakannya tanpa rasa bersalah kerana ia hasil titik peluh sendiri," katanya.

Pembabitan mahasiswa dalam pekerjaan sambilan bukan baru terutama bagi menampung keperluan pengajian dan peribadi yang semakin meningkat.

Biarpun ada beranggapan ia bakal menjadikan mahasiswa letih, kurang tumpuan, mula culas ke kuliah serta melupakan tanggungjawab terhadap pelajaran, mereka kurang bersetuju biarpun tidak menafikan ada yang tersasar daripada fokus sebenar.

Dia yang bekerja sebagai model pakaian Muslimah secara sambilan beranggapan, segala keputusan atau perancangan terletak pada diri sendiri bagi mencorakkan perjalanan masa depan.

"Dalam konteks ini, diri sendiri yang menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan manakala orang lain hanya boleh memberi nasihat sebagai panduan.

"Biarpun tarikan alam pekerjaan kuat kerana sudah berupaya menjana pendapatan sendiri, ia tidak seharusnya menjadi penyebab mahasiswa terlupa pada pelajaran, malah perlu sentiasa mengingatkan diri itu hanya kerjaya sementara.

"Dengan cara itu, sudah tentu diri sendiri sentiasa berwaspada dan tahu apakah keutamaan yang perlu dilaksanakan sebelum menceburi alam kerjaya sebenar yang lebih menjanjikan masa depan cerah," katanya mengakui cabaran dihadapi bukan saja di tempat kerja, malah rakan sebaya.

"Ada suka, begitu juga sebaliknya malah lebih teruk melabelkan kami sebagai pelajar yang akan tercicir dalam pengajian hingga ada kalanya mengguris hati. Bagaimanapun, saya tetap optimis dan mengambil pendekatan berdiam diri," katanya.

Ditanya mengapa bidang peragaan menjadi pilihan, dia berkata, semuanya berlaku secara tiba-tiba apabila seorang jurugambar mempelawanya menjalani uji bakat, sekali gus memulakan langkah pertama menjadi model.

Menurutnya, peringkat permulaan berasa kekok, namun selepas hampir setahun, dia semakin berani dan lebih berkeyakinan selain mampu memperbaiki kemahiran komunikasi.

"Sebelum ini saya pemalu, kurang bercakap dan tidak berkeyakinan, namun kini semuanya berubah. Ia peningkatan drastik hasil pendedahan dan pergaulan sepanjang bekerja.

"Sebagai pelajar, aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk personaliti positif sebelum menceburi bidang pekerjaan sepenuh masa. Saya menganggapnya sebagai satu aset berguna dan bonus sukar diperoleh," katanya.

Pada masa sama, menggunakan peluang di depan mata untuk meluaskan lagi pergaulan dengan masyarakat sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan sebenar.

"Biarpun kerjaya sambilan, saya mampu meraih peluang yang sukar diperoleh pelajar lain terutama bertemu pelbagai lapisan dan ragam masyarakat. Ini secara tidak langsung menjadi satu proses pendidikan untuk mematangkan diri.

"Ia juga sebagai persiapan memperkukuhkan lagi kemahiran sedia ada. Bagi saya, dengan bekerja sambilan, banyak ilmu dan pengalaman diperoleh, bukan duit semata-mata," katanya.

Bagi Tengku Ahmad Hazrin Tengku Hassan, keputusannya membuka perniagaan sendiri sebagai langkah permulaan menceburi bidang keusahawanan kelak selain ingin merasai nikmat 'memegang' duit sendiri.

"Senario pekerjaan masa kini yang sukar diduga memerlukan saya berfikir lebih kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan sendiri biarpun secara kecil-kecilan.

"Ia juga langkah awal mempersiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu sebelum menceburi perniagaan sepenuh masa sebaik tamat pengajian. Saya lakukannya atas dasar minat serta keinginan mempunyai duit poket sendiri," katanya.

Mendapat sokongan penuh keluarga, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik ini mengakui kesukaran memperoleh kepercayaan dan memuaskan hati pelanggan adalah cabaran utama memandangkan masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan.

Katanya, pelanggan banyak mempertikaikan hasil ciptaannya selain suka mengambil kesempatan kerana beranggapan dia masih belum berpengalaman dengan 'permainan' dunia perniagaan.

"Saya akui, kadangkala perit menghadapi kerenah pelanggan, namun sentiasa berfikiran positif ia adalah pengalaman berharga yang tidak boleh diperoleh melalui pembacaan.

"Sekurang-kurangnya saya sudah ada 'ilmu' sebelum menceburi bidang perniagaan sebenar selain mendidik diri menjadi lebih sabar, berhemah dan berdisiplin.

"Bekerja sambilan banyak menyuntik nilai positif dalam diri," katanya.

Ditanya bagaimana membelanjakan pendapatan diterimanya, dia berkata, sebahagian besarnya disimpan sebagai persediaan modal dan selebihnya untuk membeli keperluan peribadi.

" Saya tidak boros kerana sedar susah memperoleh wang dan menyimpannya demi masa depan. Bagaimanapun, sebagai penghargaan pada diri, turut membelanjakannya bagi membeli barangan dihajati.

"Bekerja sendiri biarpun secara sambilan memberi kepuasan. Lebih membanggakan, saya tidak menyusahkan orang lain serta mampu membeli barang diingini dengan titik peluh sendiri," katanya.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Maybank sedia MME di India

Posted: 24 Oct 2011 06:28 PM PDT

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) bekerjasama dengan Axis Bhd, antara bank persendirian terbesar di India untuk memperkenalkan perkhidmatan kiriman wang kepada akaun penerima di negara berkenaan.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Lim Hong Tat berkata, perkhidmatan kiriman wang itu adalah lanjutan daripada kemudahan sedia ada yang ditawarkan Maybank Money Express (MME).

"Kami menjangkakan perkhidmatan baru ini akan mengukuhkan lagi segmen kiriman wang asing Maybank dan ketika ini, segmen itu mempunyai nilai kiriman luar secara keseluruhan sebanyak 36 peratus di kalangan bank-bank serta menyasarkan ia berkembang 15 peratus menjelang Jun 2012," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur Beliau berkata, pihaknya berharap dapat memanfaatkan lagi rangkaian Axis Bank dan dapat mencapai lebih ramai pengguna melangkaui Malaysia, terutama di India.

Katanya, perkhidmatan baru itu dijangka dapat memanfaatkan kedua-dua warga India yang bekerja di Malaysia dan warga Malaysia yang perlu mengirim wang kepada penerima di India.

India ialah negara penerima kiriman wang terbesar di dunia, menerima kiriman wang masuk melebihi RM165 bilion (AS$55 bilion) pada 2009 hingga 2010.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Untung pracukai Bank Rakyat naik 17% kepada RM1.5bilion

Posted: 24 Oct 2011 04:45 AM PDT

24/10/2011 6:18pm

Ibu Pejabat Bank Rakyat

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) untuk tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September, 2011, meningkat 17 peratus kepada RM1.5 bilion daripada RM1.28 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Rakyat berkata, prestasi baik secara keseluruhan itu dicapai berikutan peningkatan pendapatan pembiayaan selari dengan pertumbuhan baki pembiayaan dan pengukuhan kualiti aset.

Keuntungan bersihnya mengukuh 20.3 peratus kepada RM1.2 bilion untuk tempoh RM1 bilion sebelumnya.

Pendapatan kasar pula meningkat 18.1 peratus kepada RM4.06 bilion daripada RM3.44 bilion sebelumnya, sementara pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit mengembang 9.6 peratus kepada RM2.69 bilion daripada RM2.45 bilion sebelumnya.

Jumlah aset menambah 22.7 peratus kepada RM71.8 bilion untuk tempoh sembilan bulan 2011 daripada RM58.52 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Malaysia bakal jadi ekonomi digital menjelang 2020

Posted: 24 Oct 2011 04:36 AM PDT

24/10/2011 3:55pm

KUALA LUMPUR 24 Okt – Malaysia berada di landasan yang betul ke arah menjadi sebuah ekonomi digital menjelang 2020 susulan permintaan kukuh bagi teknologi baharu, kata Nielsen, penyedia analisis dan maklumat global utama.

Teknologi baharu mendapat sambutan yang tinggi ketika rakyat Malaysia bersedia bagi perubahan seperti yang ditunjukkan dalam Laporan Pengguna Digital Malaysia 2011, kata pengarah perkhidmatan pelanggan, penyelidikan khusus Nielsen Malaysia, Luca Griseri.

Program transformasi digital Malaysia akan mengubah tingkah laku pengguna, katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran laporan itu di sini, hari ini.

Griseri berkata, laporan itu mendedahkan bahawa kadar pembelian telefon pintar dan komputer tablet meningkat dengan pesat di Malaysia, dan justeru itu industri perlu memastikan akses yang mudah bagi peranti-peranti ini.

"Pemilikan telefon pintar dijangka berganda dalam tempoh 12 bulan akan datang mencapai 89 peratus daripada 48 peratus ketika ini, manakala komputer tablet dijangka mencecah 75 peratus daripada 18 peratus ketika ini," katanya.

Laporan Pengguna Digital Malaysia 2011 mengkaji aliran teknologi dan Internet dalam pola penggunaan dan pembelian di masa depan di pasaran Malaysia. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan