IdrisTalu |
Posted: 19 Oct 2011 01:27 AM PDT Oleh RAMLI ABDUL KARIM ARKIB : 02/09/2001 WALAUPUN rasanya amat pahit, PERIA tetap diminati ramai. Malah, ia menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam masakan tertentu. Ia selalunya dimasak gulai campur ikan bilis atau udang kering atau digoreng bersama ikan dan juga dimasak taucu. Pokok peria atau nama saintifiknya Momordica charantia L dari keluarga cucurbitaceae kecil dan memanjat. Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar. Pokok peria memanjang menggunakan sulur paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara bunganya berwarna kuning. Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda. Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan. Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam. Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin yang ditemui ketika Pameran Ulam dan Peram berlangsung di ibu negara bulan lalu memberitahu, ramai yang tidak mengetahui bahawa peria juga mempunyai pelbagai khasiat. Menurutnya, buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah. ``Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. ``Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing,'' kata Zainal Abidin. Tambah beliau, sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka. ``Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. ``Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar,'' tambah Zainal Abidin. Orang ramai yang ingin memberi maklum balas, maklumat dan pertanyaan mengenai herba boleh mengemukakannya menerusi e-mel herba@utusan.com.my. Source: Utusan Malaysia Online. |
You are subscribed to email updates from IdrisTalu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..