Johor Search

Custom Search

Followers

14 October 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri

Posted: 13 Oct 2011 06:57 PM PDT

ARKIB : 13/10/2011


PUTRAJAYA 12 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu lebih ramai rakyat negara ini mencabar diri dengan melakukan sesuatu yang baharu kerana ia mampu menguji kebolehan diri mereka.

Menurutnya, aktiviti itu bukan tertakluk dalam bidang sukan sahaja, tetapi juga bidang-bidang lain yang mampu mencetuskan budaya baharu buat rakyat negara ini.

"Kalau seseorang itu sanggup hadapi cabaran, dia akan buat persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut. Kalau kita ada sikap sebegitu atau kesanggupan seperti itu maka rakyat negara ini tetap akan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan peserta Misi Larian Sahara, Suwaibah Muhammad Nasir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Kumpulan Utusan merupakan antara penaja bagi program itu.

Dr. Mahathir berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk Suwaibah merentas padang pasir, tetapi dengan semangat Malaysia Boleh bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sanggup mencabar diri bagi tujuan itu.

Larian Sahara melibatkan perjalanan sejauh 1,111 kilometer akan dilakukan secara solo oleh wanita berusia 38 tahun yang berasal dari Kelantan itu.

Larian yang dijangka mengambil masa 35 hari akan bermula dari Aswan ke Luxor sejauh 179 kilometer, Luxor-Sohag- Assyut (221 kilometer), Assyut-Al-Minya-Giza-Kaherah (318 kilometer) dan Kaherah ke Suez sejauh 125 kilometer.

Seterusnya laluan mencabar menanti Suwaibah dari Suez ke Port Said sejauh 146 kilometer sebelum menamatkan misinya di laluan Port Said-Rafaj sejauh 122 kilometer.

Dr. Mahathir turut menyeru orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk menjayakan misi larian yang memerlukan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM1 juta.

"Bantuan kewangan daripada penderma yang bermurah hati amat diperlukan untuk tujuan ini dan mereka akan diberikan hadiah istimewa iaitu dinar emas," katanya.

Sementara itu Pengurus Larian Sahara, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, mereka yang menderma sebanyak RM1,500 akan menerima dinar emas bernilai RM800 dan ini bermakna mereka menyumbang sebanyak RM700 untuk larian tersebut.

"Sebahagian daripada sumbangan ini akan digunakan untuk membantu penduduk Palestin di Gaza manakala selebihnya akan didermakan kepada Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda-YPU, Persatuan Kanser Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang," tambahnya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Posted: 13 Oct 2011 06:55 PM PDT

ARKIB : 13/10/2011

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Rais Yatim lawat Awang Had Salleh

Posted: 13 Oct 2011 06:52 PM PDT

13/10/2011 6:17pm

Tan Sri Dr. Awang Had Salleh.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Sasterawan Negara Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh, yang dirawat kerana strok di Hospital Selayang dekat sini, hari ini.

Awang Had merupakan bekas pensyarah bahasa semasa Rais menuntut di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai dalam tahun 1960-an.

"Tan Sri Awang Had Salleh adalah pejuang bahasa kebangsaan, seorang komunikator yang sangat berkesan, pendidik di samping memperjuangkan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia serta Maktab Perguruan Bahasa di mana saya mengenali beliau sebagai seorang pensyarah yang sangat berkesan.

"Apabila mendengar beliau sakit strok, saya terharu dan ingin melihat keadaan sebenar. Kita juga terpanggil untuk mendoakan supaya beliau pulih dan memberi sokongan kuat kepada keluarga beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Awang Had, 77, memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah pada tahun 1950-an, dan kemudian sebagai tenaga pengajar pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan kemudian sebagai Dekan fakulti tersebut pada 1974.

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM selama tiga tahun dan kemudian sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980 dan pada 1984 menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Pada Julai 2000, Awang Had dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang Had juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk buku, risalah dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Antara karyanya ialah kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna serta skrip drama "Buat Menyapu Si Air Mata. " — Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Tuduhan Indonesia tidak berasas - Zahid

Posted: 13 Oct 2011 06:49 PM PDT

Tarikh: 13/10/2011 6:04pm

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sebagai tidak berasas tuduhan golongan tertentu di Indonesia kononnya Malaysia mencuri tanah republik itu.

Beliau berkata penentuan sempadan mengikut garis-garis darjah tertentu telahpun termaktub dalam perjanjian antara British dengan Belanda bertarikh 1891, 1915 dan 1928, dan pengukuran telah dibuat oleh pihak Malaysia dengan Indonesia dan kedua-dua pihak telah menandatangani persetujuan pengukuran itu.

"Kalau dituduh Malaysia ambil tanah itu, ini merupakan sesuatu dakwaan yang tidak benar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM2.58 juta daripada Affin Bank Investment Berhad di sini hari ini. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Timun tikus atau pepasan

Posted: 13 Oct 2011 06:24 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


Nama tanaman:

Timun tikus, pepasan atau papasan - Melayu

Kemarongan atau Bolu teke - Indonesia

Sloks baah - Kemboja

Tam ling ; tam nin - Laos

Phakthamlung ผักตำลึง - Thailand

Hua brau - Vietnam

Ivy Gourd ; Small Gourd ; Scarlet Gourd - English

Nama botani - Coccinia grandis

Tanaman timun tikus atau juga dikenali sebagai pepasan, adalah merupakan sejenis sayuran tradisi yang banyak ditanam di kampung-kampung tradisional. Pokok timun tikus ini mudah tumbuh dan tinggi daya ketahanannya. Ianya boleh tumbuh melata di atas tanah atau di atas tunggul-tunggul kayu buruk atau pun di pagar-pagar di kampung kita.

Buah timun tikus di belakang rumah penulis.

Nama-nama Timun Tikus di India:

Sanskrit - bimbaphala, tundika

Hindi - Kunduru

Kannada - toned

Konkani – tendale

Malayalam - kovakkai

Marathi – bimba, tendali, tondli

English - Gentleman's toes, ivy gourd


Buahnya kecil dan comel.

Buah timun tikus biasanya dimakan mentah sebagai ulaman baik bersama sambal kelapa atau sambal belacan. Buahnya rangup atau rapuh cukup enak dimakan bersama nasi putih. Namun begitu buah timun tikus juga boleh dimasak gulai bersama ikan air tawar baik dalam bentuk kari atau gulai masam.

Buah timun tikus sesuai dibuat ulam.

Buah timun tikus yang telah masak.

Pucuk daun timun tikus yang lembut ini, sesuai dibuat rebusan atau ditumis seperti menumis sayuran sawi atau lobak. Ianya juga boleh dimasak sebagai sayuran campur bersama dengan putik jagung atau cendawan.

Pucuk timun tikus yang sedap dibuat sayur.

Ada pihak yang mengatakan bahawa dengan memakan sayuran buah timun tikus ini dapat mengawal kencing manis.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan