Johor Search

Custom Search

Followers

28 September 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Jamuan Untuk Anak-Anak Yatim Di OUM Perak

Posted: 27 Sep 2011 07:52 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Sempena majlis jamuan hari raya Aidil Fitri OUM Perak, pihak pengurusan OUM Perak telah menjemput anak-anak yatim dari Baitul Aini, Simpang Pulai untuk diraikan dalam majlis tersebut.

Tersentuh rasa hati apabila melihat keadaan anak-anak yatim ini walau pun diurus dengan baik oleh pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Baitul Aini, Simpang Pulai ini.

Penulis dapat merasakan perasaan anak-anak yang masih kecil yang sudah ketiadaan ibu atau ayah ini, kerana amat sukar kita memberikan kasih sayang sebagaimana kasih sayang seorang ayah atau ibu terhadap anaknya.

Anak-anak yatim Baitul Aini sedang menikmati hidangan hari raya di OUM Perak.

Anak-anak yatim sedang mengambil makanan.

Sebahagian dari anak-anak yatim dari Baitul Aini.



Salah seorang dari anak- anak yatim.

Tutors Meeting

Posted: 27 Sep 2011 06:52 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

The meeting was held on 17 September 2011 at OUM office, Jalan Lim Bo Seng, Ipoh.

Dr. Richard Ng (Director OUM Perak)





Majlis Jamuan Hari Raya Di Rumah Dato' Hasbullah

Posted: 27 Sep 2011 06:41 AM PDT

Di majlis jamuan hari raya di rumah Dato' Hasbullah Osman di Ipoh baru-baru ini.

Dari kiri, penulis, cikgu Hatta, Dato' Hasbullah, Dr Richard Ng (Pengarah OUM Perak) bersama isterinya.

Islam diperalat untuk dapatkan kuasa - Raja Nazrin

Posted: 27 Sep 2011 06:07 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.

''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.

''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.

Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

Source: Utusan Malaysia Online.

Kerajaan tubuh Ainuddin Wahid Endowment Fund

Posted: 27 Sep 2011 06:01 AM PDT

2011/09/27


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan Ainuddin Wahid Endowment Fund dengan dana berjumlah RM10 juta, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun mulai tahun ini.

"Dana ini akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD terbaik UTM setiap tahun untuk mengikuti sangkutan selama enam bulan di institusi akademik tersohor dunia, iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu

Posted: 27 Sep 2011 05:58 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Titah Tuanku Mizan, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pula telah menetapkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan harmoni dan damai.

''Kepelbagaian kaum dan etnik yang merupakan ciri atau pola utama demografi di negara kita pula telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan menariknya kepelbagaian ini disulami dengan kontrak sosial yang mendasari Perlembagaan Persekutuan.

''Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat untuk memelihara dan mengekalkan keharmonian hidup bersatu padu dalam masyarakat yang berbilang kaum ini," titah Seri Paduka ketika merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah; Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu Seri Paduka bertitah, usaha-usaha ke arah memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah dan institusi penguatkuasaan agama agar setanding dengan perundangan sivil hendaklah diteruskan.

Justeru titah Yang di-Pertuan Agong, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi yang berkait rapat dengan perundangan syariah bagi memastikan tugas yang dilaksanakan lebih mudah, cepat dan berkesan.

''Sistem Raja Berperlembagaan memberi pengiktirafan raja sebagai Ketua Agama. Selaras dengan itu, usaha-usaha untuk memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah agar setanding dengan perundangan sivil di negara ini hendaklah diteruskan," titah baginda.

Dalam titah ucapannya, Tuanku Mizan turut menyentuh fungsi dan peranan majlis agama Islam negeri yang perlu diperkasakan bagi menjamin kelestarian pembangunan ekonomi umat Islam.

Untuk itu titah Seri Paduka, strategi yang berkesan perlu dibangunkan bagi membuktikan keupayaan pihak majlis meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam.

''Jalinan kerjasama perlu dirangka serta digiatkan membabitkan pelbagai pihak terutama untuk memajukan perdagangan dan pelaburan dalam sektor sedia ada. Selain itu, fungsi zakat sebagai rukun Islam ketiga juga seharusnya diberikan perhatian serius

''Adalah penting untuk mengkaji kaedah ke arah mempromosi zakat di samping memperhebatkan galakan menghulur sedekah jariah supaya kedua-dua elemen ini dapat dimanfaatkan fungsinya sebagai salah satu jentera penggerak sosioekonomi yang dapat menjana kekayaan bagi umat Islam sejagat sepanjang zaman," titah Seri Paduka.

Mengenai kemajuan masyarakat, baginda mengenal pasti isu pendidikan merupakan kepentingan masyarakat Islam masa kini.

''Satu masalah yang membelenggu kemajuan kita ialah lemahnya komitmen kita dalam pelaburan pendidikan. Masalah ini perlu diatasi supaya masyarakat Islam tidak terus ketinggalan.

''Oleh itu beta berharap peranan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam atau Lepai akan terus diperkukuhkan bersama majlis agama Islam negeri demi kepentingan pendidikan agama Islam di negara ini," titah Seri Paduka.

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan