Johor Search

Custom Search

Followers

24 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Makan Berulam Di Bulan Ramadhan

Posted: 23 Aug 2011 11:21 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Sesuai dengan suasana Ramadhan yang mulia ini, makanan yang segar cukup sesuai dengan keperluan badan kita. Oleh kerana itu, kali ini penulis makan sedikit nasi dengan berulamkan kacang panjang yang muda dan batang lambuk atau kemumu mentah dikawankan dengan sambal tempoyak - melilih air liur dibuatnya.

Pelepah lambuk atau kemumu muda.

Kacang panjang yang muda.

Dan ini pula, sambal asam tempoyak yang menyelerakan.


Gabungan yang cukup menyelerakan.



STAR (Ipoh) bina Galeri Tun Hamdan

Posted: 23 Aug 2011 10:44 AM PDT


23/08/2011

IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di sini akan menubuhkan sebuah galeri bagi menempatkan catatan sejarah mengenai tokoh tersebut.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, galeri tersebut akan ditempatkan di sebuah bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih di atas tanah seluas 1.9 ekar dan dijangka beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.

Katanya, perbincangan bersama Arkib Negara dan Yayasan Tun Hamdan telah dilakukan bagi menempatkan bahan-bahan sejarah melibatkan tokoh tersebut di galeri itu.

"Pembinaan galeri ini cukup bermakna kerana ia merupakan usaha bagi memperingati jasa dan sumbangan Tun Hamdan yang berkhidmat di sekolah ini sejak ia ditubuhkan.

"Perbincangan telah diadakan bersama pihak yayasan dan kerja-kerja pembinaan dan pengumpulan bahan sejarah akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan biasiswa, zakat dan sumbangan raya kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yatim negeri Perak di sini, hari ini.

Seramai 58 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu STAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah dan SMK Clifford menerima biasiswa Yayasan Tun Hamdan berjumlah RM500 setahun bagi tingkatan empat dan lima, manakala RM650 bagi tingkatan enam.

Source: Utusan Malaysia Online.


Maklumat tambahan dari arkib:

Foto kenangan Allahyarham Tun Hamdan diiringi masyarakat Minangkabau selepas dianugerahkan gelaran Datuk Bagindo Sati oleh Datuk Rangkayo Mulia Nan Kuning, selaku Gabenor Sumatra Barat pada 19 Disember 1991.
Sumber: Tun Hamdan - Guru Sepanjang Hayat oleh Mohd Nor Long.


Masjidil Haram dibesarkan lagi

Posted: 23 Aug 2011 09:10 AM PDT


JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Source: Utusan Malaysia Online.

Suasana Umat Islam Beribadat Di Masjidil Haram

Posted: 23 Aug 2011 08:45 AM PDT

Suasana umat Islam yang tekun beribadat di penghujung bulan Ramadhan yang mubarak ini.

Sumber Foto: internet.

Sumber Foto: internet.

Sumber Foto: internet.


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan