Johor Search

Custom Search

Followers

21 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Ketepikan selisih politik demi perpaduan

Posted: 20 Aug 2011 09:25 PM PDT

LIPIS 20 Ogos - Semangat patriotik perlu disemarakkan bersama sambutan Hari Raya Aidilfitri demi mengekalkan perpaduan yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, sambutan hari kemerdekaan yang akan diraikan bersama Aidilfitri hujung bulan ini perlu dihayati, khususnya umat Islam di negara ini.

"Sempena sambutan berkenaan wajarlah orang Melayu terus bertaut berasaskan nilai Islam bagi mengelak berlaku perpecahan yang boleh membantutkan pembangunan negara.

"Umat Islam juga tidak wajar berpecah akibat bertekak mengenai perkara remeh-temeh dan kelemahan itu akan dieksploitasi oleh musuh untuk melemahkan Islam dan menjajah negara ini," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan menjelang hari raya Aidilfitri kepada penduduk Kampung Sungai Damak, Benta dekat sini, semalam.

Mohd. Soffi berkata, benteng terbaik umat Islam adalah mengukuhkan perpaduan, mengeratkan nilai persahabatan, hormat-menghormati antara masyarakat sekeliling tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.

"Jika ini dititikberatkan bukan sahaja umat Islam kembali kukuh, tetapi juga keamanan yang dinikmati seluruh masyarakat berbilang kaum sejak 54 tahun negara mencapai Kemerdekaan dapat dikekalkan," katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat Islam supaya sambutan kemerdekaan negara dan Aidilfitri disambut dengan kegembiraan bersama kaum-kaum lain.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat dari kaum lain perlu didedahkan dengan sikap umat Islam yang menggalakkan amalan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Hala tuju kedamaian global sejak 39 tahun lalu

Posted: 20 Aug 2011 09:17 PM PDT

ANTARA bahan bacaan penting dewasa ini ialah On China oleh Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syrikat, setelah mengunjungi negara itu lebih 50 kali.

Ini ialah kerana Amerika masih kuasa dunia nombor satu dan China pula telah menjadi kuasa ekonomi nombor dua dan dengan itu berupa faktor penting dalam menentukan kedamaian global.

Kunjungan paling penting Kissinger ialah manakala mengiringi Presiden Nixon mengadakan lawatan bersejarah ke Beijing untuk berunding dengan Mao Zedong, pemimpin besar China pada 21 Februari, 1972.

Seperti dicatat oleh Kissinger, 88 tahun, pada peringkat awal bukunya (586 muka), terbitan Penguin Press pada awal tahun 2011: "Hampir 40 tahun dahulu adanya, Presiden Nixon menghantar saya ke Beijing untuk usaha memulihkan hubungan dengan sebuah negara penting dalam sejarah Asia." Walhal selama sekian lama Nixon terkenal kerana pendiriannya yang anti-komunis.

Maka berundinglah Nixon dengan Mao mengenai pelbagai perkara, termasuk masa depan benua Asia. Ia berkaitan dengan persaingan antara Amerika dan China hingga ke abad 21 tertumpu kepada jurusan ekonomi dan sosial.

Mengejutkan ialah satu kenyataan berulang dari Mao mengenai perang nuklear: "Kalau pihak imperialis melancar perang ke atas kami, maka kami mungkin kehilangan lebih dari 300 juta nyawa rakyat. Ada apa? Perang adalah perang. Pada tahun-tahun berikutnya nanti lebih ramai lagi bayi akan lahir".

Faedah

Juga dicatat oleh Kissinger ialah kisah pertemuan Mao dengan Khrushchev, pemimpin Soviet Union pada satu masa lalu, yang bertanya kenapa pihak China membiarkan Dalai Lama melarikan diri dari Tibet pada tahun 1959: Negara kami tidak akan membenarkan dia lari. Kini ia berada di India dan mungkin pergi ke Amerika. Apakah ini memberi faedah kepada negara-negara sosialis?

Mao menjawab: Kami tidak dapat menangkap semasa itu. Kami tidak boleh melarangnya meninggalkan negara kerana sempadan dengan India begitu jauh sekali dan beliau boleh menyeberang di mana saja.

Mengenai satu aspek lain pula Mao menegaskan kepada Khruschev pada tahun 1958 bahawa China akan mendahului Soviet Union menjadi negara komunis sepenuhnya. Kenyataan itu dianggap oleh pihak Soviet Union sebagai sesuatu yang "bidaah" dari segi ideologi.

Kissinger juga menulis mengenai dialog antara Nixon dengan Zhou Enlai, Perdana Menteri China atas asas-asas hubungan negara, termasuk jurusan ekonomi.

Lalu dicatat pelayaran Laksamana Zheng He (1405-1437), seorang warga Islam China, ke Pulau Jawa, India dan Afrika antara lainnya. Lalu beliau menyampaikan pelbagai hadiah istimewa dari Maharaja China. Tiada pun pihaknya menjajah mana-mana negeri seperti dilakukan oleh penjajah-penjajah Eropah kemudiannya.

Pada satu peringkat Nixon memuji Mao kerana melaksanakan pelbagai transformasi atas tamadun China ribuan tahun. Lantas Mao membalas: "Saya tidak dapat mengubahnya. Saya hanya berjaya membawa beberapa perubahan kecil di tempat-tempat di pinggir Beijing".

Jelas dari karya Kissinger ialah tiada hasrat untuk Amerika melancarkan perang dingin seperti telah berlaku terhadap Soviet Union dulu. Hubungan di antara Amerika dan China ialah untuk menegakkan kedamaian dan kesejahteraan global. Masa depan Asia bergantung padanya.

Pada peringkat akhir setelah Kissinger menulis; Setelah Perdana Menteri Zhou Enlai dan saya mencapai persetujuan mengenai kenyataan bersama kunjungan beliau berkata "ini akan mengejutkan dunia".

Mao menjadi pemimpin Parti Komunis China selama 40 tahun dan Zhou menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tan Sri Mazlan Nordin

ialah Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Source: Mingguan Malaysia Online.

Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah Melawat Warga Meru 3C

Posted: 20 Aug 2011 04:16 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Petang hari Sabtu yang baru lalu, Menteri Kewangan II, yang juga ahli parlimen Tambun, telah datang ke Taman Meru 3C untuk beramah mesra dengan penduduk, menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan bantuan dan menziarahi warga yang uzur.

Ketibaan Dato' Seri dalam hujan yang agak lebat.

Disambut Tuan Haji Yaakob.



Sama-sama bersila dengan warga Meru 3C.

Selepas menyampaikan bantuan.

Pasti ada cerita menarik oleh Tuan Haji Yaakob.

Dato' Seri sentiasa ceria.





Dato' Seri menziarahi warga yang uzur.




No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan