Johor Search

Custom Search

Followers

19 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Usahawan Muda Nasi Ayam Gunung Pondok

Posted: 18 Aug 2011 11:52 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Bulan Ramadhan bulan yang cukup mulia di sisi umat Islam kerana di bulan inilah umat Islam diwajibkan berpuasa kepada mereka yang berkuasa melaksanakannya. Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini pula, timbul banyak peluang kepada umat Islam untuk mula terjun di dalam bidang perniagaan - khususnya dalam bidang penyediaan makanan (kuliner).

Lapangan perniagaan cukup memberikan peluang kepada semua yang tidak takut untuk menceburinya. Kita berasa cukup bangga dengan keberanian anak-anak muda yang berbekalkan keazaman yang kukuh masuk ke dalam dunia yang menjanji keberuntungan di masa hadapan ini.

Lihat anak-anak muda yang ceria berjualan nasi ayam berjenama "Nasi Ayam Gunung Pondok" - suatu tempat di Padang Rengas.

Produk jualan mereka dikemas rapi dan bersih.

Nasi ayam Gunung Pondok - jenama yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.



Tokoh akademik Britain iktiraf kualiti pendidikan di Malaysia

Posted: 18 Aug 2011 11:14 AM PDT

2011/08/18

KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, kata Naib Canselor Antarabangsa University of East London (UEL) Prof John Shaw.

Beliau berkata, Malaysia mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.

"Mereka ke sini kerana yakin akan mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UEL dengan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, hari ini.

Pada majlis yang disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, Picoms diwakili pengerusi eksekutifnya Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad.

Shaw berkata, beliau gembira kerana Malaysia memberi komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia dan Britain mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Mengenai MoU berkenaan, Shaw berkata UEL memilih Picoms kerana rekod cemerlangnya sebagai penyedia pendidikan bioperubatan.

Shaw, yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, berkata selain Picoms, UEL juga mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti lain termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menubuhkan pusat kewangan Islam bersama di UiTM dan di kampus UEL di Timur London.

Ahli akademik itu berkata, beliau tidak sabar menunggu kedatangan pelajar Britain untuk melanjutkn pengajian di sini melalui program berkembar.

"UEL mempunyai lebih 28,000 pelajar, 3,500 daripada mereka rakyat Malaysia," katanya. – BERNAMA

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Suasana Pasar Ramadhan Kuala Kangsar

Posted: 18 Aug 2011 11:08 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Suasana di Pasar Ramadhan Kuala Kangsar cukup teratur dan bersih. Dibina di pinggiran tebing Sungai Perak yang amat bersejarah itu. Di tepi Pasar Ramadhan tersedia sebuah taman indah sesuai untuk bersiar-siar. Bagi yang membawa keluarga, molek sangatlah berehat di waktu petang di sini.

Hampir setiap petang ramai pembeli juadahuntuk berbuka puasa berkunjung ke sini - untuk mencari sesuatu yang sesuai dimakan semasa berbuka nanti.

Pembeli dan pengunjung berpusu-pusu di Pasar Ramadhan Kuala Kangsar di tebing Sungai Perak ini.

Yang mana sudah cukup bekalan, mulai beransur pulang.


http://idristalu.blogspot.com/


Anika Lauk Pauk Untuk Berbuka Puasa Ramadhan

Posted: 18 Aug 2011 11:52 AM PDT

By Idris Ismail Talu

Bagi yang bekerja, biasanya memang tidak sempat menyediakan lauk pauk untuk berbuka puasa. Oleh kerana itu, ramai wanita yang bekerja terpaksa beralih arah ke Pasar Ramadhan untuk mencari lauk pauk untuk berbuka puasa selepas habis waktu bekerja.

Tinggal tunjuk sahaja, yang mana satu pilihan hati.

Rendang ayam basah cara Perak.

Banyak lagi pilihan lauk pauk dan pelbagai sayuran tersedia di Pasar Ramadhan.



Malaysia duduki tempat ke - 11 pilihan pelajar antarabangsa

Posted: 18 Aug 2011 11:52 AM PDT

2011/08/18

GEORGETOWN: Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai negara pilihan utama pelajar antarabangsa untuk meneruskan pengajian, kata Timbalan Ketua Pengarah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Katanya, Malaysia kini menguasai dua peratus daripada jumlah pelajar antarabangsa di seluruh dunia.
"Sehingga Jun 2011, jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia melebihi 90,000 orang dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan 200,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2020," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung dengan IPTS Zon Utara di sini, hari ini.

Teks ucapan Siti Hamisah dibacakan oleh Pengarah Bahagian Governan IPTS, Dr Mohd Ali Abdul Rahman.

Katanya, kecenderungan penambahan bilangan pelajar antarabangsa di negara ini disokong oleh dasar liberalisasi pengajian tinggi yang membuka 100 peratus ekuiti asing menjelang 2015.

Siti Hamisah berkata, bidang utama yang menjadi kekuatan Malaysia untuk diterokai dari aspek bidang pengajian tinggi ialah Hospitaliti dan Pelancongan, Perkhidmatan Kesihatan, Kewangan Islam dan Perniagaan serta Bidang Kejuruteraan Termaju, Sains dan Inovasi.

Katanya, bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, negara amat memerlukan sokongan IPTS dalam melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.

Beliau berkata, ketika ini akses kepada pengajian tinggi negara bagi kohort umur antara 17 hingga 23 tahun adalah 40 peratus dan dijangka meningkat kepada 60 peratus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

"Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pengajian tinggi swasta adalah antara penggerak utama kepada perkembangan ekonomi negara.

"Ini sesuai dengan unjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) bahawa sektor pengajian tinggi negara bakal menyumbang antara RM34 bilion hingga RM61 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020," katanya. – BERNAMA

Source: Berita Harian Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan