Johor Search

Custom Search

Followers

18 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Anika Juadah Untuk Berbuka Puasa

Posted: 17 Aug 2011 02:25 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Pelbagai jenis kuih muih ada dijual di Pasar Ramadhan di merata kampung dan bandar. Antara yang cukup terkenal ialah kuih lapis. Kuih lapis tradisi ini agak berbeza dengan kuih lapis Serawak. Kuih lapis tradisi tidak menggunakan butter dalam campurannya.

Kuih lapis tradisional - banyak dijual di Pasar Ramadhan.

Kuih seri muka berkepala gula kabong.

Seri muka berkepala hijau, biasanya menggunakan hijau dari daun pandan.


http://idristalu.blogspot.com/

UM alami krisis kemerosotan?

Posted: 17 Aug 2011 12:36 PM PDT

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN, pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon.

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

"Berikutan itu, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

"Pelantikan dibuat bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking sehingga menganaktirikan pensyarah tempatan yang telah lama berkhidmat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Naib Canselor UM itu pernah mengeluarkan kenyataannya Mac lalu yang mengakui 'kegilaannya' meletakkan universiti tersebut dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Usaha tersebut bagaimanapun kurang berkesan kerana rangking universiti tertua di Malaysia itu jatuh ke tangga 207 pada 2010 berbanding kedudukan 180 pada 2009.

Azmi mendakwa Ghauth turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Tindakan ini menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia.

"Beliau hanya memberi tumpuan kepada penerbitan jurnal antarabangsa tanpa mengira kualiti penyelidikan dan mutu jurnal semata-mata untuk mengejar rangking sehingga mengabaikan fungsi teras universiti untuk menyebarkan ilmu dan melahirkan graduan berkualiti," katanya.

Ghauth dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.

Source: Utusan Malaysia Online.

Kuih Muih Untuk Berbuka Puasa

Posted: 17 Aug 2011 12:20 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Jika kita ke Pasar Ramadhan di mana juga, kita boleh berjumpa pelbagai jenis kuih muih yang disediakan oleh penjual-penjual kuih kita. Kita hanya perlu memilih yang mana satu kuih kesukaan kita.

Popia goreng - cukup rangup bila dimakan. Kelebihan popia goreng ialah ianya boleh disimpan lebih lama berbanding popia basah.

Samosa - adik beradik dengan karipap dan popia goreng. Ada pembuat samosa yang memasukkan daging atau ayam sebagai inti samosa mereka.

Karipap - sebutan Melayu untuk curry puff - cukup terkenal di Malaysia.


http://idristalu.blogspot.com/



Henti minum 'kopi tahi musang'

Posted: 17 Aug 2011 12:23 PM PDT

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali, am@hmetro.com.my

IPOH: Orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum 'kopi tahi musang' atau kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum.

Difahamkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim sebelum ini pernah mengadakan kajian kopi luwak di Jakarta, Indonesia pada 8 hingga 11 Jun lalu, namun fatwa berhubung kopi berkenaan belum diputuskan hingga kini.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, rombongan kajian itu diketuai Mufti Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Datuk Hassan Ahmad, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mahamad Arifin, Timbalan Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang dan beberapa kakitangan Jakim.

"Tujuan kajian itu dijalankan merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi itu.


"Difahamkan rombongan Malaysia itu dibawa ke pusat pemprosesan kopi luwak di Cileungsi, Bogor bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan kopi berkenaan," katanya. Ahli rombongan turut dibawa menemui Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar maklumat selain pandangan berhubung kopi berkenaan yang difatwa halal oleh majlis ulama republik berkenaan.


Sumber Jakim itu berkata, hasil kajian itu dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan berhubung sama ada ia halal diminum atau sebaliknya.

"Berdasarkan lawatan itu, pihak rombongan turut mendapatkan sampel biji kopi itu membolehkan kajian terperinci dilakukan. Difahamkan pihak MUI menghalalkan kopi itu diminum dengan alasan biji kopi itu tidak menyerap kotoran najis musang serta boleh disemai dan menjadi pokok sekiranya ditanam," katanya.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan