Johor Search

Custom Search

Followers

17 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Kuih Muih Untuk Berbuka Puasa

Posted: 16 Aug 2011 12:07 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Juadah untuk berbuka puasa biasanya terdiri dari penganan atau kuih yang agak lembut, mudah untuk dikunyah dan dihadhamkan oleh perut.

Kuih koci - diperbuat dari tepung pulut @ ketan dengan berintikan kelapa parut bergula melaka.

Kuih limeh - tepung cair lagi lembut, bergula (manis).

Kuih Abok-Abok - kuih yang diperbuat dari sagu berintikan kelapa parut dan bergula melaka.


JKM Sarawak agih RM59.5 juta bantuan dalam tempoh tujuh bulan pertama

Posted: 15 Aug 2011 11:30 PM PDT

SIBU 15 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengagihkan RM59.5 juta kepada 43,940 penerima bantuan kebajikan bulanan dari Januari sehingga bulan lalu.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Johnny Naruddin berkata, jumlah bantuan tersebut dijangka mencecah lebih RM100 juta menjelang tahun ini dengan purata jumlah bayaran bulanan kepada penerima yang layak sekitar RM8 juta hingga RM9 juta sebulan.

"Kadar bantuan bulanan kepada setiap penerima tersebut adalah antara RM60 hingga RM450 sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 200 penerima bantuan bulanan JKM yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee di sini, hari ini.

Dalam pada itu Johnny berkata, pihaknya memperuntukkan RM609,000 untuk diagih kepada 12,180 penerima bantuan Islam di Sarawak sepanjang bulan Ramadan ini.

"Selain daripada bantuan bulanan yang kita beri selama ini, sumbangan tambahan akan dimasukkan ke dalam akaun mereka bagi meringankan beban menyambut hari raya yang bakal tiba.

"Sumbangan serupa turut diberikan kepada penerima yang menyambut perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Krismas," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan