Johor Search

Custom Search

Followers

16 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Anika Lauk Pauk Untuk Berbuka Puasa Ramadhan

Posted: 15 Aug 2011 11:40 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Di samping juadah sayuran, telah menjadi kebiasaan orang Melayu menyediakan lauk-pauk untuk berbuka puasa Ramadhan.

Masak lemak ketam dengan cabai melaka.

Gulai tempoyak ikan jelawat.

Masak lemak ikan kembung dengan cili api.


Anika Juadah Sayuran Untuk Berbuka Puasa

Posted: 15 Aug 2011 11:28 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Dalam setiap menu untuk berbuka puasa Ramadhan, kebiasaannya tidak dapat meninggalkan sayuran dalam senarai makanan yang perlu disediakan.

Pajeri jantung pisang (banana blossom).

Gulai kemahang (keladi liar) yang cukup menyelerakan.

Masak lemak pucuk paku.


Dari Utusan Melayu 15-Ogos-2011

Posted: 15 Aug 2011 08:40 AM PDT

Source: Utusan Melayu 15 Ogos 2011.

Dari Utusan Melayu 15-Ogos-2011

Posted: 15 Aug 2011 08:38 AM PDT

Ketidakfahaman tentang ganjaran bersembahyang tarawikh, antara penyebab jemaah tarawikh berkurangan.

Source: Utusan Melayu 15 Ogos 2011.

Dari Utusan Melayu 15-Ogos-2011

Posted: 15 Aug 2011 08:34 AM PDT

Usaha kerajaan Negeri Perak dalam meringankan bebanan peniaga di Bazar Ramadhan di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan.

Source: Utusan Melayu 15 Ogos 2011.

Dari Utusan Melayu 15-Ogos-2011

Posted: 15 Aug 2011 08:19 AM PDT

Berita tentang setem khas warisan Malaysia dan Indonesia.

Source: Utusan Melayu 15 Ogos 2011.

Jerantut ‘Bandar Taman Negara’

Posted: 15 Aug 2011 07:30 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN, amir.mansor@utusan.com.my

JERANTUT 14 Ogos – Berada di bandar ini, pasti akan merasai satu kelainan kerana Jerantut kini sudah berubah wajah. Bandar ini kian membangun dengan pesat.

Udang galah dari salah satu sungai di Jerantut.

Apa tidaknya, bandar Jerantut berterusan menjadi tumpuan para pelancong, usahawan mahupun penduduk yang hendak menetap atau mencari pekerjaan.

Terletak di laluan utama ke Taman Negara Kuala Tahan, bandar ini mula diuar-uarkan sebagai Bandar Taman Negara.

Secara tidak langsung, produk-produk pelancongan yang terdapat di daerah ini, memberi kelebihan kepada bandar Jerantut dan sekitarnya.

Malah, kedudukan pelancongan di Bandar Taman Negara ini sentiasa menjadi keutamaan kepada pelancong untuk berkunjung sepanjang tahun.

Bagi menjadikan Jerantut terus berkembang pesat, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) telah mengatur strategi bagi merealisasikan perancangan tersebut.

Masakan tradisional Pahang - tarikan kepada pengunjung di Jerantut.

Beberapa pendekatan diambil termasuk meningkatkan lagi kemudahan serta daya tarikan terbaharu memandangkan bandar itu sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

MDJ juga dilihat menggunakan segala produk yang terdapat di Jerantut untuk diketengahkan seperti kemudahan rekreasi, golf, sukan, aktiviti lasak, gua, budaya dan banyak lagi.

Dari segi rekreasi melibatkan penjelajahan, Gua Kota Gelanggi yang mengandungi beberapa buah gua lain seperti Gua Balai, Gua Ular, Gua Hijau dan Gua Tangga 99, dilihat berpotensi sebagai produk pelancongan.

Meneroka Gua Kota Gelanggi, ia sesuatu yang amat menarik. Pelancong boleh menghabiskan masa sehari suntuk meneroka gua-gua di sini.

Begitu juga dengan kemudahan golf di Lembah Kiol, ia sesuai untuk aktiviti sukan selain penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berada di Jerantut, pelancong yang meminati aktiviti lasak juga boleh meneroka kawasan-kawasan pedalaman di mana terdapat air terjun, sungai dan sebagainya seperti di Ulu Salan, termasuk penggunaan pacuan 4x4 dan kenu.

Satu lagi daya tarikan di Jerantut ialah gugusan tanah rancangan Felda dengan produk-produk tersendiri diketengahkan oleh golongan peneroka.

Pelancong boleh merasai kehidupan sebagai peneroka apabila berkunjung ke tanah rancangan di situ.

Untuk menjadikan Jerantut tumpuan ramai, MDJ mahu lebih banyak penganjuran aktiviti dilakukan bukan sahaja dari MDJ sendiri, malah oleh pihak swasta.

Antara program dalam masa terdekat melibatkan Jerantut ialah Merdeka Challenge yang bakal diadakan September ini dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Pahang.

Anjuran Merdeka Challenge bakal melibatkan 50 hingga 100 buah kenderaan pacuan empat roda.

Aktiviti itu mendapat kerjasama Middle Earth yang melibatkan pelbagai aktiviti lasak dan santai. Turut sama menjayakan Merdeka Challenge ialah Kelab Redah 4x4.

Merdeka Challenge melibatkan aktiviti pacuan 4x4, berbasikal, golf dan banyak lagi. Lebih menarik beberapa kategori hadiah disediakan. Yang berminat boleh menghubungi Middle Earth, di talian 012-9819145.

Apa yang pasti, Merdeka Challenge di Lembah Kiol itu bakal mewarnai kalendar Jerantut setiap tahun melibatkan semua peringkat usia.

Ia juga dianggap sebagai aktiviti berkeluarga dan sasaran seterusnya menjadikan Merdeka Challenge bertaraf antarabangsa.

Mengenai perubahan mendadak di Jerantut, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, antara cadangan difikirkan ialah mengabadikan nama Mat Kilau pada sebatang jalan raya di bandar berkenaan.

Menurutnya, pada masa ini sebuah bulatan telah dinamakan Bulatan Mat Kilau.

Langkah MDJ itu dilihat amat tepat memandangkan nama Mat Kilau adalah catatan sejarah yang mengharumkan nama Jerantut, negeri Pahang dan juga negara.

SEORANG kaki pancing menunjukkan udang galah diperoleh setelah memukat di sebatang sungai di Jerantut.

Selain itu, bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi, MDJ turut memperkenalkan konsep berniaga malam 'uptown' bagi 'menghidupkan' suasana di Jerantut.

Uptown bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan, malah pelancong yang datang atau hendak pulang menggunakan kereta api, akan berbelanja sebelum memulakan perjalanan mereka.

Pada bulan Ramadan ini pula, Jerantut memang terkenal dengan makanan murtabaknya hinggakan ia menjadi tumpuan penduduk luar.

Apabila berada di Jerantut, sebuah menara jam yang baru dibina pasti menarik perhatian pengunjung di samping sebuah galeri yang masih dalam pembinaan serta pengisian.

Galeri berkenaan akan memberi segala maklumat mengenai sejarah dan pelancongan yang terdapat di Jerantut serta sekitarnya.

Wan Norizan berkata, MDJ akan terus mengorak langkah membangunkan Jerantut bukan sahaja dari segi ekonomi, malah sektor pelancongan.

Sehubungan itu, beberapa program kini dalam perancangan dan akan dimaksudkan dalam kalendar Jerantut untuk menarik kehadiran pengunjung.

Source: Utusan Malaysia Online.

Teka - teki siapa bakal terajui MAS

Posted: 15 Aug 2011 07:07 AM PDT

KERJASAMA bersejarah di antara Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) sudahpun termeterai. Bagaimanapun, kerjasama tersebut masih tidak sempurna dan selesai, selagi syarikat penerbangan kebangsaan itu belum mempunyai peneraju.

Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz yang menjawat jawatan nombor satu MAS telah meletakkan jawatannya berikutan rombakan besar-besaran lembaga pengarahnya Rabu lalu.

Pelantikan individu bagi mengisi jawatan nombor satu MAS memang ditunggu-tunggu kerana ramai yang menanti siapakah yang bakal menduduki kerusi panas itu.

Jika aspek kemampuan, keupayaan dan kredibiliti dijadikan ukuran asas bagi pelantikan Pengarah Urusan MAS, ramai yang memberikan jawapan yang sama - iaitu Datuk Kamarudin Meranun.

Datuk Seri Shazalli Ramly

Malah, para penganalisis tempatan turut meletakkan Kamarudin yang menjadi 'tulang belakang' AirAsia sebagai pilihan utama sekiranya mereka turut berpeluang untuk membuat undian.

Namun, sekiranya mengambil kira aspek-aspek kelebihan lain, Khazanah Nasional Bhd. dan Jawatan Kuasa Eksekutif MAS (EXCO), mungkin banyak nama yang boleh dibentangkan di atas meja.

Sejak jawatan Pengarah Urusan MAS itu dikosongkan, pelbagai individu dikaitkan bakal dilantik menjadi peneraju syarikat penerbangan tersebut.

Antaranya, Datuk Seri Shazalli Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd.), Datuk Charon Wardini Mokhzani (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group Bhd.), Datuk Rohana Rozhan (Ketua Pegawai Eksekutif Astro) dan Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (bekas Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd.).

Tidak kurang juga ada yang berteka-teki kemungkinan MAS terpaksa menggunakan 'pemain import' bagi memulihkan semula imej MAS sebagai aset strategik negara.

Bagaimanapun, kemungkinan untuk mengambil orang luar adalah sangat mustahil kerana Malaysia masih mempunyai banyak calon di kalangan anak tempatan untuk mengemudi syarikat tersebut.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, syarikat penerbangan kebangsaan itu memerlukan seorang tonggak yang memiliki integriti tinggi sebagai pengarah urusannya yang baharu.

Menurutnya, calon tersebut perlu mempunyai latar belakang industri penerbangan yang kuat bagi memastikan perjalanan operasi syarikat tidak terganggu.

Datuk Rohana Rozhan.

Calon juga perlu mengetahui selok-belok perjalanan syarikat penerbangan dari pengurusan di peringkat atasan hingga di peringkat bawah termasuk operasi penerbangan, pramugari dan sebagainya.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan calon sesuai, Abdul Aziz berkata: ''Saya tidak mempunyai nama-nama tertentu''.

Bagaimanapun, beliau yang 20 tahun bersama MAS berpendapat, peneraju syarikat penerbangan itu lebih wajar dilantik di kalangan orang tempatan kerana lebih memahami mengenai budaya kerja negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Datuk Kamarudin Meranun

Yang lebih penting dan utama, bakal Pengarah Urusan MAS tidak mempunyai kepentingan peribadi dan perlu dedikasi terhadap tanggungjawab diberikan.

''Tidak kira siapa orang itu dari dalam MAS atau dari luar, beliau perlu mempunyai semangat untuk memulihkan syarikat dan anggaplah ianya seperti khidmat kepada negara,'' jelasnya.

Kamarudin dilihat sebagai calon paling tepat dan layak untuk meneraju MAS kerana keupayaan dan kejayaannya mengemudi AirAsia sehingga menjadi jenama terbaik Malaysia.

Kejayaan yang dicipta oleh Kamarudin dalam AirAsia bukan kecil-kecil anak, sebaliknya mengagumkan industri penerbangan dunia.

Bagaimanapun, ia mungkin sukar bagi Kamarudin untuk menyertai MAS kerana banyak aspek penting menjadi pertimbangannya terutama perancangan yang telah disusun untuk AirAsia, kelangsungan AirAsia dan isu-isu yang bakal dibangkitkan oleh para pemegang saham syarikat penerbangan tambang murah itu.

Tetapi, sekiranya melihat jawatan Pengarah Urusan MAS sebagai satu khidmat kepada negara, tentu ia tidak sukar untuk menolaknya.

Menurut para penganalisis tempatan, kali ini Khazanah selaku pemegang saham terbesar MAS tidak boleh lagi membuat kesilapan besar dalam pemilihan orang kuat MAS.

Pemilihan tepat itu perlu demi kelangsungan operasi MAS selaku syarikat milik kerajaan dan aset strategik negara.

Source: Utusan Malaysia Online.

Nasi Ayam Kuala Kangsar

Posted: 14 Aug 2011 11:16 PM PDT

By Idris Ismail Talu

Di antara keistimewaan kuliner Kuala Kangsar ialah nasi ayamnya yang mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Lihat betapa cerianya peniaga nasi ayam ini. Jualan nasi ayam mereka cukup baik.

Nasi ayam Kuala Kangsar di Pasar Ramadhan.


Nasi goreng kampung Kuala Kangsar - cukup menyelerakan.


Bubur Lambuk Mak Putih Kuala Kangsar

Posted: 14 Aug 2011 09:55 PM PDT

By Idris Ismail Talu

Bubur lambuk bukan terkenal di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur sahaja, ianya juga terkenal di Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Dan rasanya juga tidak banyak berbeza dengan bubur lambuk Kampung Baru. Di Kuala Kangsar ianya dikenali sebagai bubur lambuk Mak Putih.

Kita boleh menikmati bubur lambuk Mak Putih dengan hanya RM2 sahaja untuk satu paket.

Bubur lambuk Mak Putih Kuala Kangsar cukup menyelerakan. Rugi kalau anda tidak mencobanya.



Suasana Pasar Ramadhan Kuala Kangsar

Posted: 14 Aug 2011 09:35 PM PDT

By Idris Ismail Talu.


Pasar Ramadhan di Bandar DiRaja Kuala Kangsar terletak di pinggiran Sungai Perak. Walau pun tidaklah terlalu besar, ianya memenuhi keperluan warga Kuala Kangsar, terutama kepada mereka yang bekerja mencari makanan dan minuman yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Pasar Ramadhan ini dibina sebegitu rupa, iaitu beratap tinggi, mempunyai aliran udara yang baik serta cahaya lampu yang memadai untuk keperluan para peniaga dan pembeli di pasar ini.

Pasar Ramadhan Kuala Kangsar bukan sahaja dikunjungi oleh umat Islam sahaja, tetapi juga menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung bukan Islam dan juga pelancong-pelancong dari negara lain.


Idris Talu

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan