Johor Search

Custom Search

Followers

08 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Juadah Tradisi Changkat Jering

Posted: 07 Aug 2011 12:05 PM PDT

By Idris Ismail Talu

Mencari juadah makanan tradisi di Pekan Sari Changkat Jering memang jarang menghampakan. Pelbagai makanan tradisi boleh dijumpai di situ.


Antaranya ialah bahulu kemboja.

Pulut panggang yang disebut juga sebagai pulut udang.

Dan yang paling digemari ramai ialah lemang.


Berbuka Puasa Dengan Cendol dan Pisang Emas Ranum

Posted: 07 Aug 2011 11:50 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Dengan hawa panas di siang hari, petang tadi tergerak hati membeli cendol untuk pembasah tekak waktu berbuka puasa.

Cendol manis.


Berbuka dengan pisang emas yang telah masak ranum.



http://idristalu.blogspot.com/


Nombor daftar kenderaan “KDA 1” bernilai RM112,200

Posted: 07 Aug 2011 09:38 AM PDT

07/08/2011 2:48pm

ALOR SETAR 7 Ogos – Nombor pendaftaran kenderaan "KDA 1" mencatat sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sebagai nombor yang paling tinggi dibida iaitu dengan harga RM112,200 oleh individu kenamaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, selain "KDA 1", antara nombor pendaftaran lain yang dibida dengan harga yang tinggi ialah "KDA 11" dengan nilai RM18,480; "KDA 212" (RM11,100) dan "KDA 118" (RM1,010).

"Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan ramai yang beratur di kaunter bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Jumlah kutipan yang diperoleh oleh JPJ daripada nombor "KDA 1" hingga "KDA 9999" ialah RM762,601.90," katanya selepas merasmikan kaunter online JPJ di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA telah habis ditempah dan kini nombor pendaftaran KDB pula dibuka untuk tempahan mulai Rabu ini hingga 17 Ogos. – Utusan

Source: Utusan Malaysia Online

'Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’

Posted: 07 Aug 2011 09:24 AM PDT

Oleh Faiza Zainudin

2011/08/07

Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

"Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

"Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

"Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana," katanya.
Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Source: Berita Minggu Malaysia Online

Ramadhan bulan ibadat, bukan pesta makanan

Posted: 06 Aug 2011 11:08 PM PDT

2011/07/31

Umat Islam perlu patuh suruhan agama cari keberkatan, perbanyakkan amalan


BERMULA bulan puasa, akan meriahlah suasana dengan bazar menjual pelbagai juadah berbuka. Persoalannya, bagaimana mahu mendapat puasa penuh berkat, memastikan nafsu disekat, terutama mengelak membazir berbelanja berlebihan apabila terpukau melihat semua makanan lazat dijual.

Wartawan Berita Minggu, RASHIQAH ILMI ABD RAHIM dan NADIA HAMID menemubual bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz serta Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norimah A Karim untuk mendapatkan nasihat.

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz

MUNGKIN rata-rata umat Islam sudah tahu kelebihan berpuasa, namun boleh Datuk perjelaskan lagi dengan lebih terperinci?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Ramadan bulan disediakan Allah begitu banyak pahala untuk direbut umat Islam melalui setiap ibadat sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih." Begitulah betapa besarnya kelebihan Ramadan yang mana tidur pun dianggap ibadat.

Pada bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatulqadar di mana malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan pada malam itu. Pada Ramadan jugalah Allah SWT menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak memperbanyakkan serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya pada bulan mulia ini. Syaitan juga tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca daripada nafsu sendiri.

Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa, paling penting kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas pada Ramadan kerana berpuasa dapat menghalang manusia daripada kejahatan. Bagaimanapun, amat malang sekali apabila ada sesetengah individu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan pada bulan ini tanpa memikirkan kepentingan akhirat.

Sebenarnya tidak salah sekiranya mereka mengambil kesempatan untuk berniaga tetapi dengan dua syarat. Pertama jangan terlampau mementingkan keuntungan berganda. Kedua, jangan mengabaikan ibadat. Tetapi apa yang kita dapati hari ini kebanyakan peniaga di bazar Ramadan tidak sempat ke rumah Allah, lebih-lebih lagi jika mereka berniaga hingga lewat malam.

Justeru saya sarankan bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka ditutup setengah jam sebelum berbuka bagi memberi peluang kepada pengunjung dan peniaga membuat persiapan berbuka, seterusnya ke masjid untuk bertarawih. Saya juga cadangkan pihak berkuasa menahan orang Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang sama bersubahat dengan orang itu kerana tidak menghormati kemuliaan Ramadan.

Berita Minggu - Dari segi amalan pemakanan pada Ramadan pula, bagaimana yang digalakkan Islam?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Kunci utama ialah amalan pemakanan secara sihat, makan secara sederhana dan seimbang. Mengikut sunnah, lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka kerana ia kaya dengan tenaga serta serat. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit berkesan, namun kebanyakan kita suka mengambil makanan dalam kuantiti banyak. Amalan ini boleh menyebabkan sistem pencernaan lemah dan tidak boleh mencerna secara teratur.

Paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan ringkas terlebih dulu. Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW yang mengamalkan petua kesihatan mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Berita Minggu - Selalu kita lihat pada bulan puasa, banyak berlaku pembaziran sewaktu membeli juadah berbuka?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Pada bulan puasa, bazar Ramadan tumbuh bagaikan cendawan, sekali gus menyumbang kepada pembaziran. Di sanalah pelbagai jenis makanan ada untuk berbuka. Makanan yang dijual menyebabkan kita rambang mata membuat pilihan. Masa itu, segala amalan makanan sihat diketepikan kerana nafsu makan mengatasi segala-galanya.

Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: "Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air." Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi.

Malangnya setiap kali Ramadan, sebahagian umat Islam lebih gemar membazir dan ikut nafsu sedangkan cara demikian tidak dituntut Islam. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman berlebihan, perlulah bersederhana ketika menghidang juadah terutama ketika berbuka. Memang sukar mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah pelbagai jenis ada depan mata. Paling penting, umat Islam harus ingat tujuan berpuasa untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dan sebarang pembaziran pada Ramadan boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.

Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.

Berita Minggu - Apa pula pendapat Datuk dengan aliran berbuka puasa di hotel dan restoran mewah?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Menyentuh soal berbuka di restoran mahupun hotel, kita bukan saja pentingkan soal berbuka tetapi hendaklah berbuka dengan makanan yang pasti halalnya dan tidak meragukan. Selain berbuka, kita hendaklah memastikan menu atau makanan disediakan itu halal. Misalnya, setiap kali Ramadan, banyak pihak sibuk menganjurkan majlis berbuka di hotel mewah kepada orang susah khususnya anak yatim.

Meraikan golongan ini bukan satu kesalahan tetapi janganlah sampai ke peringkat riak dan bertujuan bermegah sehingga ada yang mengabaikan aspek halal. Bagi saya, daripada meraikan golongan ini dengan membawa mereka ke hotel mewah dengan bayaran tinggi untuk berbuka, lebih baik bagi wang ihsan dan sedekah secara terus kepada anak yatim. Bukan saja isu halal jadi persoalan, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah apabila sesetengah hotel atau restoran mewah menyediakan juadah berbuka dan pada waktu sama diiringi unsur hiburan yang boleh melalaikan seperti tarian dan nyanyian yang mana hiburan seperti ini amat tidak digalakkan.

Berita Minggu - Akhir sekali, apa nasihat Datuk kepada umat Islam pada Ramadan ini?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Amalan melatih anak kecil berpuasa baik tetapi persoalannya, mengapa puasa lebih diutamakan sedangkan ibadat lain lebih penting seperti solat diabaikan. Saya bimbang dan takut sekiranya ibu bapa membiasakan anak dengan berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, sia-sialah puasa mereka. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Perintahkanlah atau suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat ketika usianya tujuh tahun dan apabila menjangkau usia 10 tahun, pukul mereka jika mereka tidak mahu bersolat".

Berpandukan hadis ini jelas Rasulullah SAW lebih mengutamakan solat berbanding puasa. Tetapi apa saya lihat hari ini, kebanyakan ibu bapa lebih menekankan puasa terhadap anak-anak tetapi mengabaikan solat. Dalam mengabaikan solat ada pula yang tidak mengendahkan bulan puasa.

Berdasarkan pemerhatian saya, masih ada generasi muda tidak memahami perkara ini dan mereka tidak berpuasa, tanpa segan silu memperlihatkan kepada orang ramai yang mereka tidak berpuasa dengan menghisap rokok. Dalam Islam sepatutnya orang yang tidak boleh berpuasa seperti perempuan yang datang haid, sakit dan seumpamanya walaupun mereka tidak berpuasa, dilarang makan dan minum di khalayak ramai kerana menghormati Ramadan. Inikan pula orang yang sengaja tidak berpuasa.


Prof. Dr. Norimah A Karim

SEMUA maklum sepanjang Ramadan, apa saja makanan yang dilihat seperti sedap belaka. Bagaimana mahu memastikan pengambilan makanan seimbang sepanjang bulan puasa?

Prof Dr Norimah A Karim - Pada pandangan saya, pengambilan makanan seimbang perlu berasaskan Piramid Pemakanan Malaysia 2010 yang terbahagi kepada empat kumpulan makanan membabitkan tiga hingga empat hidangan karbohidrat, hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan, produk tenusu, protein dan sedikit lemak. Umumnya setiap individu tahu kaedah dan pendidikan pemakanan seimbang namun jarang mempraktikkannya. Hanya segelintir cenderung menjaga pemakanan mereka, manakala selebihnya gemar makan melebihi kehendak dan kurang bersenam menyebabkan masalah kegemukan.

Sukar mengubah tabiat pemakanan masyarakat di negara ini kerana mereka sendiri enggan mengubah tingkah laku. Justeru individu disyorkan mengekalkan indeks jisim badan (BMI) bersandarkan teori keseimbangan kuantiti, kepelbagaian sumber makanan dan kesederhanaan iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Anda digalakkan makan daripada kumpulan makanan mengikut saranan hidangan yang dicadangkan tanpa memilih hidangan kesukaan saja.

Berita Minggu - Apa pula jenis makanan yang sesuai bagi mengekalkan kecergasan dan mengelakkan keletihan ketika berpuasa?

Prof Dr Norimah A Karim - Keseimbangan makanan ketika berpuasa dan hari normal adalah sama. Nutrien yang diperlukan badan masih dalam kuantiti dan kualiti sama, hanya dibezakan menerusi masa pengambilan makanan. Jika pada hari biasa, anda boleh makan sepanjang masa tanpa halangan terutama ketika waktu makan utama iaitu pagi, tengah hari dan malam. Ketika berpuasa, anda boleh ubah pemikiran serta tabiat pemakanan dengan menganggap waktu bersahur adalah waktu sarapan pagi, tengah hari (selepas sembahyang terawih) dan malam (berbuka). Tiada sebab meninggalkan ibadat puasa semata-mata sukar mengubah tabiat pemakanan harian.

Seeloknya elakkan makanan pedas kerana boleh menyebabkan dehidrasi manakala makanan segar membekalkan lebih nutrien kaya zat besi, asid folik serta rendah kandungan lemak. Anda disyor menjadikan bijiran dan kekacang sebagai sumber utama tenaga kerana tinggi serat dan meningkatkan daya tahan lapar. Pengambilan makanan tinggi serat penting bagi melawaskan sistem kumuhan, sekali gus mencegah penyakit kronik antaranya jantung, kencing manis, buasir dan barah usus. Terpulang kepada individu memilih hidangan kesukaan namun paling penting, pastikan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari.

Berita Minggu - Boleh Prof terangkan apa punca menyebabkan makan berlebihan ketika berbuka serta cara untuk mengawalnya?

Prof Dr Norimah A Karim - Apabila lapar, selera makan akan bertambah dan individu cenderung rambang mata memilih makanan yang diperlukannya. Saya boleh katakan tabiat pemakanan ketika berpuasa dipengaruhi nafsu makan. Tambahan pula, kebanyakan bazar Ramadan menjual aneka makanan pilihan kegemaran antaranya kuih-muih, nasi, makanan bergoreng serta makanan segera. Seharusnya apabila berbuka, makan makanan manis seperti kurma dan kuih manis terlebih dulu bagi menambah tenaga dan makan secara biasa. Bagi mengelak rambang mata apabila berbuka, makan makanan tinggi serat seperti bijirin dan oat supaya perut tahan lapar.

Individu berkerjaya terutama di bandar besar sering mengamalkan budaya berbuka secara bufet. Satu tarikan bufet adalah pilihan pelbagai jenis makanan namun anda harus sedar bahawa tidak perlu menghabiskan semua makanan itu. Pastikan anda ambil apa yang diperlukan saja dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalkan pengambilan jus dan buah-buahan supaya anda tidak dipengaruhi nafsu makan secara berlebihan.

Berita Minggu - Antara azam yang sering didengar pada Ramadan ialah mahu menguruskan badan. Apa pendapat Prof?

Prof Dr Norimah A Karim - Bagi sesetengah individu, mereka sering mengambil kesempatan ketika Ramadan untuk menguruskan berat badan. Pada pandangan saya, Ramadan sesuai dijadikan panduan bagi mengurangkan nafsu makan sekali gus mendapatkan berat badan ideal yang diidamkan. Namun harus diingat jika puasa boleh mengurangkan berat badan, ketika hari raya individu boleh menambah sehingga tiga kali ganda berat badan berbanding penurunan berat badan ketika berpuasa.

Saya sendiri boleh mengurangkan berat badan tidak lebih dua kilogram (kg) setiap kali Ramadan, tetapi bertambah apabila menjelang Aidilfitri. Ketupat, rendang, sate dan aneka kuih-muih menambah selera makan sekali gus cenderung membuatkan individu makan lebih daripada hari biasa. Sekiranya anda prihatin dengan keadaan fizikal, elakkan makan berlebihan selama sebulan dan lakukan senaman berkala dari semasa ke semasa.

Source: Berita Minggu Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan