Johor Search

Custom Search

Followers

05 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Hadis Tentang Puasa Ramadhan

Posted: 04 Aug 2011 10:01 AM PDT



Puasa Boleh Menghapuskan dosa

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Bukhari & Muslim)

Huraiannya

1. Antara keistimewaan puasa ialah Allah S.W.T. akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

2. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta mengharapkan keredhaan Allah, maka baginya keampunan dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukan itu.

3. Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di mana di dalamnya terkandung seribu keberkatan. Malah pada bulan inilah juga Allah S.W.T menurunkan kitab al-Quran.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan