Johor Search

Custom Search

Followers

15 July 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Tilawah al Quran peringkat antarabangsa pupuk perpaduan ummah global

Posted: 14 Jul 2011 10:12 AM PDT

14/07/2011 1:26pm

KUALA LUMPUR 14 Julai - Malaysia sekali lagi mengangkat tinggi kedudukan Al-Quran sebagai medium penyatuan umat Islam global melalui penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 bermula Sabtu ini.

Acara penting kalendar dunia Islam ini akan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai dan sekali lagi alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mengesahkan seramai 81 Qari dan Qariah terbaik dari 50 buah negara akan memperdengarkan bacaan mengikut gaya tersendiri dalam pertandingan itu.

Menurutnya, penganjuran bagi kali ke 53 ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat dan penambahbaikan daripada pengalaman dan situasi daripada majlis tilawah tahun sebelumnya.

"Tahun ini, nilai hadiah dan saguhati kepada para pemenang dan peserta telah ditingkatkan sesuai dengan nilai yang dibawa oleh majlis berprestij ini, dengan johan tahun ini bakal membawa pulang RM32,200 berbanding hanya RM12,800 tahun lepas," ujarnya.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan membawa pulang RM22,400 dan RM13,600 manakala semua Qari dan Qariah yang lain akan menerima saguhati penyertaan bernilai RM4,800. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada jambatan udara di KLIA2 bagi keperluan AirAsia

Posted: 14 Jul 2011 10:10 AM PDT

14/07/2011 10:04pm

KUALA LUMPUR 14 Julai – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, tiada jambatan udara akan disediakan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi keperluan syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, terminal itu dibina tanpa pemasangan jambatan udara dan sebagai ganti disediakan tanjakan (ramp), berdasarkan keputusan AirAsia untuk tidak menggunakan jambatan udara di KLIA2 walau pun semasa keadaan cuaca buruk.

Dalam satu kenyataan, katanya, kerana Airasia dan AirasiaX akan menjadi syarikat penerbangan utama di KLIA2, adalah tiada faedah jika jambatan udara dibina jika ia tidak akan digunakan.

Bagaimana pun, MAHB berkata, peruntukan telah dibuat di dalam reka bentuk terminal bagi menampung pemasangan jambatan udara itu, jika diperlukan pada satu-satu masa kelak atau pada sebarang masa kelak, oleh kumpulan AirAsia atau LCC yang lain.

"Sebagai pengendali lapangan terbang, adalah penting kami menyokong model perniagaan kedua-dua syarikat perkhidmatan penuh dan LCC yang lain," katanya. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan