Johor Search

Custom Search

Followers

03 July 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Tasik Kenyir Menjadi Destinasi kaki pancing

Posted: 02 Jul 2011 07:44 PM PDT

HULU TERENGGANU: Program Boat On The Road akan disenaraikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah peserta yang meningkat berbanding tahun lalu.

"Usaha dijalankan penganjur berjaya mempromosikan aktiviti memancing di Tasik Kenyir kerana semakin ramai kaki pancing berkunjung ke sini.

"Jika tahun lalu hanya 50 kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir, kini kerajaan negeri rasa bangga apabila jumlah peserta bertambah kepada 115 buah.

"Malah kejohanan bot laju akan dianjurkan tahun hadapan dan jika tidak mempunyai sebarang masalah, dua acara ini akan digabungkan seterusnya mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air," katanya pada sidang media Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Boat On The Road di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abd Rahin Mohd Said; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali.

Ahmad berkata, kerajaan negeri berharap ada pemancing akan menaikkan ikan arapaima gigas yang menawarkan habuan RM20,000 pada acara tahun depan.

Pada pertandingan itu, Muhammad Syafiq Izuan Bakar, 19, memenangi tempat pertama kategori individu selepas menaikkan ikan toman seberat 4.3 kilogram untuk menerima wang tunai sejumlah RM12,000.

Bagi kategori pasukan, Kumpulan Alu Cast 2 dari Kuala Lumpur yang menaikkan dua siakap putih seberat lima dan enam kilogram muncul juara untuk membawa pulang RM30,000 berserta hadiah iringan.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

1,322 tapak bazar disediakan di Alor Setar

Posted: 02 Jul 2011 07:30 PM PDT

ALOR SETAR 1 Julai - Majlis Bandaraya Alor Setar menyediakan 1,322 tapak bazar Ramadan di 14 lokasi di sekitar pusat bandar termasuk Pokok Sena dan Langgar pada tahun ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bagi penjualan pakaian pula, sebanyak 239 tapak telah disediakan kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan tersebut.

"Waktu menjalankan perniagaan makanan bermula pukul 3 petang dan ia tidak hanya tertumpu kepada bazar Ramadan tetapi premis makanan yang lain juga perlu mematuhi peraturan tersebut.

"Hanya lima premis makanan yang dibenarkan untuk beroperasi sebelum pukul tiga petang iaitu restoran makanan segera seperti McDonald's, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kenny Rogers, Pizza Hut dan A&W," katanya di sini baru-baru ini.

Source: Utusan Malaysia Online

Permohonan tapak bazar Ramadan di Johor Bahru dibuka

Posted: 02 Jul 2011 07:25 PM PDT

JOHOR BAHRU 1 Julai - Orang ramai yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh membuat permohonan tapak perniagaan di Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Jalan Tun Razak di sini Isnin ini bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Pengurus Eksekutif yayasan itu, Juraidah Hassan berkata, sebanyak 295 petak perniagaan disediakan di 10 tapak iaitu Bukit Kempas, Permas Jaya, Masjid Skudai Kiri, Taman Anggerik, Taman Bukit Mewah, Taman Daya, Taman Kota Puteri, Taman Rinting, Taman Sri Tebrau dan Taman Pandan Batu 7.

"Kadar bayaran yang dikenakan bagi sewaan tapak adalah antara RM135 hingga RM180 bergantung kepada lokasi permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat diminta hadir ke lokasi yang disebutkan dengan membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, penyata suntikan TY2 dan salinan suntikan tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Bandaraya Johor Bahru di talian 07-2248950

Source: Utusan Malaysia Online

British, Soviet dan Amerika Syarikat kalah di Afghanistan

Posted: 02 Jul 2011 07:19 PM PDT

Oleh Tan Sri Mazlan Nordin

SEJARAH berulang di Afghanistan. Pada tahun 1842 laskar dan para pejuangnya menyerang seramai 16,000 askar British yang sedang berundur dari Kabul. Daripada bilangan begitu ramai hanya seorang saja askar British selamat.

Namanya William Brydon. Lalu namanya disebut dalam laporan perang kali pertama British - Afghanistan dari 1939 hingga 1842. Ini berlaku semasa persaingan di antara pihak British dan Russia yang dipanggil "The Game", iaitu untuk menguasai Afghanistan dan negeri-negeri Asia Tengah.

Pihak British melancarkan pencerobohan kali kedua pada tahun 1878-1880, tetapi juga tewas.

Masa berlalu. Pada bulan Disember 1979 pihak Soviet Union pula menceroboh kedaulatan Afghanistan. Ia berlaku berikutan rampasan kuasa oleh Parti Demokratik Rakyat Afghanistan (PDPA) yang mahu mewujudkan sistem sosialis di Afghanistan.

Maka berlakulah perang saudara selama 10 tahun. Lebih dari 7 juta rakyat Afghanistan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara lain.

Kira-kira 100,000 askar Soviet membunuh satu juta orang tetapi akhirnya tewas kepada pejuang-pejuang Afghanistan. Kira-kira 20,000 askar Soviet mati dan puluhan ribu lagi cedera.

Tentera Soviet terpaksa berundur pada tahun 1989. Menurut catatan sejarah kekalahan mereka antara sebab tumpasnya pemerintahan komunis Soviet selama 74 tahun dan jatuhnya pimpinan Michael Gorbachev.

Antara yang terlibat dalam pemerintahan komunis ialah seorang warga Afghanistan, Dr. N. Ahmadzai dari PDPA. Beliau kemudian menjadi ketua polis rahsia yang bertanggungjawab merangkap dan membunuh rakyat yang tidak mahu bekerjasama.

Bertemu

Tetapi akhirnya beliau dan adiknya ditangkap dan mati di tali gantung oleh pihak lawan.

Kisah beralih kepada gerak khas yang melibatkan 6,500 askar marin Amerika dan askar British serta 4,500 askar Afghanistan di Wilayah Selatan Afghanistan pada peringkat awal 2010. Ia dipanggil operasi Moshtarak dan dilancarkan ke atas kubu pihak Taliban.

Sebelum kempen dilancarkan panglima tentera Amerika dan NATO di Afghanistan bertemu dengan 450 ketua kaum Afghanistan. Menurut laporan majalah Time, bandar utama di situ Marjah mempunyai 60,000 penduduk. Bilangan pejuang pihak Taliban hanya 400 orang sahaja.

Lantas disebut mengenai kota Kandahar: "kota ini di bawah perintah NATO, tetapi khabarnya beribu-ribu pejuang Taliban berada di situ".

Laporan beralih kepada satu persidangan di Universiti Tufts Amerika yang dihadiri juga oleh pakar-pakar mengenai Afghanistan. Ulasan yang berulang-ulang disebut mendapat perhatian:

"Saya tidak ragu-ragu bahawa pada satu hari nanti keamanan akan wujud di Afghanistan, tetapi saya tidak dapat menyatakan apakah ia akan berlaku dalam masa 50 atau 200 tahun. Apa yang boleh saya katakan ialah bahawa menurut kadar kegiatan ketika ini, tempoh itu tidak mungkin lebih awal dari itu".

Presiden Barack Obama baru-baru ini mengumumkan pengunduran 33,000 tentera Amerika dan Afghanistan menjelang akhir tahun depan. Seperti dikatakan ini bukan kerana ketewasan di medan perang.

Bala tentera Amerika tiba di Afghanistan mula Oktober 2001 lalu menyingkirkan kerajaan Taliban. Pada bulan Disember berikutnya. Majlis keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan penubuhan pasukan keselamatan antarabangsa untuk mengawasi keselamatan negara dan membantu Presiden Karzai.

Berikutan pengumuman mengenai tentera Amerika itu kenyataan sama dibuat bersabit bala tentera British, Perancis, Belanda. Antara lain-lain pasukan tentera NATO ialah dari Itali, Poland, Kanada, Sepanyol, Australia, tetapi kegiatan- kegiatan mereka tidak beliau diketahui.

Wajar disebut ialah pesanan penyerang masa dahulu di Afghanistan, terutama Alexandar the Great, Genghis Khan dan Babur keturunan Tamerlane.

Lebih 80 peratus rakyat Afghanistan kini ialah dari golongan Sunni, 15 hingga 20 peratus Syiah. Bilangan mereka 28,395,716, iaitu tidak termasuk kira-kira 3 juta yang berlindung di Pakistan dan Iran. Bagi mereka perjuangan berterusan.

Perang di Afghanistan hampir tiga kali ganda lebih lama dari Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Namun, seperti telah dinyatakan dalam sebuah akhbar Australia: "The outside world has never won a war in Afghanistan and never will".

Source: Mingguan Malaysia Online.

Hulu Sungai Gopeng

Posted: 02 Jul 2011 11:37 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Hulu Sungai Gopeng merupakan suatu lokasi menarik untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana sungainya yang jernih dan masih banyak ikan air tawar membiak di sini.

Paling banyak yang boleh ditemui di sini ialah ikan tengas (accrossocheilus hexagonolepis) yang aktif di air yang deras.

"Jambatan" istimewa untuk menyeberangi sungai.

Air sungai cukup deras dan berlubuk dalam.

Kuala - pertemuan dua batang sungai.

Kuala sungai yang cukup jernih airnya.

Air sungai yang jernih melalui jeram-jeram batu yang berbahaya jika berlaku hujan lebat.

Sektor pelancong Malaysia dijangka beri pulangan RM57 billion

Posted: 02 Jul 2011 09:41 AM PDT


SEKTOR pelancongan negara diunjurkan untuk menyumbang RM57 bilion kepada ekonomi negara menjelang akhir tahun ini selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan sektor berkenaan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, tahun lalu negara mencatatkan kehadiran kira-kira 24.6 juta pelancong asing dengan menyumbang sekitar RM56.6 bilion dalam sektor berkenaan.

"Malaysia destinasi pelancongan yang popular di peringkat antarabangsa kerana terdapat pelbagai keunikan yang tersedia di negara kita termasuk destinasi untuk melakukan aktiviti menyelam ke dasar laut.


"Di Asia Tenggara, Malaysia memegang rekod nombor satu sebagai destinasi menyelam paling popular dan di peringkat antarabangsa tersenarai di tempat ketiga selepas Mexico dan Australia," katanya pada majlis perasmian Expo Menyelam Antarabangsa 2011 (MIDE 2011) di Kuala Lumpur.

Katanya, tahun lalu negara mencatatkan pendapatan RM2 bilion hasil aktiviti menyelam di pelbagai destinasi di negara ini.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Lata Kekabu

Posted: 02 Jul 2011 08:26 AM PDT

Deru air dari gunung yang menerjuni lereng bukit berbatu-batu terjal, di celah-celah pepohonan rimba yang berusia ratusan tahun cukup menggetarkan perasaan.

Suasana di kawasan lata (lata = air terjun, mancur) ini memang cukup nyaman dengan suhu yang rendah dan segar.

Foto ihsan Syed Alfandi

Lata Kekabu menjadi tumpuan keluarga dari sekitar Lenggong dan Kuala kangsar untuk berendam di dalam air sungai yang cukup sejuk ini. Kawasan lata ini sentiasa dibersihkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan Lenggong.

Foto ihsan Syed Alfandi

Terdapat pelbagai kemudahan seperti balai besar untuk sebarang aktiviti, surau untuk beribadah, laluan pejalan kaki, jambatan gantung yang sesuai.

Foto ihsan Syed Alfandi


Tempat letak kenderaan yang cukup luas.

Pelbagai kemudahan seperti titian dan pondok rehat.

Kemudahan bilik mandi dan tandas (toilet) disediakan.

Balai besar untuk pelbagai aktiviti

Keindahan pepohonan yang masih utuh di Lata Kekabu.

http://idristalu.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan