Johor Search

Custom Search

Followers

23 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Timbalan Perdana Menteri umum bantu mangsa

Posted: 22 May 2011 11:28 AM PDT

HULU LANGAT 21 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Begitu juga segala keperluan pengebumian mangsa yang meninggal dunia akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Beliau berkata, kejadian malang itu mungkin berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil dan hujan lebat.

"Saya telah mengarahkan Datuk Seri Noh Omar (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menguruskan segala urusan berkaitan kejadian ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin merakamkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa kejadian malang itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan ucapan yang sama.

"Turut merakamkan ucapan takziah dan simpati, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah," katanya.

Selain itu, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan.

Source: Utusan Malaysia Online.

Melaka Sentral

Posted: 22 May 2011 11:23 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Melaka Sentral

Kalau di Kuala Lumpur kita mempunyai KL Sentral, Melaka Bandaraya Bersejarah memiliki Melaka Sentral. Terletak di antara Jalan Tun Abdul Razak (Lebuh AMJ) dan Jalan Panglima Awang di Peringgit, Melaka.

Melaka Sentral merupakan sebuah kompleks yang menjadi pusat sehenti yang merangkumi terminal atau stesen bas baik untuk domestic atau di luar Melaka. Selain terminal bas, di sini juga terdapat stesen teksi, pasar, bazaar dan juga medan selera.
Kompleks Melaka Sentral ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM 61 juta dan mula dibina dalam bulan Mac 2003. Kompleks ini siap keseluruhannya sekitar Mac 2004.

Peta Melaka Sentral - ihsan Google.

Melaka Sentral siap berhawa dingin sepenuhnya. Mempunyai tempat-tempat menunggu yang selesa baik untuk penumpang-penumpang bas ekspres jarak jauh, mahu pun bas domestik dan teksi.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan