Johor Search

Custom Search

Followers

19 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Perigi Hang Tuah Di Melaka

Posted: 18 May 2011 11:04 AM PDT

By Idris Ismail Talu













Persiapan sambut Hari Muzium

Posted: 18 May 2011 10:30 AM PDT

SEREMBAN 17 Mei - Warga kerja muzium dari seluruh tanah air sedang giat menjalankan persiapan terakhir galeri negeri masing-masing di Muzium Negeri Sembilan, dekat sini bagi menjayakan Pameran Khas sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di negeri ini.

Kurator Muzium negeri, Aziz Mohd. Gorip berkata, pameran khas itu membabitkan penyertaan dari 21 muzium dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Selaku tuan rumah sambutan tahun ini, pihak kami bertanggungjawab untuk menyediakan ruang kepada setiap muzium yang mengambil bahagian dan buat masa ini mereka sedang sibuk menyiapkan ruang pameran masing-masing.

"Lebih menarik, kesemua barangan seperti artifak, peralatan termasuk aksesori yang akan dipamerkan di galeri tersebut dibawa khas dari muzium masing-masing," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sendiri bahan sejarah menarik yang dipamerkan pada pameran tersebut seperti senjata api, mata wang, mineral dan batu permata, selampit, telefon, destar, wayang kulit dan banyak lagi.

Tambah Aziz, pameran percuma itu yang akan dibuka kepada umum setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang bermula Khamis ini sehingga 23 Mei depan.

''Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan setiap negeri sepanjang sambutan ini yang akan diadakan dua kali sehari di pentas yang disediakan di muzium ini.

''Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah melalui pertandingan kuiz serta pengunjung bertuah yang dijalankan sepanjang sambutan ini," katanya

Source: Utusan Malaysia Online.

Fahaman pluralism, Islam liberal menyimpang

Posted: 18 May 2011 10:20 AM PDT


IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, sewaktu merumuskan muzakarah tersebut, Harussani berkata, satu komuniti khusus perlu ditubuhkan untuk menyelidik serta menjawab kembali secara serius segala hujah aliran pemikiran songsang dan sesat di negara ini agar tidak tersebar di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, gerakan dakwah Islam tersebut perlu menggunakan metodologi yang lebih segar dan semasa dalam memberikan pemahaman tepat dan benar agar mudah diterima pelbagai lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

"Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu prihatin dan selektif terhadap pembiayaan sesebuah yayasan atau badan antarabangsa yang kadangkala menyalurkan fahaman serta aliran songsang kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu kerjasama antara majlis agama negeri dan Kolej Islam Darul Ridzuan perlu dijalankan bagi menjalankan satu kajian komprehensif terhadap pembetulan fakta-fakta sejarah Islam terutamanya melibatkan teks pengajian sekolah, kolej dan universiti.

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan